Isnin, 29 Oktober 2018

24 Oktober


24 Oktober. Ada dua orang anak berkongsi tarikh lahir yang sama meskipun berbeza tahun.

Dari awal sudah berzikir mahu buat kek. Namun disebabkan ada sepupu mereka yang pulang ke kampung, ummi suruh mereka main sahajalah.

Malangnya, kek yang dibuat kali ini tidak menjadi. Masih boleh dimakan tetapi tidak begitu gebu. Gara-gara terlewat keluarkan dari oven hampir 20 minit. Hmm..


Bak kata nek ummi, "Begitulah jika buat kek dengan anak kecil." Sebab anak nombor empat ni demam. Kebanyakan masa memang mahu melekap sahaja.

Mereka mahu tunggu abi untuk makan kek. Abi pula memang sibuk sepanjang hari Rabu. Hampir jam 10 malam.baru kami berpeluang duduk sekali. 


Anak oh anak. Licin kek dimakan oleh mereka. Masya Allah.

Selamat hari lahir kakak dan abang ngah. Semoga jadi anak yang soleh dan solehah dan menjaga agama Allah hingga hujung nyawa.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Kak cik solehah


Sekian lama tak mencoret perihal Asma' - anak nombor tiga. Kini sudah empat tahun usianya. Masih kecil begitu saiznya tetapi sangat petah dan kuat menangis! Geram je ummi tengok.

2 minggu lepas kemuncak dia sangat suka mengaji. Sekejap, sekejap minta ajar mengaji. Dia bukan kira kita sibuk buat kerja rumah.

Ini budak mula menguji kesabaran ummi.
Tengok apa akal dia di kelas mengaji.  Sebab hampir setiap hari ada sahaja kisahnya.

Tengahari itu sedang sibuk urus si kecil,
Dia datang bawa iqra', "Ummi, nak ngaji. Asma' nak ngajilah. Dari tadi Asma' nak ngaji."

Ya Asma', sabar. Ummi uruskan adik ni.

Ingatkan dah habis.
Perlahan dia dekatkan mukanya ke muka ummi,
"Ummi tak suka mengaji eh?"

Aduh!
Insof ummi dik, insof.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 28 Oktober 2018

Kreativiti menghasilkan BBM



Peringatan : entri ini panjang.

Tidak lama lagi genap dua tahun saya meninggalkan (sementara)  kerjaya rasmi sebagai seorang guru. Terasa sekejap masa berlalu. Saya suka kembali berada di rumah. Saya bukan seperti katak di bawah tempurung. Ada banyak perkara yang mengisi masa saya kini.

Selain mengurus keperluan domestik rumah, saya mengajar anak-anak, ajar kelas mengaji, kelas fardu ain, meneruskan kegemaran membaca, sentiasa menulis dan sesekali keluar beriadah bagi mengekalkan emosi sendiri.

Baru-baru ini apabila seorang rakan berkongsi bahan bantu mengajar yang beliau buat di sebuah bengkel Guru Prasekolah membuatkan diri tersenyum bahagia. BBM yang dihasilkan oleh kawan saya ini memang menarik, berwarna-warni dan memenuhi keperluan anak-anak prasekolah.

Sementelahan saya masih mempunyai anak kecil di bawah usia 6 tahun, maka perkongsian beliau membuatkan idea saya juga turut bercambah! Jom lihat hasil kreativiti mereka :


















Menarik, bukan? 
Tiba-tiba saya teringin pula mengulang 'zaman muda' dahulu yang gigih membuat busy bag anak-anak ;) Ada yang mahu tempahkah? Hihi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 27 Oktober 2018

Secret admire


Tahun ini lebih ketara anak-anak suka menulis surat. Abang ngah pula sejak minat membaca dan pandai menulis, mula menulis surat untuk ummi, abi dan kakak.

Ummi rasa ummi akan terkenang saat ini bila mana abang ngah without fail akan tulis "abang ngah sayang ummi sangat-sangat."


Tetapi, seringkali ummi rasa lost apabila ummi tak dapat 'tackle' masalah abang ngah. Sedihnya.

Serius. Setiap hari 7-8 helai surat diterima rasa macam ummi ada secret admire je. Haha. Terima kasih abang ngah. 

Kenangan : baca quran jam 2 pagi. Huhu. Gara-gara dia tak boleh tidur. Ummi yang mengantuk!

Doakan ummi, doakan diampunkan dosa ummi dan semoga kita semua bertemu di syurga. Amin..amin..

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jack and Jill Series


Masya Allah. Rambang mata dibuatnya apabila stok baru masuk gudang. 

Jack and Jill Series.

Buku ini terbitan Kohwai & Young. 

Ada 2 level. 
1 level ada 6 buah buku. Harganya RM40 per set. 
Kos pos RM10 (SM) | RM13 (SS)

Level 1



Level 2



Mengapa buku ini perlu dimiliki?

✅ Ayat mudah, sesuai untuk early reader.
✅ Ilustrasi menarik, gambar berwarna penuh. Sesuai untuk anak jenis visual.
✅ Membantu anak-anak menambah perbendaharaan kata yang baru. Ada lebih 100 perkataan baru.
✅ Buku bersaiz 17cm x 17cm.
✅ 24 muka surat.

Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 26 Oktober 2018

Buku Kumon




Ibu suri rumah,memang kerja tak habis.
Ibu berkerjaya pun banyak kerja juga.
Buku ini sangat membantu waktu-waktu kecemasan.



Anak leka buat sendiri sementara ibu boleh zasss masuk tandas sekejap atau angkat baju di ampaian atau basuh pinggan.
Pastikan ibu dah siap-siap guntingkan dan sedia gam untuk anak.

Buku ni mewah dengan aktiviti. Ada tiga puluh sembilan worksheets! Nak beli set boleh, nak beli loose pun boleh.

Tajuk penuh dalam siri ini

Tengok, ada anak tu pergi pamer hasil kerja di dinding. Hehe.

Ini antara aktiviti dari buku Let's Cut Paper!

Anak-anak seawal usia 2 tahun sudah boleh dilatih dengan kemahiran motor halus seperti latihan melipat, menggunting, menampal dan mewarna. Antara contoh di dalam buku Let's Sticker & Paste :



Aktiviti dalam buku ini sangat mudah dan mesra kanak-kanak. Saya membuka 3 pilihan pembelian bagi pembelian penuh set Kumon ini. Jika berminat untuk dapatkan buku ini, boleh hubungi saya di www.wasap.my/60133613516/SetKumon.

Sudah berpuluh ibu dapatkan set ini untuk anak-anak mereka bulan ini. Masya Allah. Hebat penangan Set Kumon! Hebat juga ibu-ibu yang mahukan yang terbaik buat anak-anak.

Jumpa lagi!

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Bahan bantu belajar dari Teacher Fiera




Saya baru mengikuti blog Teacher Fiera ini tahun lalu. Masya Allah, blog beliau sangat lengkap dan menarik! Selayaknya beliau dan suami menerima banyak pengiktirafan dan anugerah atas kecemerlangan mereka.

“The power of giving.”

Mereka tidak kedekut ilmu. Silalah layari Blog Teacher Fiera untuk melihat dan memuat turun bahan bahasa Inggeris tahap 1 untuk kegunaan anak atau murid anda. Berbaloi!

Saya juga banyak menggunakan bahan dari situ seperti latihan menulis dan membina ayat. Anak-anak suka belajar dengan lembaran kerja beliau. Ilustrasinya comel dan menumbuhkan minat anak untuk belajar bahasa Inggeris.

Dalam hal ini, saya teringat beberapa orang lagi yang banyak berkongsi bahan bantu belajar (BBB) seperti Ustazah Ilyana Ikhsan, Pn Lu’luMahfuzah, Ustazah Aishah Hashimee, Pn Nisa’ Jauri dan Fanpage FRs Fun Time With Momand Dad.

Semoga Allah memberkati usaha anda semua kerana memudahkan para ibu dan guru.

Aina Dayana Hilmi
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 25 Oktober 2018

HSGS Melaka First Playgroup



Alhamdulillah, dapat hadir ke perjumpaan pertama Ahad minggu lalu. Terima kasih suami yang memberi keizinan dan menghantar kami ke tempat program.

HSGS ialah singkatan kepada Homeschooling Genius Syurga, sebuah platform kumpulan di Facebook untuk para ibu berkongsi idea aktiviti anak-anak. Ia dipelopori oleh Pn Shahsuzlina Omar atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lin.

Untuk Negeri Melaka, admin HSGSnya ialah Pn Sakinah Rafiee yang mula saya kenali seawal tahun 2009 dahulu. Seorang ibu muda yang penuh semangat dan ‘humble’. Psstt..Chocolate Chip cookies dia sangat sedap! ;)

Ok, kami memilih Tasik Ayer Keroh sebagai tempat berkumpul. Meskipun diuji sedikit dengan cuaca tetapi ia tidak menghalang hampir 15 buah keluarga datang berhimpun. Aktiviti terisi penuh antara jam 10 pagi hingga 12 tengahari itu.

Ada 2 aktiviti sempat dijalankan iaitu :

1)    Buku Alam – anak-anak dikehendaki mencari daun, batu dan ranting dan ditampal dalam folio Buku Alam masing-masing. Macam-macam gaya anak ini mencari bahan.
2)    Cop sayuran – ini kami bawa siap-siap dari rumah. Saya bawa bawang besar (yang dipotong melintang), bendi, sayur sawi dan lobak. Anak-anak mewarnakan dan mencorakkan kertas mereka dengan begitu tekun sekali.

Mujur juga ada kawan (Kak Fida). Sebab kami tertinggal tikar dan kehilangan berus warna semasa baru sampai. Biasalah, tercicir di mana-mana. Hee.
Waktu makan tengahari memang ditunggu-tunggu. Anak-anak ini sudah kelaparan agaknya. Menu yang paling laku ialah bihun goreng (Pn Sal dari Merlimau) dan buah tembikai. Sedap! Alhamdulillah. Banyak sungguh makanan terhidang sehingga tak tercapai mahu rasa semua. Hihi.

Saya pun sempat jamah satu cekodok dan sepotong sandwich sardin. Tak tertelan rasanya sebab memerhati 6 anak yang dibawa. Suami tiada bersama kerana perlu menghadiri program lain di kampung.

Waktu mengambil gambar juga meriah. Alhamdulillah sesi fotografi yang ringkas tetapi mendapat kerjasama baik dari semua. Suka sangat!

Pulang dari Tasik Ayer Keroh, kami menumpang Kak Fida untuk ke Masjid Alami MITC. Terima kasih sekali lagi ya Kak Fida dan suami. Malu juga dengan kami 7 beranak. Alhamdulillah muat dalam keretanya. Berkat insya Allah ;)








Dengar khabar, minggu ini ada Playgroup kedua pada hari Sabtu, 27 Oktober 2018. Nantikan pengumumannya dari admin HSGS Melaka. Atau bagi anda yang ingin turut serta dalam komuniti HSGS Melaka, boleh mesej admin di www.wasap.my/60137665084


Jumpa lagi.


Aina Dayana Hilmi
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 22 Oktober 2018

Buku 10 : Jam Di Dalam Hutan


#10HariKembaraBukuBergambar

Buku terakhir dalam cabaran ini.

Buku kegemaran anak-anak - Siri Matematik Ajaib ITBM. Bukunya sangat comel dan menarik. Jadi tarikan kepada anak-anak. Diulang baca pun masih suka lagi.

Buku ini mengisahkan dua ekor beruang adik-beradik yang ditugaskan untuk menjaga jam di dalam hutan.



Semua haiwan bergantung masa kepada pusingan jam tersebut. Namun si adik yang menjaga jarum pendek seringkali cuai menjalankan tugas. 

Akibatnya, jam tidak tepat dan si abang yang menjaga jarum panjang terpaksa turun mencari adiknya yang pergi bermain.

Ada beberapa soalan dan permainan di bahagian akhir cerita. Anak-anak seronok beraktiviti dengan buku ini.

Saya beli siri ini di Pesta Buku Melaka baru-baru ini. Harganya RM5 sebuah. 

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015