Jumaat, 26 Ogos 2016

Buku Cerita : Seed Obeys Allah






Alhamdulillah, terbit sudah buku kedua dalam siri Obeys Allah. Sebelum ini buku pertama bertajuk Water Droplet Obeys Allah telah terbit pada Julai 2016. Penulis bernama Shahbatun binti Abu Bakar dan Nordin Endut menerbitkan buku bahasa Inggeris ini bertunjangkan akidah dan sasaran kepada anak-anak kecil.




Anak-anak saya nampaknya sangat sukakan buku Seed Obeys Allah ini. Mereka nampak ralit dan bersungguh mengikuti perjalanan biji benih ini bermula dari percambahan awal kepada pertumbuhannya yang akhirnya menjadi sekuntum bunga matahari. Kemudian, kitar hidupnya bermula semula. Subhanallah.


Apabila diilustrasikan kembali ia menjadi menarik dan lebih mudah menerangkan konsep kepada mereka. Apa yang lebih istimewa ialah cerita ini mengaitkan semua kejadian dengan kekuasaan Allah subhanahu wa taala.



Adakala saya terimbas kenangan semasa belajar di sekolah menengah dahulu (sebab saya batch terakhir UPSR yang ada subjek Alam dan Manusia. Tahun berikutnya barulah mata pelajaran Sains UPSR diperkenalkan). Alangkah indahnya jika pelajaran Sains itu dikaitkan dengan kekuasaan Allah dan ditambah dalil dari al-Quran dan hadis. Kerana, sangat banyak bukti keagungan Allah disebut di dalam al-Quran. Terasa rugi tidak belajar lebih awal. Oh, jauh pula saya berceloteh.







Kitaran biji benih ditunjukkan di akhir cerita.


Ada lembaran aktiviti di akhir buku.


Buku berharga RM6.90 dan kos pos laju (Semenanjung) ialah RM6.00 dan pos laju (Sabah Sarawak) RM9.00.


Jom, bacakan anak buku!

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi 

Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015