Khamis, 30 Ogos 2018

Menanam akidah kepada anak-anak


Pulang dari kuliah maghrib, saya membuka cerita dengan suami. Setiap kali ustaz yang mengajar itu mengesyorkan supaya bawa anak sekali ketika datang solat di surau dan masjid, pasti ada seorang kakak ini akan meluahkan perkara yang sama kepada saya.

"Saya dah ajak tapi sorang pun anak tak mau ikut. Budak-budak sekarang ni. Dulu masa kecik-kecik, semua ikut. Rajin solat di masjid. Tapi sekarang.." Dia menggeleng-gelengkan kepala menzahirkan rasa kesal.

Saya terdiam. Rasa tersekat pula kuih yang sedang dimakan. Menanti butiran seterusnya.

"Anak yang sulung tu kerja sekejap sana sekejap sini. Entahlah. Yang nak ambil periksa tahun ni asyik dengan handphone je. Bila masa nak belajarnya!"

Saya tak tahu nak beri respon terbaik. "Teruskan bagi nasihat kak. Dan doa. Doa ibu ni mustajab. Anak-anak saya pun kecil lagi. Doakan kami juga ya kak." Kakak itu diam dan mengangguk. Anak-anak saya pula galak berlari dalam surau. Sebab semua jemaah sedang makan di luar. Aduhai..sabar ye hati.

Suami menjawab : inilah masalah sebahagian besar yang beliau terima. Saban hari ada sahaja ibu ayah yang mengadu begitu. Sedih dan bimbang.

Katanya, sebab itu akidah sangat penting diajar kepada anak seawal usia. Akidah itu kepercayaan. Tanamkan pada anak-anak kita solat kerana siapa? Kerana apa? Memang susah, doalah supaya Allah bantu.

Ada 3 soalan (perkara pokok) penting perlu ajar pada anak-anak. Soalan yang ditanya di dalam kubur.

- Ma robbuka? (Siapa tuhan kamu)
- Ma nabiyyuka? (Siapa nabi kamu)
- Ma deenuka? (Apa agama kamu)

Anak-anak di belakang pula yang jawab soalan. Hihi. Ingat abi tanya agaknya.

Spontan melirik kepada anak nombor 2 (dia sahaja yang masih tegak duduk. Yang lain sudah layu mata nak tertidur). 

+ Abang Ngah, semalam abang ngah beli lego eh?
- Haah ummi. 
+ Balik rumah abang ngah buat apa dengan lego tu?
- Abang ngah pasang ummi. Abang ngah buka plastik dia. Lepas tu... (Panjang lagi dia bercerita). Abang ngah buat itik.
+ Oooo.. masya Allah abang ngah buat itik dari lego? Pandainya! Siapa bagi kita pandai, abang ngah?
- Allah, ummi.
+ Betul abang ngah 💕 Masa abang ngah buat itik lego, abang ngah memang dah tau buat ke kena tengok kertas panduan?
- Abang ngah tengok kertas, ummi. Baru dapat buat itik tu. Abang ngah tau buat.
+ Ha, macam tu juga kita orang Islam. Abang ngah tau tak orang Islam ni ada buku panduan juga. Tau tak namanya apa?
- (Dia terdiam. Berfikir barangkali)
+ (Tapi saya tak menunggu jawapan) Yang abang ngah baca hari-hari tu? Mengaji apa?
- Oh Quran ummi!
+ Betul. Orang Islam ada buku panduan. Namanya Al-Quran. Lagi satu kita berpandukan sunnah Nabi Muhammad SAW tau.
- (Dia angguk-anggukkan kepala)

Mendidik anak sebenarnya mendidik diri sendiri. Mendapat anak memang seronok tetapi tanggungjawab BESAR dipikul. Benarlah kata hadis nabi, 

Abu Hurairah r.a. menceritakan, bahawa Nabi saw. pernah bersabda: "Tidak ada seorang anak pun yang dilahirkan, melainkan ia dilahirkan dalam keadaan suci bersih; maka ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani, dan atau Majusi. Sama halnya sebagai seekor haiwan ternak, maka ia akan melahirkan ternak pula dengan sempurna, tiada kamu dapati kekurangannya."

[Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0699]

Ya Allah semoga saya jadi ibu yang SABAR dan penyayang buat anak-anak ini. Amin..

Gambar lama.. 2015

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rabu, 29 Ogos 2018

Ibu - syurga selamanya


Saya rasa saya bukanlah anak yang begitu baik. Sedangkan rumah mak hanya selang sebuah sahaja dari tempat tinggal [Saya menetap bersama mertua sejak berkahwin 2009].

Pagi ini untuk sekian kalinya menerima beg plastik dari mak.

3 bekas lauk

Mak beri lauk 😥 Walaupun saya dah masak untuk rumah. Bukan sejenis tetapi berjenis-jenis. Allah..

Entah sampai bila kan dapat merasai nikmat masakan emak sendiri ini.

Moga Allah kurniakan pahala dan keampunan untuk mak dan ayah. Amin..amin..amin..

Ini gambar profil WhatsApp mak. Diambil semasa hari perkahwinan adik bongsu saya beberapa tahun lalu.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 28 Ogos 2018

Library is a treasure 5


Alhamdulillah, banyak cabaran nak ke perpustakaan hari ini (27/8/2018) 😥 Dengan GrabCar yang tak jumpa rumah dan akhirnya terpaksa batalkan booking, cari yang lain pun sama juga batal, akhirnya dengan ibu susu Khaulah kami ke sana. Terima kasih Ummi Kay!

Seronok kali ini ada Ulya dan Hadi sekali 💕

Tiba di perpustakaan sudah hampir 3.45 petang. Banyak drama pula anak-anak hari ini. 4.20 petang baru ummi ni dapat naik ke tingkat 1 (bahagian pinjaman dewasa) untuk pulang dan pinjam buku baru.

Lega perasaan setiap kali pustakawan scan barcode buku yang dipulang. Bukan apa, takut ada yang hilang. Menangis ummi nanti. Huhu. Tapi hari ini ada 3 buah buku belum pulangkan. Jadi ummi minta sambung tarikhnya. 3 buku tersebut dipinjamkan kepada anak murid abi untuk pertandingan menulis resensi.

Oklah, ini pinjaman kami hari ini :

Ummi punya


Lama juga ummi membelek rak buku. Terpandang novel ITBM. Novel remaja sebenarnya. Tetapi sinopsisnya menarik maka dicapailah dua buah buku ini. Buku Fai Zakaria pula buku terakhir nampak sebelum melangkah ke kaunter pinjaman. Sempat lagi tu! Harap-harap ummi berjaya habiskan semua bacaan dengan gembiranya 😘

Pinjaman abi


Wah, ini memang 'rare'! Abi tak pernah meminjam sejak jadi ahli beberapa tahun lepas. Hihi. Sampai di kaunter tadi kena 'renew' keahlian. 

Menariknya buku yang abi pinjam ni 😍 Abi memang guna dalam kuliahnya.

Buku anak-anak


Tak sempat tengok mana satu kakak punya, mana satu adik-adiknya punya. Maka, sekaliguslah ambil gambar di sini. Nampaknya novel "baru" Ana Muslim sudah tiada di rak. "Baru" maksudnya yang belum dibaca oleh kakak.

Tak mengapa, next time ummi nak pujuk kakak baca novel misteri Enid Blyton pula. Ada ternampak di rak hadapan.

Abang ngah memang minat dengan Siri Sang Kancil terbitan ITBM ini. Cari yang lain tapi tak jumpa pula. Buku mahal ni jika ummi nak beli. Alhamdulillah Perpustam ada.

Hari yang penat. Pukul 10.30 malam semua tertidur kepenatan. Tapi.. sempat juga dengar satu bab cerita dari buku ini 😉 Nanti cerita dalam entri lain pasal buku ini ya insya Allah.


Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 25 Ogos 2018

Raih Keampunan dengan Memaafkan


Bab pertama dari buku Melakar Damai di Jiwa oleh Ustaz Pahrol ini menyentuh tentang Meraih Keampunan dengan Kemaafan.

Indahnya firman Allah ini.


Ditambah lagi dengan nukilan ustaz, hati rasa sayu apabila terkenang sebuah peristiwa di sekolah menengah. 

Pernah satu ketika saya menghadapi konflik dengan seorang rakan, puncanya saya menasihati (dengan menulis surat kepada) beliau supaya menjaga aurat kerana bimbang terjebak dengan perkara yang lebih mudarat.

Rupanya perkara itu menjadi isu besar dan menjadi umpatan di belakang saya. Saya tidak tahu sehingga dimaklumkan oleh rakan sekelas.

Ada seorang rakannya mengumpat emak saya sehingga saya berasa hati. Jika marah dengan saya, saya masih ok. Tetapi apabila memburukkan emak saya, saya tidak boleh terima.

Saya pendam bertahun lamanya sehingga lupa yang saya belum memaafkannya. Subhanallah.

Mungkin hampir 10 tahun selepas itu baru saya teringat dan terus saya bersungguh memohon istighfar atas kelalaian saya memaafkan kawan itu dengan ikhlas. Allah ya Allah semoga rakan saya itu baik-baik sahaja hendaknya.

Memang, menyimpan amarah dan tidak mahu memaafkan orang sebenarnya memberi beban kepada jiwa kita sendiri.

Apabila kita memberi maaf, masya Allah hidup terasa lapang sekali. Justeru, "Allah sendiri tidak pernah jemu memaafkan kesalahan hamba-Nya" merupakan kata-kata yang paling terkesan di hati.

Jazakallahu khaira Ustaz Pahrol atas peringatan ini.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Aktiviti 26 : Buah


Kesinambungan dari aktiviti pertama tempoh hari (Lidah) kami masih meneruskan aktiviti bertemakan yang sama. Kami menggunakan buku 70+ Aktiviti Cinta Al-Quran oleh Dr Anayasmin Azmi.

Kali ini lebih menarik kerana musim buah-buahan. Ada rambutan, manggis, mangga dan langsat. Puas sungguh makan. Semua manis belaka. Tetapi ada jugalah sebiji dua yang rasa masam. Berkerut-kerut muka siapa yang dapat rasa masam tu.


Inspirasi dari Surah Ar-Ra'du ayat 4 ada menceritakan tentang buah-buahan :



Sumber : surah.my

Di dalam al-Quran ada banyak sayuran dan buahan yang disebut. Misalnya dalam Surah Al-Baqarah ada diceritakan sehingga Ust Muhammad Luqman Makhtar ada membuat kuiz di dalam bukunya, X-plorasi Surah Al-Baqarah.

Dalam aktiviti 26 ini, anak-anak diajar cara membuat origami buah dan sayur. Dicadangkan 4 jenis tetapi kami buat 3 sahaja. Itu pun sudah hampir limit fokus anak-anak. Hihi. Mujurlah semasa buat aktiviti, ada pakcik dan makcik join sekali. 



Sekurang-kurangnya anak-anak ini tidaklah rasa lelah sangat. Buat santai-santai di halaman rumah atok. Redup sahaja dengan pohon buluh dan pokok bunga yang rimbun.


Antara hasilnya

Kami buat origami berpandukan gambar-gambar di bawah :






Kaitkan buah-buahan ini dengan pencipta-Nya. Ajak anak berfikir, cuba lihat, pokok-pokok ini ditanam di tanah dan tempat yang sama (depan rumah atok ada kebun kecil 😃) tetapi tumbuh mengeluarkan hasil yang berlainan. Masya Allah.

Subhanallah, anak-anak ini nampak tergamam sebentar. Mungkin sesuatu yang tidak pernah terfikir selama ini, kan.

Jadi, hanya Allah berkuasa mencipta semua buah-buahan dan sayur-sayuran ini. Hebat tak Allah? Maka, kita kenalah ikut cakap Allah. Betul tak? Betulll...

Selamat mencuba.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 20 Ogos 2018

Aktiviti 32 : Lebah


Hari ini kami buat Aktiviti 32 : Lebah dari buku 70+ Aktiviti Cinta Al-Quran oleh Dr Anayasmin Azmi.


Kesinambungan dari aktiviti semalam mengenai lidah. Hari ini set induksi (pengenalan) dimulakan dengan memberi anak-anak minum sesudu madu lebah.

Apa yang kamu minum ni?
Rasanya apa?
Siapa cipta madu lebah?
Siapa kenal lebah?
Lebah tu kecil atau besar?
Macam mana lebah hasilkan madu?

Ha.. mari kita lihat apa yang Allah sebut dalam al-Quran pasal lebah ini.

(Surah An-Nahl ayat 68 - 69)



"Ha, mak long tu lebah!" Anak buah menunjuk ke atap rumah. Ya, memang ada sarang lebah. Mungkin sudah hampir dua tahun ia bersarang di situ. Tetapi ayah tidak ambil apa-apa tindakan. Kami juga tidak tahu sebesar mana sarangnya di bawah bumbung itu.


Kemudian kami tonton sebentar perihal lebah di YouTube. "Lihat, lebah itu kecil sahaja tapi pandai dia cari bunga dan hisap madunya. Siapa ajar tu?" "ALLAH..." "Alhamdulillah, betul."

Jadi kita perlu tiru lebah. Ia makan benda yang baik, terpilih dan hasilkan madu yang terbaik dan terpilih juga. Dalam kehidupan kita pun begitu. Perkataan yang baik adalah sedekah. "Bolehkah kita mengejek orang?" Pantas sahaja mereka menggelengkan kepala. 

"Mak long, menghina itu apa?," Tanya Umar. Menghina itu seperti mengejek dan merendah-rendahkan orang. Ia bertujuan tidak baik dan termasuk dalam sifat______? "Mazmumah," balas Umar. Oh masya Allah. Bagus Umar.

Untuk aktiviti :

1) Lukis sendiri lebah masing-masing dengan panduan YouTube. Meraikan mereka yang kinestetik dan visual.


2) Menggunting sarang lebah dari kertas warna. Hias dan tampalkan pada kertas A4.





3) Idea spontan anak-anak ini semasa mencari idea mewarna batang pokok. Mereka ternampak pokok duit-duit menjalar pada pokok bunga di halaman rumah. Lalu mereka ambil dan hias pada lukisan masing-masing.



Sungguh, aktiviti yang disangka mengambil masa beberapa minit sahaja rupanya menjadi satu aktiviti yang sangat menarik buat mereka. Aktiviti ini berjalan selama 2 jam!

 Mengagumkan apabila semua orang tekun dan bersungguh menyiapkan hasil kerja masing-masing.

Nampaknya ummi / mak long ini underestimate kamu semua 😄

Sehinggakan si kecik Abdurrahman tidak keruan mahu join sekali. Sudah pastilah kakak abangnya lari-lari apabila diganggu. Kasihan.

Ada banyak perkara lagi dapat dikaitkan dalam topik ini. Boleh rujuk buku 70+ Aktiviti Cinta Al-Quran ini. Ada panduan beraktiviti langkah demi langkah buat anda sekeluarga.

Alhamdulillah selesai semuanya. Teruja untuk aktiviti seterusnya. Esok sebuah lagi keluarga akan pulang berhari raya. Bertambah meriah tim anak-anak ini nanti!

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 19 Ogos 2018

Aktiviti 60 : Lidah


Hari ini bersama dengan 7 orang anak kecil, kami buat sedikit aktiviti. 3 orang anak buah dan selebihnya anak sendiri.





Aktiviti diambil dari buku 70+ Aktiviti Cinta Al-Quran yang ditulis oleh Dr Anayasmin Azmi.

Inspirasi dari ayat 9 Surah Al-Balad :



1) Beberapa bahan disediakan iaitu garam, gula, serbuk Tamar Cocoa, serbuk kunyit dan susu tepung. Boleh juga letak asam jawa.


2) Minta anak-anak namakan bahan tersebut dan rasanya. Mereka masukkan dalam sebuah jadual.

3) Kelakar pula bila ada yang kata susu tepung rasa masam. Ada juga yang tak kenal serbuk kunyit. Alahai anak, ummi perlu latih lagi kamu memasak di dapur.

4) Tibalah masa untuk merasa. Saya beri yang manis-manis sahaja dahulu. Serbuk kunyit akhir sekali. Berkerut muka masing-masing. Lantas berlari ke dapur mencari air. Hehe.

5) Mereka isikan keputusan pemerhatian. Lalu saya kaitkan dengan fungsi lidah dan mulut dengan menjaga percakapan serta menyebut dalil dari Surah Al-Balad di atas.

6) Sebagai pengayaan, kami menonton sebuah video dari Youtube akan kegunaan lidah kepada manusia.

7) Anak melukis bahagian rasa pada lidah dan mewarna. Waktu ini dapat melihat kesungguhan anak kecil menulis. Terutama bagi yang baru belajar membaca atau baru mengenal huruf. Gigih menekan batang pensel melabelkan gambar lidah.





8) Penutup - anak recall apa yang dipelajari hari ini.

Masya Allah. Sebenarnya saya juga belajar sesuatu daripada mereka. Melihat semangat mereka belajar dan membantu antara satu sama lain semasa proses pembelajaran.

Esok belum tahu aktiviti apa. Tetapi seronok buat semasa cuti sekolah ini. Ramai anak buah pulang ke kampung. Aktiviti pun meriah.

Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jom ubah! Ikut saranan Mufti WP


Wasiat Untuk Anakku adalah antara karya awal Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri yang saya miliki dan baca. Selepas itu saya mengagumi ketokohan beliau kerana setiap karyanya pasti mengajak pembaca membaca buku dan menggalakkan orang menuntut ilmu. Ia suatu perkara yang jarang saya temui daripada tulisan lain.

Memetik beberapa perkara daripada buku ini, suka untuk saya catatkan kembali buat rujukan masa akan datang.

Mengapa kita malas?

⌛ Tiada matlamat yang jelas
⌛ Tidak tahu natijah rajin dan malas
⌛ Sibuk dengan keseronokan lain seperti TV dan Facebook
⌛ Terasa mewah dan tidak perlu bersusah payah mendapatkannya
⌛ Akal fikiran kita hanya fokus kepada dunia
⌛ Rakan juga sama seperti kita

Penyelesaian masalah malas :

🌠 Fokus kepada matlamat
🌠 Mujahadah nafsu daripada sifat malas
🌠 Buang sikap bertangguh
🌠 Yakin boleh berubah
🌠 Jangan bazirkan masa menonton TV dan Facebook
🌠 Pilih rakan yang baik

Motivasi Membaca

Dr Zulkifli menyatakan bahawa membaca bukan kerana terpaksa tetapi ia kewajipan umat Islam. 

Misalnya seorang tokoh bernama Sheikh Muhammad Ali Tantawi ialah tokoh dan ulama berwibawa. Beliau berasal dari bumi Syam dan menetap di Arab Saudi. Beliau membaca sebanyak 10 jam sehari selama lebih 50 tahun. Masya Allah!

Bagaimana cara membaca dengan betul?

Dr Zulkifli menyenaraikan 4 perkara iaitu :

1) Berazam bersungguh-sungguh mahu membaca.

2) Tetapkan matlamat. Misalnya mahu membaca 20 muka surat dalam masa 30 minit.

3) Mencatat poin penting.

4) Cuba ingat kembali apa yang dibaca atau dicatat.

Sebenarnya apa pun teknik yang dikongsi, ia tidak akan bermakna tanpa KITA sendiri yang praktikkan.

Jom ubah!

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 18 Ogos 2018

Mutiara ilmu dari Dr ARAR



Khamis lalu, ketika kelas sedang berjalan, kami dikunjungi oleh Dr Abdul Rahman bin Abdul Rahim. Beliau lebih dikenali sebagai ARAR dengan siri tazkirah beliau yang dicatat dengan konsisten oleh lewat aplikasi WhatsApp sejak beberapa waktu.

Selesai bacaan zikir petang dan 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi, majlis memberi laluan kepada Dr untuk menyampaikan tazkirah buat anak-anak ini.

Beliau memuji anak-anak kerana menjawab salam dengan lengkap. Masya Allah, anak-anak terdorong melakukan perkara baik apabila dipuji terus selepas menjawab salam.

Beliau membawa kisah Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam, keluarga baginda, mengenali Ibnu Abbas serta nasihat baginda buat beliau seterusnya membaca al-fatihah dan selawat dengan betul.

"Tahu tak adik-adik apa yang para sahabat nabi buat ketika mereka berkumpul?"

Ada yang menjawab mendengar tazkirah, ada yang mengatakan membaca al-Quran. Masya Allah, hebat anak-anak ini. Amboi, senyum-senyum anak-anak lelaki ini menerima pujian ustaz.

Benar, apabila para sahabat berkumpul mereka akan membaca al-Quran. Jadi adik-adik misalnya di sekolah, ketika waktu rehat, berkumpul bersama kawan-kawan selitkanlah bacaan al-Quran. Contohnya membaca Surah Al-Fatihah. Semua orang boleh baca tak? Kita baca sama-sama.

Bersemangat sekali anak-anak ini membacanya. Subhanallah.

Mengenali Ibnu Abbas, Rasulullah sollallahu alaihi wasallam memberi nasihat yang sangat baik buat beliau. 


عبْد الله بن عَبّاسٍ -رَضِي اللهُ عَنْهُما- قالَ: كُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- يَوْمًا، فَقَالَ: ((يَا غُلاَمُ، إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ؛ احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ))

Abdullah bin ‘Abbas –radhiyallahu ‘anhuma– menceritakan, suatu hari saya berada di belakang Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Beliau bersabda, “Wahai anak, aku ajarkan kepadamu beberapa untai kalimat : Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, maka kamu dapati Dia di hadapanmu. Jika kamu hendak meminta, mintalah kepada Allah, dan jika kamu hendak memohon pertolongan, mohonlah kepada Allah. Ketahuilah, seandainya seluruh umat bersatu untuk memberimu suatu keuntungan, maka hal itu tidak akan kamu peroleh selain dari apa yang telah Allah tetapkan untukmu. Dan andaipun mereka bersatu untuk melakukan sesuatu yang membahayakanmu, maka hal itu tidak akan membahayakanmu kecuali apa yang telah Allah tetapkan untuk dirimu. Pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Terima kasih Dr atas perkongsian. Moga selepas ini berpeluang lagi bermajlis ilmu bersama anak-anak ini.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 17 Ogos 2018

Ulasan buku : Rasulullah Superheroku ; Ana Nak Jadi Aisyah


Sumber gambar : koleksi peribadi


Novel ini comel sahaja saiznya. Sinopsis nampak menarik dan memang sesuai untuk sasaran pembaca.



Raihana atau Ana sangat obses dengan watak kartun barat. Selalu benar berangan menjadi puteri itu dan ini, memakai pakaian cantik begini dan begitu, sehingga menimbulkan kemarahan ibu, ayah dan guru.



Mana tidaknya, keasyikan menonton cerita sehingga lewat malam menyebabkan kerja sekolah tidak dibuat, berangan sehingga terjejas fokus dan tidak boleh ditegur sedikit, pasti melenting dan jadi pemarah.

Bagaimana perangai Ana ini dapat dilentur semula? Bagaimana Ana kemudiannya boleh berimpian untuk menjadi seperti Saidatina Aisyah? Ia sebuah kisah menarik untuk ditelusuri.

Untungnya ada sahabat baik yang sabar menegur kesilapan Ana. Tetapi Ana tidak mahu menerimanya sehingga terfitnah sahabatnya ini. Kasihan Sumayyah.

Karakter Sumayyah digarap dengan baik. Menunjukkan kebenaran tetap berpihak kepada orang yang tidak bersalah. Selain menunjukkan kebaikan orang yang menjaga solat dan berdoa kepada Allah.

Akhirnya bukan sahaja Ana berubah menjadi baik, tetapi Ana berazam menjadi orang yang sabar dan mencontohi para sahabat serta mentaati perintah Allah.






Sangat disyorkan untuk bacaan anak-anak!

Buku 74 / 2018

#iRead2018

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015