Ahad, 28 Februari 2016

Big Bad Wolf (BBW) Sale MITC, Melaka


Alhamdulillah, Allah izinkan ke BBW Melaka tahun ini. Kali ini pergi bersama biras, Radhiah :) Kami keluar jam 11 pagi dan saya membawa anak sulung sahaja. Saya hanya mencari buku di sekitar ruang kanak-kanak dan tidak pergi ke ruang lain. 

Keadaan tidak begitu sesak berbanding tahun lepas. Tahun lepas kami perlu beratur selama 3 jam untuk membayar buku! Tahun ini tenang-tenang sahaja :)

Buku kanak-kanak memang banyak. Dari sekecil-kecil buku hingga ke sebesar-besar buku. Ada jenis jigsaw puzzle book, buku+patung mainan, buku kulit keras (board book), soft book, flip book, buku aktiviti, mewarna, buku memasak untuk anak-anak, buku cerita dan set-set buku yang dipakejkan dalam kotak yang cantik. Cuma harganya sudah semakin mahal >_< Itu sangat ketara.

Gambar-gambar sekitar semalam.

Banyak pilihan buku. Namun perlu teliti satu persatu. Ada buku yang muka suratnya melekat antara satu sama lain.

Buku kain untuk Asma'

Board book - setiap helai ada helaian yang boleh dipusing, di tarik ke atas dan tepi. Konsep yang menarik.

Buku dan 114 keping lego. Oh, sangat mini rupanya lego itu! Buku untuk Abdullah Naufal

Buku, jigsaw puzzle dan watak-watak dalam cerita (dalam bentuk foam). Harga RM25 satu set. Jigsaw puzzle ini ada 2 bahagian - hadapan - dam, belakang - gambar halaman rumah. Boleh guna untuk bercerita.

Buku untuk kawan baik di Kelantan. Anaknya suka haiwan katanya.

Khaulah yang sudah kepenatan. 
Ada pro dan kontra jika bawa anak kecil bersama. OK, memang banyak kontra ;) Lepas ini berfikir banyak kali untuk bawa Khaulah ke PBAKL 2016. Hmm....

Selain buku-buku di atas, kami beli 2 buah buku aktiviti bersama Dora (buku besar - mewarna dan ada stiker), 1 buku tulis dan padam dan 1 set kit mewarna. Semua ini untuk sebahagian sepupu anak.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi


Isnin, 8 Februari 2016

12 Tip Mendidik Anak















Jumpa lagi :)


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi


Selasa, 2 Februari 2016

Kemahiran menggunting


Anak-anak sudah besar apabila menyedari saya kurang mengajar kemahiran menggunting. Mujurlah cepat sedar.


Sebelum ajar anak menggunting, haruslah melatih kemahiran motor halusnya. Aktiviti yang boleh dilakukan ialah :

1. Mengoyak tisu dan kertas.

2. Memicit span, alat permainan getah yang mengeluarkan bunyi seperti mainan itik.

3. Bermain doh.

4. Exercise genggam tangan dan buka beberapa kali.

Pastikan memilih gunting yang selamat. Gunting yang mempunyai hujung yang tumpul atau bertutup seperti ini :


Untuk latihan menggunting, saya tidak cetak dari internet sebaliknya mendapat idea untuk lukiskan di atas kertas. Buat beberapa salinan, asingkan mengikut corak dan letakkan di dalam bekas.

Untuk templat latihan menggunting boleh juga cari di internet. Antara yang comel :

1) www.dltk-kids.com

2) www.kidslearningstation.com 

3) www.activityvillage.co.uk

4) www.makeoversandmotherhood.com

Sesekali buat aktiviti seperti ini -  membina rumah. Menggunting template rumah dan menampal mengikut bentuk.

Template








Jumpa lagi :)


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015