Khamis, 31 Mei 2018

Ulasan buku : Rezeki Luar Biasa Suri (Arkitek) Rumah


Buku ini muncul tepat pada waktunya. Saya yang sedang bercuti tanpa gaji atas urusan menjaga anak sedang berfikir untuk menyambung cuti sehingga habis tempoh yang ditetapkan oleh pekeliling.

Dalam masa yang sama terselit rasa bimbang kerana ada komitmen kewangan yang agak tinggi perlu ditunaikan saban bulan.

Usai istikharah dan istisyarah, suami mengizinkan saya menghabiskan cuti tersebut. Katanya, insya Allah ada rezeki nanti. Kita usahakan 😭

Lalu, dengan konsep buku ini yang  berkongsi kisah suri-suri rumah mendapat rezeki dari arah yang tidak disangka. Sebenarnya kita semua pun pernah menerimanya tetapi jalan yang Allah beri itu berbeza-beza.

Apabila kisah ini dicatat, benar, terasa besarnya kasih sayang Allah kepada kita. Rezeki itu bukan hanya kepada wang ringgit, tetapi juga kepada kesihatan diri dan keluarga, kelapangan masa, rezeki dapat menjaga dan mendidik anak sendiri mahupun melancong ke luar negara. 

Satu yang saya sangat tertarik. Setiap suri berkongsi doa yang mereka lafaz saban waktu. Allah ya Allah, benar pergantungan kepada Allah itu nombor 1. Sentiasalah bercakap dengan Allah. Hatta mencari idea untuk memasak pada hari tersebut! Juga berdoa supaya Allah mudahkan anak-anak ketika kita mahu menunaikan solat. Saya kira 2 perkara ini memang kritikal bagi saya sebelum ini 😥

Kini, saya cuba aplikasikan sedikit-sebanyak ilmu yang diperolehi dari buku ini. 

Semasa membaca buku ini juga saya suka bersedia dengan pen dan buku catatan. Banyak kata-kata positif yang ada dan mampu membuatkan kita bermuhasabah di kala penat atau "down".

Terima kasih Pn Khairunnisa Hamzah dan rakan-rakan penulis buku ini. Semoga Allah menerima amal kita semua. Amin.

Buku 41 / 2018

#iRead2018

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 29 Mei 2018

Batch ketiga buku Kertas-kertas Yang Merubah Fikir



Alhamdulillah, tiba juga stok seterusnya dari penerbit. Rezeki di bulan puasa. Siapa kata bulan puasa orang sibuk shopping raya? Ramai lagi yang shopping buku raya 😉

Terbaru, ada seorang anak remaja berumur 17 tahun membaca buku ini. Katanya, "Seronok baca kisah dalam ni kak. Terasa minat nak membaca dan semangat. Sebelum ni saya jarang baca buku selain buku sekolah. Buku ni ubah pandangan saya terhadap buku."

La haw la wa la quwwata illa billah. Moga anak ini terus maju dalam pelajaran dan jadi pencinta ilmu. Amin..

Jadi, bagi anda yang belum dapatkan buku ini boleh hubungi nombor tertera ya. Jumpa lagi!

Tempahan buku :



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 28 Mei 2018

Dahulukan Allah

Buku ini terbit tepat pada masanya. Tika saya mengambil keputusan 'besar' untuk kembali berada di rumah dalam satu tempoh tertentu.

Saya terkesan dengan konsep buku ini yang berkongsi doa yang diucap oleh 23 orang suri penulis.

Untuk hari ini, saya tiba di Kisah 31 - 32 nukilan Pn Adillah Ismail. Beliau seorang suri berkerjaya satu ketika dahulu namun meletak jawatan atas sebab tertentu dan kini mengusahakan kelas agama dan mualaf di sekitar Sarawak.

Doanya yang tersentuh di hati :

Ya Allah, kurniakan saya pekerjaan yang boleh memberi manfaat kepada diri, keluarga dan orang lain. Juga pekerjaan yang boleh mendekatkan diri saya kepada-Mu. Tiada gaji pun tak mengapa. Asalkan saya suka melakukannya dan saya dapat jaga keluarga. Saya mahu rasa berguna. Hanya Engkau Maha Mengetahui, Ya Allah.

Amin..amin.. 

Sebelum membaca kisah beliau, saya agak berdebar dan sedikit bimbang apa yang akan berlaku pada hari-hari mendatang. 

Ini, lembut sahaja peringatan Allah beri. Apa jua yang kita lakukan bercakaplah dahulu dengan Allah.

Fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik dan buat yang baik-baik. Insya Allah. Doakan kami sekeluarga.

* Masih membaca buku ini. Insya Allah akan reviu selepas habis baca.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 27 Mei 2018

Ada apa dengan nama?


Pagi ini teringat pula kepada seorang rakan sekolah menengah dahulu.

Semasa zaman sekolah, kami memang rapat. Kami sekelas selama 3 tahun. Menginjak ke menengah atas, kami berbeza aliran. Saya di aliran Sains Tulen dan dia mengambil Perakaunan. Namun masih di sekolah yang sama.

Selepas tamat SPM, kami semakin jarang berjumpa. Saya melanjutkan pelajaran dan sahabat saya ini membantu keluarga di rumah. 

Tidak lama kemudian, saya menerima kad jemputan perkahwinan darinya. Masya Allah! Teruja, gembira dan sedih bercampur-baur. Gembira kerana dia akan melangsungkan perkahwinan, sedih kerana sudah pasti keadaan tidak akan sama seperti waktu bujang. 

Saya hadir ke majlis perkahwinannya walau sedikit janggal. Maklumlah, saya tak biasa ke tempat yang ramai orang. Nervous.

Berbelas tahun kemudian, saya terserempak dengannya usai makan malam bersama keluarga di sebuah kedai. Subhanallah! 

Sempat bertanya khabar dan berbual sebentar. Terharu apabila diperkenalkan dengan anak-anaknya. Salah seorangnya mempunyai nama yang hampir sama dengan saya.

Bagai mengetahui apa dalam fikiran, dia terus menerangkan dengan gembira : Anak ni memang saya namakan dengan nama Aina. Sebab Aina baik dan harap anak ni pun akan ikut perangai tu.

Sungguh, saya teringat-ingat sehingga pulang.

Ya Allah, aku banyak kelemahan. Tapi Kau tutup aibku. Allahu akbar. Ada orang namakan anaknya dengan namaku. Ya Allah, aku mohon keampunan-Mu. Jadikan daku hamba yang bertaqwa... 😥

Moga sahabat saya juga dilimpahi keberkatan-Nya. 

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 21 Mei 2018

Resipi Tat Nanas


Setiap hari, sudah pesan kepada diri sendiri nak jadi ibu yang sabar.

Tapi, saban hari mesti ada sahaja terlanggar janji 😥 Akhirnya saya cuba buat begini. Jika terasa mahu marah, tarik nafas dalam-dalam dan maklum dengan anak tentang perasaan kita.

Anak-anak ini faham rupanya. Masya Allah 😱 Ummi sahaja underestimate ye 😮

Hari ini, cubaan membuat biskut raya. Ya, saya tahu awal lagi. Tapi mengenangkan ada tempahan dari kawan, saya usahakan juga.

Saya kongsikan resipi tat nanas nenek saya. (Maaf ya bukan gluten-free😊)

Resipi Tat Nanas (tat bunga)

Bahan :

200g marjerin
350g tepung gandum
2 biji kuning telur
1 camca vanila
Inti nanas

Cara :

1. Gaul marjerin, telur, esen.
2. Masuk tepung, uli dan tambah 1 sudu air.
3. Canai, terap, letak inti dan bakar pada suhu 150°c selama 17 minit.

Loyang dialas dengan baking paper dan tat boleh diletak rapat kerana ia tidak mengembang.

Alhamdulillah siap. Disebabkan ada 2 acuan berbeza, maka ada saiz kecil dan saiz besar. Ditambah lagi dengan kerenah tiga orang anak yang mahu menolong, huwaarrghh stres juga pada awalnya.

Tapi beri arahan elok-elok dan kompromi sedikitlah bab menolong, alhamdulillah mereka beri kerjasama yang cukup baik. Ummi jelah tak baik awal tu nak marah je 🙈 Ish..ish..ish..

Jangan lupa alaskan plastik atau baking paper atau kertas minyak bagi setiap lapisan apabila mahu simpan tart di dalam bekas.

Esok buat lagi tat. Apa jadi ya nanti? Moga baik-baik semuanya 😊

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 20 Mei 2018

Lapbook Ramadan


Tahun ini tahun pertama anak mahu belajar berpuasa penuh. Jadi sela masa yang ada kami mencari aktiviti yang boleh mengalih perhatiannya darioada mahu berbuka puasa.


Alhamdulillah, kami dapatkan Lapbook Ramadan ini untuk setiap seorang. Sebabnya mereka sudah besar sedikit dan boleh fokus lama untuk sesuatu aktiviti.

Ada 6 - 7 aktiviti dalam Lapbook ini. Setakat ini anak-anak enjoy buat.

Antara aktiviti yang ada :

1. The Fasting Cycle




Apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa berpuasa.

2. What I Like About Ramadan


Ruang ini untuk anak-anak berkreativiti. Ada yang buat misi sepanjang ramadan, ada yang buat seperti folio kecil, ada yang sekadar tulis senarai perkara yang mereka suka dalam bulan ramadan.

3. 5 Pillars of Islam



Anak-anak belajar rukun islam. Ada template untuk diwarnakan, gunting dan tampal pada ruang yang disediakan.

4. Benefits of Ramadan
Ada 2 ruang kecil di bahagian tengah lapbook

Dibuat seperti buku mini.

5. Virtues of Ramadan

Juga dibuat seperti aktiviti 4. 

6. Good Deeds Tree

Ada sehelai sticker bersaiz A4. Anak-anak boleh tampalkan kebaikan yang mereka buat sepanjang berpuasa pada pokok yang disediakan.

Pelekat berbentuk daun. Ada yang siap bercetak, ada template kosong untuk ditulis sendiri. Seronok anak-anak main lekat-lekat.

7. Count down ramadan.

Ini kami je yang panggil begitu 😊 Ada pelekat dibekalkan. Anak-anak boleh tampalkan pada ruang belakang lapbook.

Kesemua booklet dan bahan yang dinyatakan di atas dimasukkan ke dalam sebuah poket pada lapbook ramadan ini.


Alhamdulillah, arahan yang mudah dan aktiviti yang bermakna untuk anak-anak.

Sepanjang 4 hari berpuasa anak-anak boleh pilih aktiviti dan biasanya mereka buat 1 aktiviti 1 hari. Ini kerana mereka mengambil masa mewarna dengan cantik dan kemas, menggunting dan menampal.

Ummi sukalah tengok mereka aman sahaja. Kurang sikit bergurau kasar. Lebih seronok lihat mereka bekerjasama dan membantu antara satu sama lain.

Berminat dengan lapbook ini? Boleh hubungi saya ya.


Jumpa lagi 😊

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 18 Mei 2018

Ulasan buku : Travelog Dakwah UK ; Dari Jendela Queensborough Terrace



Ustaz Ruzain, seorang atase pendidikan yang baru pulang dari London atas tanggungjawab yang digalas di sana selama lebih 2 tahun.

Dari kulit buku dan tajuk sudah menggambarkan isi kandungannya.

Namun ada sedikit kelainan yang ditawarkan.

Selain paparan pengalaman selama berkelana di sana, beliau turut menyisipkan panduan bagi mereka yang bakal berkhidmat di luar negara. Ia umpama 2 dalam 1. Catatan pengalaman dan manual panduan bagi yang berkenaan.

Saya memahami bahawa kesibukan tugasan beliau di sana merangkumi pelbagai bidang - pendakwah, pegawai agama kerajaan, kadi, pembaca khutbah, menjaga kebajikan dan lain-lain.

Ia pasti menuntut pembahagian masa yang disiplin bagi membolehkan tugasan dilaksana dengan baik. 

Ya, hanya orang yang sibuk sahaja menulis 😊

Buku 26 / 2018

#iRead2018
#jombacabuku

Memberi


Suatu hari, saya hampir terlelap di dalam bilik apabila terdengar pintu bilik dibuka kuat. Pang! Daun pintu terlanggar dinding.

Tapi mata masih tak dapat dibuka. Mengantuk punya pasal.

"A ..a.... A... Nah..nah.."

Dalam kepayahan, saya bagai terdengar orang memanggil dan cuba membuka mata.

Satu tangan kecil sedang menghulur roti ke mulut saya. "Ya Allah adik, masya Allah."

Bagaimana tidak terharu. Si kecil ini datang berkongsi makanan yang diperolehinya di dapur. Subhanallah. Jauh juga dari dapur ke bilik tidur untuk anak kecil seusia 18 bulan ini berjalan.

Ya Allah, saya belajar sesuatu hari ini.

Jangan pernah berkira berbuat kebaikan dengan orang lain.

Jangan kedekut berkongsi rezeki dengan yang lain.

Terima kasih anak kusayang, pelajaran berharga buat ummi.


Salam ramadan kedua. Moga hari ini lebih baik dari semalam.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 17 Mei 2018

Ramadan hari pertama



Diri mula batuk-batuk dan nafas mula berbunyi. Ini tanda awal asthma menyerang. Allahu Allah inilah bahana tidak mengawal makan. Akhir-akhir ini saya banyak makan roti dan coklat 😅

Namun hari ini digigihkan juga membuat "banner" ringkas menyambut ramadan.




Hari ini juga anak-anak belajar berpuasa. Meriah juga ketika berbuka. Ada 3 adik ipar sekeluarga yang sama-sama berbuka di rumah mertua.




Malamnya, kami berterawih di rumah sahaja kerana ibu mertua yang strok tidak begitu larat untuk ke masjid.

Cuaca panas meskipun kipas dan pintu sudah dibuka. Dugaan kecil buat kami.

Seronok juga apabila sempat bertadarus dengan ipar duai dan anak-anak buah 😊

Selamat berpuasa semua.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ulasan buku : Projek Dekor Dekor Ain Maisarah & Alam Anuar



Saya suka Siri Projek dari Ain Maisarah. Banyak ilmu didapati secara tidak langsung melalui pembacaan. Sebelum ini pernah baca Projek Fesyen Ain Maisarah. Di dalam buku itu banyak disentuh tentang aurat dan tatacara berfesyen mengikut syariat.

Di dalam buku ini pula menyentuh sentuhan dekorasi bilik dengan bajet yang minima.

Kisah ini bermula apabila kelas Alisha dinobatkan sebagai kelas terkotor! Alangkah malunya dia. Alisha bertekad menjadikan kelasnya kelas terbersih dan tercantik di sekolah. Lalu Alisha menyusun strategi bersama rakan-rakan sekelas. Malangnya tidak mendapat sambutan dari pelajar lelaki.

Dalam masa yang sama, Alisha tertarik untuk susun atur semula biliknya. Semuanya kerana penulis kegemarannya yang turut sama mengubah suai dan mengemas rumah dan dijadikan contoh di dalam sebuah majalah.

Untung Alisha rupanya mempunyai seorang bapa saudara yang bekerja sebagai interior designer di New York. Jadi, melalui pakciknya inilah banyak tip dekorasi diperolehi. Suka untuk saya catatkan di sini. Mana tahu berguna untuk semua 😊

Tip Dekor 1 : Organise Clutter

Pakcik Alisha menggelar kaedah ini "Kotak Si Debu".

Sediakan 3 kotak atau plastik besar. Tandakan sebagai :

(a) Simpan - barang penting, keperluan utama dan yang selalu diguna.

(b) Buang - barang rosak dan lama.

(c) Derma - barang yang elok tapi sudah tidak digunakan.

Mulakan memilih dan mengemas bilik. Jika barang terlalu banyak pada kotak (a), lakukan proses memilih sekali lagi.

Tip Dekor 2 : Menghasilkan Mood Board

Bahagian ini seperti kita rangka bilik idaman sendiri. Caranya ambil gambar dari mana-mana majalah dan kita cuba jaya sehingga dapat hasilkan imej yang sesuai dan kita suka.

Catatkan sedikit nota pada gambar yang ditampal untuk info tambahan kita. Selepas selesai, kita akan nampak gambaran keseluruhan mood board. Kemudian tentukan tema supaya bilik tidak serabut. 

Baru saya kenali ada beberapa jenis tema :
- modern classic
- asian contenporary
- chic modern
- eclectic vintage
- english zen

Boleh juga cabut dan gantikan gambar asal dengan gambar baru menepati tema.

Tip Dekor 3 : Tip Memilih Warna

Lihat gambar di bawah :


Cara memilih dinding untuk feature wall.

- pilih dinding yang tiada tingkap dan pintu
- pilih dinding yang menjadi fokus atau dinding yang pertama kali kita nampak apabila memasuki rumah atau bilik

Oh ya ada juga kaitan warna dengan personaliti seseorang 😊
(Rujuk gambar)


Tip Dekor 4 : Panduan Memilih Perabot

1. Sesuai dengan bajet.
2. Mengikut tema / konsep hiasan ruang.
3. Ikut keperluan bukan kehendak.
4. Mesti ukur keluasan bilik / ruang.
- Pakcik Alisha nasihatkan guna kertas buku matematik yang berkotak itu.
5. Utamakan faktor keselamatan dan keselesaan.

Tip Dekor 5 : Pencahayaan

Fungsi pencahayaan ialah menerangkan sesuatu ruang dan mewujudkan mood cosy. Ada 2 sumber pencahayaan iaitu semula jadi (matahari) dan tiruan (lampu).

Ada 3 jenis lampu :

1. Ambient lighting - lampu ini terang pada keseluruhan ruang. Contohnya lampu siling dan lampu gantung candelier.

2. Task lighting - lampu untuk tugasan tertentu sahaja seperti membaca, menulis dan memasak. Contohnya lampu meja dan lampu lantai.

3. Accent lighting - berfungsi menerangkan sesuatu benda seperti lukisan dinding, landskap taman atau arca.

Tip dekor 6 : Aksesori.

Pakcik Alisha berkongsi projek DIY yang ringkas dan mudah seperti projek bunga dari kertas dan cakera padat, bingkai gambar bunga ros daripada surat khabar dan sarung kusyen daripada baju T.

Kelas Alisha juga semakin cantik hasil kerjasama seluruh ahli kelas. Walaupun ada banyak cabaran seperti kelas disabotaj, namun mereka berjaya membuktikan.

Selamat membaca!.

Buku 21 / 2018
(Reviu lambat buat 😊)

#iRead2018

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rabu, 16 Mei 2018

Buku baru lagi 😊


Alhamdulillah, sempat ke Perpustakaan Awam Negeri semalam. Lepas pulangkan buku, cepat-cepat cari buku untuk dipinjam.

Selesai buku anak-anak, saya ke pinjaman dewasa tingkat 1. Wah, alhamdulillah tergerak hati melihat rak lain. Rupanya ada 1 baris buku baru diletak. Mungkin baru diproses oleh pustakawan 😊


Rezekilah dapat buku baru ini 😄 Semangat tau balik rumah dan terus baca. 

Anak-anak pun tak berapa nak galak sangat main bila tengok ummi fokus membaca.

Ok, ini pinjaman minggu ini. Tarikh pulang 5 Jun nanti 😊


Sebenarnya ada 17 buah. Sebuah lagi buku anak.

Disebabkan pinjam, jadi tak adalah rasa bersalah sangat buku yang dibeli di PBAKL belum habis baca 😂 Eh, dah 5 buah ya habis baca. Yang lain tunggu lepas buku ni.

Jom baca buku!

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 15 Mei 2018

Projek Ramadan 2018


Sudah 2 tahun tak begitu bersungguh buat aktiviti dengan anak-anak.

Bukan sebab M besar sangat tapi mungkin rutin tu dah dipenuhi sehari-hari dalam bulan puasa.

Alhamdulillah, sejak duduk di rumah (bagi can la feeling jadi WAHM 😄), saya dapat ikuti program ibu-ibu di kampung ni.

Bulan puasa meriah! Tadarus kaum ibu akan bermula sejurus selepas Subuh, habis 2 juzuk, rehat sekejap, solat sunat, layan anak-anak, sambung tadarua remaja.

Habis tadarus, kami pulang ke rumah dan ada anak sambung tidur, ada yang bermain. 

Tengahari, selain mengaji sendiri, buat aktiviti sekejap dengan anak-anak.

Petang dah mula ke dapur untuk masak berbuka. Anak-anak pun tolong sekali atau keluar bermain.

Waktu malam - lepas berbuka, kami ke masjid sampai habis terawih.

Tahun ini, saya tak target banyak. Cukuplah anak-anak yang sedang belajar berpuasa meraikan puasa sesungguhnya dalam mencari reda Allah. Begitu juga dengan diri saya sendiri. Amin..amin..

Kedua, melatih diri dan anak-anak banyak bersedekah di bulan ini.

Ketiga, menyemai nilai murni, kukuhkan adab.

Allahumma ballighna ramadan.

Salam ramadan buat semua!

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 13 Mei 2018

Ulasan buku : Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi


Pertama, tajuknya "catchy". Mungkin kerana sedikit minat tentang buku tentang buku membuatkan saya mencapai buku ini.

Kedua, tertarik dengan tajuk di setiap bab. Malah, apabila dibelek sekali lalu, ada pengalaman beliau, catatan menyertai pertandingan membaca anjuran Buku Jalanan Titi, ada puisi dan ada reviu buku. Wah. Lumayan sekali.

Sejujurnya, saya tidak pandai berpuisi sejak di sekolah rendah lagi. Menjejak ke sekolah menengah, saya usahakan untuk baca puisi yang tersiar dalam akhbar Utusan Malaysia meskipun tidak faham 🙈

 Kerana bagi saya, pasti ada sesuatu yang mahu disampaikan oleh pemuisi kepada pembaca.

Di dalam buku ini, penulis dahului dengan pengalaman peribadi, mengapa kita membaca, membina perpustakaan peribadi, Cabaran 32 Buku sehingga ke bab akhir yang mengandungi banyak lagi warna-warni beliau akrab dengan buku.

Ada bab menerangkan tentang puisi secara menyeluruh dan ringkas untuk pembaca.

Kelainannya apabila beliau berkongsi tip membedah buku yang baik dan berkongsi beberapa reviu buku beliau.

Pilihan bukunya yang hebat. Jauh benar dengan pembacaan saya. Dah oh ya, umur penulis ini baru 22 tahun!

Dapatkan buku ini segera kerana ia mampu menjadi pemangkin kepada minat membaca anda. Selamat membaca.

Buku 31 / 2018

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 11 Mei 2018

Ulasan buku : Projek Lavender





Bertepatan dengan tagline buku ini.



Allahu Allah.. saya menginsafi bahawa segalanya milik Allah.
Betapa nikmatnya mempunyai kesihatan yang baik.
Betapa nikmatnya dapat solat dengan sempurna.
Betapa bahagianya dikelilingi orang tersayang.
Ia anugerah yang sering dipandang remeh.

Bersyukurlah.
Sentiasa mendahulukan Allah dalam semua keadaan.

Kanser bukanlah hukuman mati buat pesakit dan ahli keluarga. Tetapi ia merupakan satu kekuatan yang dimiliki oleh insan-insan terpilih yang berjuang.

Saya terpaksa berhenti beberapa kali semasa membaca catatan Pn Zaila Hafni😭😭 Terbayang juga wajah-wajah ahli keluarga pesakit kanser lain tatkala menerima dugaan ini.



Pn Zaila Hafni sudah mula berdikari sejak usia 12 tahun apabila arwah ibunya menghidap kanser. Walaupun penat menjaga ibu di wad, dia dan adiknya tetap gigih ke sekolah untuk belajar dan nekad bersungguh-sungguh mencapai impian.

Tatkala ibunya pergi, Pn Zaila tabah dan alhamdulillah menjadikannya seorang yang kuat hadapi cabaran.

Allahu Allah, saya ketika umur 12 tahun masih banyak main-main lagi. Belajar pun entah, tidak begitu bersungguh. Berada dalam zon selesa agaknya.

Sedangkan ada orang lain yang telah matang lebih dari usianya. Membaca buku ini banyak memberi pandang sisi berbeza tentang kehidupan.

BARAKALLAHUFIKUM.


Buku 28 / 2018

#iRead2018


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 10 Mei 2018

Ayah dan Buku Kertas-kertas Yang Merubah Fikir :)


Sebumbung dengan ayah semasa zaman sekolah rendah ada banyak rencam kenangan dan pengalaman.


Namun, biarlah saya kisahkan ia pada waktu yang lain.

Imbas kembali ketika kecil dahulu, ada dua peristiwa diceritakan kembali oleh mak. Dan kedua-dua peristiwa ini memang tiada dalam ingatan saya.

Pernah adik saya (ketika itu berumur 9 tahun) sedang membuat kerja sekolah di katil tingkat atas dan saya sedang khusyuk membaca buku di tingkat bawah (katil double decker).

Lalu dia turun ke katil saya memohon bantuan menyelesaikan soalan. Tapi saya minta dia tunggu sebentar kerana mahu habiskan bacaan.

Si adik tadi dengan akurnya kembali ke katilnya. Dalam diam dia menangis. Waktu itu pula ayah menjengah ke dalam bilik. "Kenapa menangis?" Erk! Siapa kenal Cikgu Hilmi memang tahu nada suaranya, kan? 😂 

Cepat sahaja saya bantu adik buat kerja rumah. Dan selamat hari itu dari dimarahi 😅 

Di waktu yang lain, saya dan adik nombor dua sedang membaca di katil kami sementara si bongsu (waktu itu berumur 3 tahun) sedang bermain di katil tingkat atas.

Entah bagaimana, kaki kecilnya terperosok ke celah katil. Diusahakan untuk menarik keluar tapi tidak berjaya. Terumbai-umbai kakinya di atas. Saya dan adik kedua masih tidak sedar apa yang terjadi.

Kebetulan juga, ayah menjengah di balik pintu. Apalagi, kena marahlah kami sebab tidak peka dengan keselamatan adik. Gulp! Pucat muka kena marah dengan ayah 🙈 Alhamdulillah tak ada apa-apa yang serius terjadi.

Aduhai, banyak lagi peristiwa jika mahu dikenang. 

Apa pun, ayah memang seorang pemberi motivasi nombor 1 kami. Meskipun agak serius, namun butir kata yang keluar dari mulut terasa bernas sekali. 

Sudah lama bersara dari dunia perguruan, kini beralih minat kepada sukan lumba basikal. Dan inilah satu dari dua perkara yang tidak saya warisi dari ayah 😂 Iaitu bersukan dan melukis mural. Sungguh, saya rasa saya tiada bakat dalam dua bidang ini.

Semoga ayah dan mak diberi kesihatan dan diberkati Allah SWT. Amin..amin..

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rabu, 9 Mei 2018

Pengalaman Awal Membaca


Setiap orang pasti ada pengalaman awal bagaimana mereka mula membaca.


Bahagia di hati apabila menerima maklum balas dari seorang pembaca yang mendapatkan buku Kertas-kertas Yang Merubah Fikir :

"Akak tak ingat macam mana akak boleh membaca. Tapi, masa di sekolah menengah akak sekolah di bandar. Jadi tinggal bersama makcik sepanjang masa persekolahan.

Tapi akak akan balik kampung (rumah) setiap hari Khamis selepas habis waktu sekolah. Jadi dah bagitau awal-awal pada makcik yang akak tak balik rumah dia.

Masa tu, anak-anak makcik beza dalam tujuh ke lapan tahun dengan akak. Akak tingkatan 5 dan anak-anaknya masih di sekolah rendah. Ada yang kecil lagi.

Satu perkara yang membuka minda akak ialah dia memang biasa bawa anak-anaknya ke perpustakaan awam. Bila dia nak ke pasar, dia akan bawa dulu kami ke sana dan ditinggalkan membaca buku sementara makcik ke pasar minggu beli barang dapur.

Waktu itu, rasa Ya Allah macam ketinggalan pun ada 😂 Apabila melihat anak-anaknya berdikari, ambil buku, baca dan meminjam buku!

Masya Allah. Akak ni orang kampung. Persekitaran juga tak ada yang terdedah dengan membaca dan perpustakaan ini. Selama ini memang hanya tahu perpustakaan sekolah sahaja.

Sejak itu, memang terbuka minda dan celik fikiran la pasal budaya membaca ni."

Masya Allah. 

Beruntung sekali anak-anak yang ada pengalaman manis seperti ini. Moga pahala berpanjangan buat insan-insan yang mencetuskan minat membaca pada anak-anak.

Sungguh, membaca itu membina ketamadunan manusia. Insya Allah, tidak rugi membaca. Dan pilihlah bacaan yang baik dan bermanfaat 😃

#bilaummiambilcuti
#KertasKertasYangMerubahFikir
#JejakTarbiah
#Booth4050
#PBAKL2018

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015