Rabu, 29 November 2017

#cutisekolah Aktiviti 2 : Bandar Kotak


Bandar Kotak

Mengambil idea dari program Mama Q Ahad lepas. Dalam program Mama Q, buat pakaian dari surat khabar lama. Di rumah, ada banyak bekas botol susu kurma yang mak ayah saya simpankan untuk kami beraktiviti. Daripada bersusun sampai berhabuk, baiklah saya buat sesuatu.

Inilah Bandar Kotak versi kami :)

Bahan :

* Botol susu terpakai
* Kertas A4 putih
* Selotep / gam
* Crayon

Cara :

- Balut botol dengan kertas putih. 
- Tampal dengan selotep / gam.
- Hias kotak.

Proses yang nampak mudah tapiii sebenarnya sangat mengambil masa dan renyah. (",) Masing-masing excited nampak gunting. Aduhai..

Sabar mewarna 

Dan projek ini bukan siap dalam 1 hari.. esok dan esoknya lagi, mereka masih mahu buat Bandar Kotak ini. Layan sahajalah.

Makin bertambah "besar" pula bandar mereka ni.

Ada 1 kedai bakeri, 1 kedai bergerak - kata kakak. Tapi "benda" warna merah buat apa pula di situ? (>.<)



Ummi susun begini. Anak kata salahlah ummi, macam ni (gambar bawah)

Ha, macam nilah ummi.


Selamat beraktiviti.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak


Selasa, 28 November 2017

"Bonding Time" Bersama Si Cilik


Salah seorang yang saya mahu jumpa ialah Mama Q3. Unik namanya. Secanggih idea homeschool yang beliau kongsi dalam Instagramnya. Ya, saya pertama kali mengikuti Mama Q semasa membuka akaun IG beberapa tahun lepas. Semua idea beliau sangat menarik dan boleh diaplikasi pada anak-anak saya.



Alhamdulillah, minggu lepas ternampak iklan program beliau di Melaka pada 25 dan 26 November 2017. Saya lantas mengajak seorang sahabat untuk turut serta. Disebabkan kekangan untuk menghadiri kedua-dua program, kami memilih untuk sertai program pada hari Ahad.





Masya Allah. Sangat menarik dan berbaloi. 

Aktiviti bermula jam 9 pagi dan berakhir 12.30 tengahari. Memang mengikut perancangan pada tentatif.

Selepas pendaftaran, kami mengisi kuiz teka bilangan muka surat buku yang tersedia (eh, sama macam program PSS saya dulu. Hehe). Sementara menunggu semua peserta hadir, anak-anak ini bermain dengan permainan dalaman yang ada di Perpustakaan Desa Taman Jati ini.

Sempat Kak Kay isi kuiz teka buku. Sumber gambar : Mama Q

Pendaftaran. Mak-mak sangat. Besar betul beg i. Hee..

Disebabkan hujan turun, aktiviti kecergasan tiada dan kami terus dengan Outdoor Scavenger Hunt. Wahaa..inilah peluang main hujan ya anak-anak ;) Ibu dan anak berlari menyelesaikan task yang diberi dari satu checkpoint ke checkpoint yang lain. 

Waktu ini saya terhutang budi dengan sahabat saya ini kerana beliau bantu anak-anak saya semasa permainan. Saya dan baby terpaksa berteduh kerana hujan lebat.

Outdoor Scavenger Hunt dalam hujan lebat. (Sumber gambar : Mama Q)

Sekitar program

Tangan masing-masing hitam kerana mereka perlu mencari klu (dalam tanah gambut di checkpoint pertama) yang akan digunakan dalam aktiviti seterusnya.

Slot kedua ialah membuat pakaian daripada suratkhabar lama. Ha? Saya memang gabra sebab tak bersedia. Khaulah dan Ulya bersama saya manakala anak lelaki saya bersama dengan anak sahabat saya dalam 1 kumpulan. Tema kami pakaian puteri dan anak lelaki saya mahukan pakaian robot. Jadilah.. tapi disebabkan baju dan tudung mereka basah maka surat khabar akhirnya koyak terserap air :)



Tak sempat ambil gambar pakaian anak sendiri kita lihat pakaian anak orang lain ya :) Sumber gambar dari Perpustakaan Desa Taman Jati :

Kreatif ibu adik ni. Comel gaun kembang dia :)

Aktiviti ketiga best! Messy play. Aha... setiap anak diberi 3 bahan iaitu sebatang lilin pendek, sekeping kertas bersaiz A3 dan sekeping pinggan kertas.

Pinggan kertas dibuat kad ucapan. Buat ikut kreativiti masing-masing.



Ada ibu buat gambar beruang, ada yang buat ladybird, ada yang buat ikan dan sebagainya. Saya lukiskan gambar harimau untuk anak. Bila dipotong, dia potong spiral hingga terpotong telinga harimau. Bila ditegur, sahabat saya kata "Aina, dia nak buat ekor harimau agaknya tu." 

Oh, ok. Baru saya perasan. "Kreatif juga." Maaf nak, ummi tak terfikir akan imaginasi kamu. Terbaik. (Malang sekali anak-anak tak ambil semula kad ucapan mereka)

Kertas ini perlu dijadikan sampul untuk dimasukkan kad ucapan itu tadi.

Ada lagi yang menarik, lilin itu digunakan untuk membuat corak pada pinggan kertas dan sampul surat. Setiap peserta akan dapat sedikit warna air yang diletak di atas pinggan kertas. 

Campurkan warna air + gam. Lebih banyak gam, warna akan lebih cair dan banyak kuantitinya. Sapukan ke atas sampul surat tadi dan tadaaa nampak hasil corak yang dilakar dengan lilin tadi. Seronok! 

Mujur tahap geli anak no 2 saya sudah semakin kurang. Dia dapat siapkan kerja sebelum kakaknya :)

Slot terakhir was an eye opening activity. Especially for us - ibu surirumah yang suka berjimat ni. Heheh. DIY Pencil Case. Bahan yang diperlukan :

Zip lock bag - saiz kecil
Masking tape berwarna
Gunting
Marker pen berwarna

Bahagian bawah zip lock bag dimasukkan sedikit ke dalam atau jika tidak mahu boleh sahaja biar begitu.

Lekatkan masking tape ke seluruh zip lock bag.

Hiaskan dengan melukis pada tape dan warnakan dengan marker pen berwarna. Siap!

Deretan pencil case untuk dihakimi :)

Kreatif semuanya
Alhamdulillah, tak sangka juga ada penyampaian hadiah. Dengan yuran yang murah, pihak penganjur masih dapat sediakan cenderahati buat anak-anak ini. Barakallahufikum.

Seronok bergambar dengan semua peserta dan sudah pasti dengan Mama Q :)


Puas hati. Anak-anak masih bercakap tentang program ini sehingga saat entri ini ditaip. Hihi.. Rasa semangat pula nak buat playgroup cuti ini. Awak yang sedang baca entri ni doakan ya! Amin..amin.. terima kasih.

Sekitar program hari ini :

Makan pagi

Penyampaian hadiah

Saya kira objektif program tercapai dan kami enjoy dengan semua aktiviti. Seronok, kan belajar di rumah dengan cara begini? Stress-free mummy and children insya Allah :)

Jika anda sudah dapatkan buku Mama Q, pasti lebih teruja dengan lebih 100 aktiviti menarik yang dikongsikan, bukan? Jom buat aktiviti dengan anak-anak. 

Membina kenangan untuk anak pada masa hadapan :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 27 November 2017

TINGGAL 5 HARI SAHAJA LAGI!



PELANCARAN 2 BUKU BARU DR ANAYASMIN SEMPENA CUTI SEKOLAH!!
====================

Set Kombo RM54.00

Alhamdulillah, yang ditunggu sudah tiba. Akhirnya terbit 2 buah buku untuk anak-anak :


========================================

Apa ada dalam buku "ROBO BELAJAR TENTANG MANUSIA"?
========================================

📍Didikan seksualiti melalui perbualan Robo & Ziyad
📍Illustrasi yang besar dan simple untuk jelaskan isu sensitif
📍Ayat Quran berkaitan topik
📍Aktiviti untuk menambah kefahaman
📍12 topik perbincangan (kesesuaian umur dinyatakan pd setiap topik untuk panduan ibu bapa)
📍Saiz buku besar dan menarik

=======================================
Apa ada dalam buku "70+ AKTIVITI CINTA AL QURAN" 
=======================================

📍70+ Aktiviti untuk dibuat bersama anak
📍Pelbagai aktiviti dalam bentuk cerita, alam, permainan, projek /sains, seni.
📍Ayat Quran yang boleh dikaitkan dengan aktiviti
📍Cadangan link youtube berkaitan (untuk beberapa aktiviti)
📍Dialog membantu ibu mulakan sesi
📍Ibrah / pengajaran
📍Manfaat aktiviti
📍Gambar sebenar aktiviti

Kenapa PERLU dapatkan buku ini?
 Buku ini dalam Bahasa Melayu. Insya Allah memudahkan penyampaian mesej.
.
Sukar dapatkan bahan pendidikan seksualiti islami dalam pasaran.
.
 Membantu ibu ayah mendidik anak akan kepentingan pendidikan seksualiti.
.
 Memberi panduan dan idea mendidik anak mencintai al-Quran melalui aktiviti bersama anak di rumah.
.
Dapat DISKAUN harga pengenalan!
- 10% diskaun diberikan kepada buku baru ini.
- Peluang keemasan untuk dinikmati 😍
HARGA BUKU SELEPAS DISKAUN
🌟 Robo Belajar Tentang Manusia *RM25* [Normal price : RM28]

🌟 70++ Aktiviti Cinta Al-Quran *RM31* [Normal price : RM35]
🌟Set Kombo *RM54* [Normal price : RM63]

NOTA :
- Tawaran harga promosi ini sah dari 23/11 - 1/12 2017 (9 hari) sahaja.
- Buku ini berstatus *pre-order*
- Buku akan mula dipos 30 November 2017 insya Allah.
Berminat? WhatsApp sekarang :

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015