Selasa, 30 Januari 2018

Ulasan buku : Budak Sekolah No. 1



Buku ini ialah novel untuk awal remaja. Kisah Alif yang berpindah ke sekolah baru dan memasuki 3 Alamanda. Peliknya, semua pelajar kelas itu seperti robot - tiada perasaan dan tiada masalah disipin.

Namun, sehingga tamat cerita saya tidak dapat mengetahui motif pelajar kelas ini berlakon sedemikian rupa 😑 Dan bagaimana mereka boleh bersatu hati berlakon sejak dari Tingkatan 1.

Mungkin mahu menunjukkan seolah-olah mereka ini baik belaka. Para guru pun mempercayai mereka lantas tidak percaya jika mereka melakukan kesalahan.

* Ini ialah e-book yang dipinjam dari PNM.

Buku 7 / 2018

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 29 Januari 2018

Ulasan buku Lihat Langit


Alhamdulillah. Selesai baca dengan anak-anak. Mereka sangat suka dengan buku ini.
Kulit buku

Muka surat pertama


Lihat Langit ditulis oleh Udamatsaid terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Ia menceritakan perubahan cuaca yang kita alami. 

Pagi yang cerah.
Langit yang cerah.
Hujan.
Selepas hujan.
Pelangi.
Siang dan malam.
Bulan dan bintang.


 Anak hairan apabila tiba di muka surat ini. Ummi, kenapa dia sebut Wa! Wa! Serta-merta saya teringat masa kecil dulu letak tapak tangan di mulut dan letak berulang kali di mulut sambil keluarkan suara - Wa Wa Wa Wa Wa , itu bulan! 🤣



"Oooh", anak balas. Muka mereka masih hairan. Yalah, saya tak pernah buat begitu dengan mereka.

Ummi, macam surah asy-Syams kan? 

Terkedu saya mendengarnya. Alhamdulillah bila anak boleh kaitkan dengan surah yang dibaca 😊 Meskipun mungkin anak hanya maksudkan maksud 
ayat pertama dari surah tersebut.

Buku 6 / 2018

#iRead2018
#readingchallenge

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 28 Januari 2018

Tablet dan e-book

Petang semalam, suami hulurkan sebuah tablet. Saya yang sedang buat kerja terpinga-pinga.

Oh, ini rupanya tablet yang diberi oleh PM. Saya angguk sahaja 

Malam tadi cuba buka dan belek isinya. Tiba-tiba teringat sesuatu. "Boleh tak nak baca e-book dari sini?" Suami angguk.

Horeyy 😇 Telefon baru, maka simpanan data juga masih baru. Saya pun muat turun aplikasi PNM e reader dari Playstore, buka pautan laman sesawang Perpustakaan Negara Malaysia dan mula meminjam e-book. 

Walaupun orang kata bosan sebab tak banyak buku menarik, tetapi bagi saya ia sangat menarik. Saya dapat pinjam buku yang tidak dapat saya beli 😂

Saya mencari Biografi Adibah Amin namun 'not available' masa ini. Sebelum ini sudah baca separuh (sangat terkesan dengan bakat beliau). Insya Allah akan pinjam lagi nanti.

Hari ini 5 buah e-book ada dalam status pinjaman. 2 sudah selesai baca. Akan reviu kemudian.

Saya sangat suka buku cerita kanak-kanak itu. Masya Allah! Bahasa mudah, ilustrasi cantik, mesej juga baik. Jika berpeluang, mahu dapatkan versi fizikal dari Dewan Bahasa dan Pustaka 😊

Selamat membaca.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 27 Januari 2018

Chores for kids


Mendedahkan anak dengan kemahiran hidup sejak awal mampu membentuk sifat berdikari, yakin diri dan mengurus kehidupan seharian dengan lebih efektif.

Buang anggapan - ah, anak kecil lagi. Besar sikit baru ajar (mengemas, melipat, membantu di dapur).Q

Pengalaman melihat orang sekeliling yang semasa kecil memang jarang disuruh membuat kerja rumah, ia memberi kesan semasa beliau melanjutkan pelajaran dan berkahwin.

 Meskipun akhirnya mampu mengurus dengan baik, namun lebih elok sekiranya telah ada ilmu pengurusan rumah tangga lebih awal.

Dengan kemudahan carian maklumat di hujung jari, kini tersedia pelbagai maklumat, panduan dan senarai semak kerja rumah dan kendiri yang boleh anak-anak lakukan.

Boleh guna kata kunci di bahagian "image" : chores for kids checklist. Beratus imej akan keluar. Baca dan pilihlah mana yang bersesuaian dan menarik untuk anak-anak.







Mulakan target dan ajar dari mudah ke lebih sukar. Ia mengambil masa bukannya dapat hasil yang cepat dalam sehari dua. Bersabarlah. Moga pahala berpanjangan buat ibu semua 😊

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 26 Januari 2018

Kelas Memasak Anak-anak


Pagi ini, anak-anak bersiap awal dari hari biasa. Mereka teruja mahu ke kelas masakan.

Sebenarnya bukanlah anjuran khas dari mana-mana pihak. Hanya kami dan anak-anak kawan sahaja 😊

Alhamdulillah, tiada masalah besar sepanjang kelas berlangsung. Malahan, kami dapat banyak manfaat dari aktiviti ini dan memang banyak juga ruang yang akan diperbaiki akan datang.

Kami membuat biskut Nestum. Hanya menggunakan sukatan cawan dan sudu. Jadi lebih mudah untuk anak ikuti.

*Nota : resipi ini bukan gluten-free. 


Sumber resipi : Saya tidak tahu sumbernya sebab diperolehi dari rakan.

Daripada sesi ini, dapat diperhatikan :

1. Keseronokan anak terlibat dalam aktiviti di dapur : membantu susun atur perkakas, mengambil bahan, mengagih acuan.

2. Kesungguhan anak memasak : menyukat bahan dengan betul, menjalankan mesin pemutar, menguli doh dan menerap acuan.




3. Kreatif : cuba jaya dengan keputusan sendiri untuk menguli doh, mendapatkan ketebalan doh yang sama nipis, menghias biskut.



4. Kerjasama : walaupun pada awalnya banyak drama 😂 Tetapi lama-kelamaan mereka mula memahami dan tiada lagi konflik. 

5. Kebersihan : membasuh tangan, mengelap dengan kering, membasuh peralatan, mengemas tempat memasak dan memasukkan biskut yang telah masak ke dalam bekas kedap udara.

Selepas ini kami perlu sediakan apron, penutup kepala, sarung tangan (jika bersesuaian) dan agihan tugas dengan lebih jelas. Insya Allah.
Khaulah dan ibu susu :)

Macam biasa 2-3 tray pertama memang habis licin dimakan, tray seterusnya dapatlah kami simpan sedikit untuk abi, baba dan nenek 😂 Alhamdulillah, Allah bagi sedap 👍


Ini jelah yang elok sikit 😉

 Nak masak apa pula seterusnya? 😘

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 25 Januari 2018

Sains - Badan Saya dan dalil Al-Quran


Sains - Topik 'wajib' 😉 Badan Saya.

Jika mampu, cari kertas mahjong atau kotak terpakai, bentangkan, minta anak baring dan kita mula lukis bentuk badan anak. 

 Lukiskan bahagian-bahagian badan dan perkenalkannya satu-persatu. Jika lukis organ dalam badan pun ok. Canggih sikit 😉

Aktiviti ini pernah kami lakukan dahulu jadi hari ini kami buat aktiviti lain.

Kami cuba pendekatan lain untuk ajar Badan Saya. 

Tahu tak? Allah ada sebut pasal anggota badan dalam al-Quran?

Siapa tahu ayat apa?

Nak tak kita baca apa Allah cakap?
++++

Baik, saya hanya sebutkan beberapa ayat yang dijumpai. Antaranya Surah Al-Balad ayat 8-9 (mata, lidah dan bibir), Surah An-Nahl ayat 78 (perut, pendengaran dan penglihatan)

Ada banyak lagi seperti dalam buku Ayat-ayat Allah Pada Tubuh Manusia. Buku ini tiada di rumah jadi lain waktu akan dirujuk semula insya Allah.

Semasa saya membacakan ayat Quran dan terjemahannya, anak-anak sebenarnya tidak begitu fokus. Mereka seronok bergurau-senda di sebalik kerusi dan bidai di rumah 😅 

Namun, apabila ditanya, boleh pula dijawabnya 😂

Ada banyak juga pertanyaan mereka usai dibacakan ayat-ayat Quran ini.

Ummi, Allah makan tak?
Allah ada mulut?
Allah duduk kat mana?
Kat syurga ada Allah ke?
Boleh ke kita jumpa Allah? - Kita kena mati dulu kan sebelum jumpa Allah?

Ho ho...boleh kumpul buat buku pertanyaan anak-anak ini 😌

Teringat perkongsian Pn Khadijah Gani di dalam bukunya Bukan Sekadar Homeschooling, katakan bahawa Allah tak sama macam manusia. Ulang-ulang kata kunci ini. Insya Allah, anak-anak akan mula terima dan faham.

Sumber gambar : Telaga Biru

Betulkan akidah mereka sejak dari awal. Jadi ibu ayah perlu ada ilmu sebelum menjawab pertanyaan anak. Jangan biarkan tanpa jawapan atau suruh anak berhenti bertanya. Ia akan membantutkan perkembangan mereka.


Jom kita usaha dan belajar sama-sama. 

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rabu, 24 Januari 2018

Rumusan Minggu Ketiga



Baru mula pelajaran tajwid dengan anak-anak minggu lalu. Impaknya, anak lebih minat mengaji al-Quran dan semakin cuba membaca dengan baik. Masya Allah.

 Dua hukum tajwid yang dipelajari - mad asli dan wajibul ghunnah menjadikan anak-anak membaca lebih peka apabila terjumpa kalimah tersebut. Alhamdulillah.

Bahasa Arab - kami menggunakan buku Lughatul Jannah buku 2 dan buku teks bahasa Arab Tahun 2. Selang-seli. Anak-anak sudah mula minta belajar bahasa Arab setiap hari. Masya Allah. Allah juga yang mencampakkan minat belajar itu pada anak-anak. Lalu saya teringat Pn Lu'lu Mahfuzah, Pn Nisa' Jauri dan Ustazah Ilyana Ikhsan yang sangat rajin berkongsi perihal Bahasa Arab.

Ada tiga aktiviti kami lakukan semasa belajar bahasa Arab minggu lalu :

1) Buku mini daripada brown paper bag
2) Permainan Domino
3) Tarsia Puzzle

Untuk sesi tadabbur, kami memilih Surah An-Nahl ayat 66. Mengenai haiwan ternakan dan susunya.

Hafazan kakak masih Surah Al-Qalam. Mudah-mudahan kami dapat sama-sama hafaz dengan lancar dan baik surah ini. Sedikit lagi untuk lengkapkan hafazan surah ini. Doakan ya!

Asma' juga cepat perkembangan bacaan Iqra' At-Taisir. Bila mood nya baik, bacaannya juga sangat bagus 👍 Sama seperti Abdullah Naufal. Mood perlu dijaga. Silap sikit memang 'ke laut'lah semuanya 😏

Ok, minggu seterusnya yang penuh cabaran! 

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 23 Januari 2018

Stoking dan handsock 😊


Subhanallah. Uniknya si penjual stoking. Memang sentiasa ada sahaja permintaan meskipun awal bulan, tengah bulan atau akhir bulan.

Menjual keperluan menutup aurat ini bukan sekadar mahu keuntungan material tetapi menjadi harapan supaya ia menjadi pencetus kebaikan buat pembeli dan pemakai.

Ada pelbagai warna, jenis dan saiz (panjang) stoking dan handsock. Antaranya :

1. Stoking rose (RM6/pasang)

2. Stoking cotton (RM5/pasang)

3. Stoking silvy opaque (RM10/pasang)

4. Stoking jari bercorak (RM9/pasang)



5. Handshirt (50cm) RM10/pasang

6. Handsock Donna (RM6/pasang)

Pilihan pelbagai warna. Menawan!


7. Handsock curly (20 cm) RM7/pasang

8. Handsock cotton 30cm (RM9/pasang)

9. Handsock curly 30cm (RM9/pasang)


Yang mana satu pilihan di hati? 😘


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015