Jumaat, 31 Mac 2017

Ummi stress-free



Biasa baca buku orang sahaja - Bila Emak Berdrama (Pn Salwa Saleh) dan 99 Stress Free Daddy (Tn Azzam Supardi) [Buku 99 Stress Free Mummy saya lupa pernah baca atau tidak 😅]

Rupanya bila anak sendiri baru mula belajar bercakap, boleh tahan juga dialog mereka. Hal ini semasa saya berpantang hujung tahun lepas. Mana yang saya ingat saya cuba catatkan.

Untuk kenangan saya sendiri 😉

🎨🎨🎨🎨🎨🎨🎨🎨🎨🎨

Satu

U : Ummi telefon abi tapi masuk voice mail
A : Ummi,x kangkat? 😁 [Ummi,abi tak angkat?]

+++++++++++

Dua

Nak mewarna.

A : Ummi, ni koket (coklat).
U : Wah, bagus Asma' dah kenal warna 👍

+++++++++++

Tiga

Abg Ngah : meragam dengan abi
A : Eii abang, tak baik tau macam tu
Ummi & Abi : 😄

+++++++++++

Empat

Malam - nak tidur.

A : Ummi, nak tepok! (Baca seperti cebok)
U : Okeyyy

+++++++++++

Lima

Pegang botol susu.

A : Ummi, kake jap.
U : Ha, apa? (Tak faham)
A : kake la ni.
U : kake tu apa?
A : Kake ni!!! (Sambil tunjuk botol susu)
U : Oooh.. jaga eh. Ok 😑

+++++++++++

Enam

Di hari yang lain.

Nek ummi nak ke dapur. Suruh Asma' pegang barang nek ummi.

Nek Ummi : Asma', kake ni.
A : Eh, kake pulak. Jagalah!

😂

+++++++++++

Tujuh

U : Kak Chik 
A : Assma' lah!
U : Kak Chik Asma'
A : Assma' lah!

😑

*Awal-awal waktu ada adik baru, dia tak boleh terima kenyataan diri dipanggil kakak ☺

++++++++++

Lapan

A : ane (mana) atok?
Nek Ummi : Kayuh sikal
A : Oo. ...main sikal. Aoh (jauh)

* Setiap hujung minggu, ayah saya akan 'training' basikal di track tertentu ☺

+++++++++++

Sembilan

U : Asma', nanti kita dah balik rumah atas tau.
A : ah (sambil angguk)
U : Nanti Asma' tidur dengan kakak, abang tau. Nek ummi takde. Nek ummi kat rumah bawah.
A : *tercengang* Takpelah, nanti ama' talan.
U : jalan pergi mana?
A : talan bawahlah. Nek ummi ada.
U : 😑

* Rumah atas = rumah mertua saya sebab terletak di atas bukit. Rumah emak di bawah bukit 😄

++++++++++++

Sepuluh

Di rumah mertua.

A : Abi, amma' nak g bawah.
Abi : Buat apa?
A : Nek ummi ada.

😅

++++++++++++

Sebelas

Abi beli botol susu baru Asma'.

A : Ni botol baru amma' tau.  Abi bili.
U : Yelah 😒

++++++++++++

Dua belas

Nek ummi : Maksu, ni ada org nak cakap (telefon)
Maksu  Tqa : okeyy
Asma' : pakcuuuu
Maksu Tqa : 😑 (rasa duduk dengan maksu lagi lama. Kemudian baru dapat paksu tapi itu juga yang melekat)

😅

* Masa itu dia belum pandai sebut maksu. Mak ngah pun jadi pak ngah 😉

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 30 Mac 2017

Cabaran #1hari1aktiviti anjuran Mama Q3 dan Buku Aulad




Ada yang joint cabaran ini? Tinggal sehari sahaja lagi. Tarikh akhir menghantar tugasan ialah 31 Mac 2017 melalui hashtag #1hari1aktiviti #SeronokBelajarDiRumah #bukuaulad
di Instagram atau Facebook.

Saya pun bermula lewat kerana bermusafir semasa cabaran ini bermula cuti sekolah minggu lalu. Baru dua cabaran dilalui. Tak pasti dapat habiskan tugasan atau tidak. Tak mengapa, yang penting seronok ada manfaat untuk anak-anak 😊 Insya Allah akan kongsi aktiviti yang telah dibuat dalam satu entri lain.

Boleh lihat Facebook : Mamaa Q Tri dan Instagram @mama_q3.
Jumpa lagi.

++++++++++++++++++++++

Update 2 / 4/ 2017

Boleh baca di sini, aktiviti yang telah kami buat sempena cabaran ini 😊



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Contoh perancangan pembelajaran anak-anak



Empat orang anak sendiri dan enam orang anak buah.

Semua ada karakter sendiri. "Murid" tetap di rumah memang empat orang sahaja. Bakinya bertukar ganti. Hehe.

Jika saya sibuk dengan kerja rumah dan kerja di dapur, maka jigsaw puzzle lah penyelamat keadaan. Sejak anak sulung pandai jaga barang, yakin sedikit untuk beri mereka main tanpa pantauan kita. Sebab nanti si kakak akan atur semula - beri arahan pada adik-adik ; asing ikut jenis, simpan dalam beg khas dan pantau jangan berebut (meskipun selalu sahaja dengar bunyi bergaduh tu 😆)

Pelbagai peringkat umur, aktiviti yang dirancang juga harus mengikut tahap mereka. 

Rasa seperti guru sekolah sahaja. Ada rancangan pengajaran harian (RPH), rancangan pengajaran mingguan, tulis perkembangan anak sehari-hari (refleksi), senarai bahan yang perlu digunakan, senarai bahan yang perlu dibeli (jika sudah habis) dan senarainya berterusan.

Tapi, selalu juga idea datang spontan. Itu yang lebih seronok! 

Berkongsi contoh yang saya buat untuk anak-anak. Feel free to download. Gunalah. Boleh sahaja ubahsuai ikut anak-anak tuan / puan 😊  Klik : 




Semoga bermanfaat. Doakan kami sekeluarga ❤

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rabu, 29 Mac 2017

Makcik Bertudung Merah



Petang ini Allah beri kesempatan pergi ke kelas al-Quran di surau. Terkejut dan gembira melihat makcik bertudung merah ini hadir sekali.



Beliau sakit dan lama tinggal di hospital. Katanya kaki bengkak dan hitam akibat pemakanan.

Suami bertanya khabar dan beliau menjawab : Alhamdulillah saya dah sihat, ustaz. Terus datang mengaji hari ini. Keluar rumah pukul 2 petang jalan kaki, pukul 3 lebih sampai surau. 

Saya yang duduk di barisan belakang terus 😭. Allah, gigihnya makcik ini.


"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mengerjakan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun  Lagi Maha Mensyukuri." (Surah Al-Faathir : ayat 29 - 30)


Tapi tadi dia skip mengaji sebab suara tidak jelas dan lidahnya agak keras kesan sakit yang lama.

+++

Allahu.

Dalam diam saya muhasabah diri. 

Aku yang sihat ni tak ingat nak mengaji. 
Aku yang sihat ni selalu malas mengaji. 

Ada orang nak mengaji tapi tak mampu sebab sakit. 
Ada orang nak sangat mengaji tapi bacaan jadi pelat sebab Allah uji lidahnya begitu begini.

😭😭😭

Bersyukurlah!

Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda : Dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu pada keduanya, (iaitu) kesihatan dan waktu lapang." (Hadis riwayat Bukhari no 5933)

Kata seorang rakan, "Kadang-kadang Allah nak uji bukan untuk dia, tapi untuk kita sebenarnya."

Ingatan untuk diri sendiri 😭 

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak


Belajar membaca menggunakan Kaedah Ekspres- i (1)


Anak kedua nampaknya sudah sedia untuk belajar membaca. Jika si kakak menggunakan Bacalah Anakku (BAK), untuk anak kedua saya lihat dia suka dengan kaedah Ekspres-i.


Set buku Ekspres-i


Apa itu Kaedah Ekspres-i?

Kaedah membaca ini diasaskan oleh Ahmad Jaswadi Mohamed dan Norli Madlan (atau dikenali sebagai Bonda Nor). Buku ini mengandungi 4 siri.

Ia memperkenalkan cara mudah mengajar kanak-kanak membaca dengan kaedah pengecaman sukukata yang telah dipermudahkan dengan teknik imaginasi dan lenggok bunyi (Ahmad Jaswadi Mohamed dan Norli Madlan, 2015)

Ok, kaedah ini tidak menggunakan fonetik tetapi terus sebut suku kata.

Antara isi kandungan dalam Buku 1 :

Buku 1







Ini tahap yang lebih tinggi. Motivasi untuk anak belajar membaca! :)


Saya baru sahaja bermula jadi belum tahu sejauh mana keberkesanan teknik ini. Namun, saya tidak memaksa anak untuk duduk belajar dan menghafaz teknik ini. Mudah-mudahan Allah membantu dan memberkati usaha ini.

Dalam sebulan ini dia baru mengenal dan boleh menyebut a, ba, ca, ga dan ha. Itu pun suku kata ini dia sendiri yang pilih untuk belajar 😃

Dalam modul ini sudah disertakan dengan aktiviti kemahiran menulis. Saya masih mencari jalan menarik minat anak kedua menulis. Dia masih tidak mahu menggunakan buku jadi saya perbanyakkan latihan motor kasar dan motor halusnya.

Doakan kami sekeluarga ❤


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Buat buku cerita sendiri : Mari Ke Pasar


Projek buku mini banyak dalam perancangan. Ada beberapa buah yang dibuat serentak tetapi gagal menambat hati anakanda-anakanda tercinta untuk melengkapkannya.

Ada beberapa faktor yang saya perhatikan :

1. Tajuk yang bukan pilihan mereka memang tak akan siap.
2. Hilang minat kerana penat. Banyak yang mahu ditulis. Anak-anak saya belum mahir kemahiran menulis. 
3. Memerlukan fokus. Mereka lebih suka bermain. Dan sesungguhnya itulah fitrah mereka! 😉

Maka, saya buat secara santai.

Semasa singgah di Mydin, ambil katalognya sebagai bahan belajar nanti. Balik ke rumah, masing-masing seronok ada katalog bergambar. Biarkan mereka explore dan bercerita tentang barang-barang yang dilihat. Kita juga ambil peranan menerangkan, menjawab persoalan dan tunjuk ajar anak-anak.

Selang beberapa hari, beri mereka gunting dan beri pilihan kepada anak topik yang digemari. Ada yang suka makanan, pakaian dan barang keperluan harian. Baik, kita terima sahaja.

Jelaskan yang kita akan kumpulkan gambar untuk dijadikan buku cerita. Strategi menjadi! Mereka sangat gemar aktiviti menggunting, menampal dan mewarna. Jadi cipta peluang di sini 😁

Dari si kakak sulung hingga ke nombor tiga, baik sahaja menurut arahan semasa proses pembelajaran secara tidak langsung ini. 

Hasilnya...........

Muka hadapan







Harus dipuji atas usaha dan kerjasama yang tinggi, bukan? Selebihnya tidak mengapalah. Nanti ummi tolong 😄

Semoga bermanfaat.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 26 Mac 2017

Aktiviti kraf daripada buku My First ABC From The Quran (c-e)


Kali ini kami buat tiga lagi kraf berdasarkan buku My First ABC From The Quran.

C for Camel



Saya lukiskan huruf C dan gambar unta. Anak-anak suka guna Fingerprint Doodles ini, maka gunakan sahaja bahan yang ada 😊



Kali ini sebahagian besar sepupu mereka ada bersama, jadi buatlah beramai-ramai. Rasa seperti mini taska pula. Meriah!



D for Dates




Saya gunakan templat matematik dahulu. Balang biskut dijadikan sebagai balang kurma pula 😉





E for Elephant



Idea ini saya Google sahaja. Cuma saya buat sedikit ubahsuai. Saya cetak templat gajah, anak warnakan, gunting dan tampal pada kad manila. 



Kad manila ini saya potong lebih sedikit ukurannya untuk jadikan gambar ini boleh "berdiri".



Ambil kertas warna, potong sedikit dan lipat seperti lipatan kipas. Gam pada hidung gajah. Tadaaa siap. Alhamdulillah 😅



Untuk kraf huruf a dan b boleh klik sini 😉

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 24 Mac 2017

Catatan musafir ke utara


Subhanallah, saya suka memandang langit dan awan semasa di Kedah dan Perlis

Alhamdulillah, berakhir perjalanan panjang kami ke utara tanah air. Rancang bermusafir hanya lima hari, terlajak kepada tujuh hari. Alhamdulillah atas nikmat yang Allah berikan.

Merenung masa yang berlalu, banyak sekali pengajaran yang dapat diambil. Ujian bermusafir, pasti ada susah senangnya. Bersabar dengan perjalanan, bersabar dengan kerenah anak-anak, bersabar dengan emosi sendiri dan seribu satu perkara lagi. 

Tercapai hasrat kami suami isteri menziarahi rakan-rakan di utara. Terima kasih sudi meluangkan masa menerima kami sebagai tetamu, menjamu kami serta memberi buah tangan. Semoga Allah memberkati hidup dan memurahkan rezeki kalian. 

Didoakan semoga beransur sembuh buat rakan-rakan yang ditimpa ujian kesihatan. Doakan kami juga. Doa orang sakit mustajab 😊


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 20 Mac 2017

Diam


Dialog Asma'

Asma' buang air besar. Ummi bawa ke tandas. Dalam masa yang sama, dia membaca Surah An-Naba' dengan kuat.

Ummi : Asma', dalam tandas tak boleh baca ayat Quran tau. Tak baik.
Asma' : (masih membaca Surah An-Naba')
Ummi : Kita makruh bercakap dalam tandas. Jadi kena diam sekejap tau.

Asma' angguk.

Dalam tandas :

Ummi : Asma', angkat sikit baju tu. Nanti terkena air.
Asma' : Diam.
Ummi : Asma' pegang betul-betul baju ni.
Asma' : Diam.

Oh, ok baru faham kenapa Asma' sebut diam. Kena batang hidung sendiri 😏😁

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 18 Mac 2017

Mencari syafaat sahabat



Musafir ke Kedah masuk hari kedua. Majlis pernikahan sepupu berjalan lancar dan meriah.



Sudah lama saya tidak pulang ke kampung halaman ayah. Ramai saudara-mara yang ditemui. Memang tidak cukup masa berbual. Masing-masing mahu berceloteh.

Selesai majlis, suami berhasrat menziarahi rakan-rakan sekampus dahulu. Kami bergerak lewat petang ke destinasi pertama iaitu Pendang.

Menyantuni seorang sahabat sekampusnya yang mengalami masalah tulang belakang. Pertama kali bersua muka setelah 11 tahun membuatkan suami agak tergamam melihat keadaannya.

Namun, semasa perbualan saya diam-diam mengakui betapa Allah itu Maha Adil. Allah beri ujian mengikut kemampuan seseorang. Sahabat suami ini sangat sabar dan tenang semasa menceritakan sakit yang dialami. Sakit tulang belakang yang dihidapi sejak lebih setahun yang lalu mula menampakkan perubahan positif.

"Allah itu memang adil, Kamal (suami saya). Kalau ikutkan sakit ni memang teruk tapi sebenarnya ada ramai lagi orang lebih susah dari ini. Ada yang tak boleh bergerak langsung. Tapi saya alhamdulillah boleh duduk dan jalan sikit-sikit sekarang." Masya Allah, redhanya dia. Hats off tuan!




Destinasi kedua ialah ke sebuah taman perumahan baru di Pendang. Suami nampak gembira bertemu dengan rakan lama. Kami tidak lama di sini kerana jam menghampiri 10 malam.

Dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani Selatan (S), kami disapa oleh rakan suami yang tinggal di Sungai Petani Utara (U). Masya Allah! Terus kereta membelok masuk ke SP (U).

Kami berniat mahu bertemu di tol sahaja. Namun tidak menyangka beliau dan isteri membawa kami ke rumah mereka. Subhanallah alhamdulillah. Sungguh ukhwah itu sangat manis. Lebih-lebih lagi apabila didasari dengan akidah Islam.




Sempat kami hadiahkan dua naskah buku untuk anak-anaknya. Semoga mendapat manfaat sebaiknya.

Saya memerhatikan setiap kali bertemu rakan-rakan, suami pasti ucapkan : Kami datang ziarah ni nak 'sedut' aura positif anta 😊 Nampak seperti bergurau tetapi saya teringat akan sebuah hadis panjang mengenai teman yang baik yang boleh memberi syafaat kepada sahabatnya di akhirat kelak :

Dari Abu Said al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda tentang syafaat di hari kiamat,


حتى إذا خلص المؤمنون من النار، فوالذي نفسي بيده، ما منكم من أحد بأشد مناشدة لله في استقصاء الحق من المؤمنين لله يوم القيامة لإخوانهم الذين في النار، يقولون: ربنا كانوا يصومون معنا ويصلون ويحجون، فيقال لهم: أخرجوا من عرفتم، فتحرم صورهم على النار، فيخرجون خلقا كثيرا قد أخذت النار إلى نصف ساقيه، وإلى ركبتيه، ثم يقولون: ربنا ما بقي فيها أحد ممن أمرتنا به، فيقول: ارجعوا فمن وجدتم في قلبه مثقال دينار من خير فأخرجوه، فيخرجون خلقا كثيرا، ثم يقولون: ربنا لم نذر فيها أحدا ممن أمرتنا…


Setelah orang-orang mukmin itu dibebaskan dari neraka, demi Allah, Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sungguh kalian begitu gigih dalam memohon kepada Allah untuk memperjuangkan hak untuk saudara-saudaranya yang berada di dalam neraka pada hari kiamat. Mereka memohon : Wahai Tuhan kami, mereka itu (yang tinggal di neraka) pernah berpuasa bersama kami, solat, dan juga haji.


Dijawab : ”Keluarkan (dari neraka) orang-orang yang kalian kenal.” Hingga wajah mereka diharamkan untuk dibakar oleh api neraka.


Para mukminin ini pun mengeluarkan banyak saudaranya yang telah dibakar di neraka, ada yang dibakar sampai betis dan ada yang sampai lutut.


Kemudian orang mukmin itu memberitahu kepada Allah, ”Ya Tuhan kami, orang yang Engkau perintahkan untuk dibebaskan dari neraka, sudah tidak tersisa.”


Allah berfirman, ”Kembali lagi, keluarkanlah yang masih memiliki iman seberat dinar.”


Maka dikeluarkanlah orang mukmin yang banyak diseksa di neraka. Kemudian mereka memberitahu, ”Wahai Tuhan kami, kami tidak meninggalkan seorangpun orang yang Engkau perintahkan untuk dibebaskan…” (HR. Muslim no. 183).

[Teks disesuaikan dari nasehat.net]

Allahu Allah.

Alhamdulillah, Allah memudahkan perjalanan hari ini dan melembutkan hati anak-anak supaya berkelakuan baik sepanjang perjalanan.

Ya Allah, moga Engkau menerima amal mereka dan amal kami. Ameen..


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 16 Mac 2017

Aktiviti kraf daripada buku My First ABC From The Quran (a-b)


Alhamdulillah, dapat melayan anak-anak membuat kraf berdasarkan buku yang kami baca ini. (Boleh klik : My First ABC From The Quran).

A- ant 
B- bird

A - ant

1. Lukis huruf a dan anak cop tangan membentuk semut dan cop warna ke dalam huruf.

Anak buah berusia 4 tahun 10 bulan

Hasilnya

Hasil anak buah berusia 2 tahun 5 bulan

Proses mengecop ;)

Bersungguh mengecop dan lukis kaki semut

Hasil anak berusia 2 tahun 7 bulan dan kakaknya 6 tahun 5 bulan
* Idea juga dari Google 😊


B - bird

1. Ambil idea dari Google sahaja. Saya taipkan bird craft.
2. Saya guntingkan bentuk burung kakak tua. Anak sendiri gunting kertas warna untuk dijadikan bulu burung.
3. Anak menampal secara bebas bulu burung.





Selamat mencuba :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015