Isnin, 31 Oktober 2016

Seronoknya membaca!



Gambar : Koleksi peribadi


Selepas menghadiri sebuah seminar membaca awal tahun ini, Minggu Bahasa Melayu dilancarkan di sekolah saya dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu dan Unit Pusat Sumber Sekolah. Saya mengendalikan sebuah slot dan saya fikirkan satu program yang dapat aplikasikan ilmu yang diperolehi dari seminar tersebut. 

Murid saya terdiri daripada murid bermasalah pendengaran. Bahasa utama pastilah bahasa isyarat. Bukan mudah untuk mereka belajar kerana setiap perkataan perlu tahu kodnya dan banyak sebenarnya perkataan yang tiada kod. Ada juga perkataan yang tiada makna bagi mereka tetapi harus dipelajari demi memenuhi sukatan mata pelajaran. Tak mengapa, kita tinggalkan persoalan itu ya. Panjang perbahasannya lagi.


Untuk slot Seronoknya Membaca, kami menjalankan beberapa program :


🍎 Tayangan kartun Upin dan Ipin bertajuk Seronoknya Membaca. Diterjemahkan oleh seorang guru Bahasa Isyarat.





🍎 Slot menceritakan semula cerita yang ditonton. Beberapa orang murid diberi peluang menceritakan semula dan dipilih secara rawak. Hadiah disediakan.


🍎 Membuat peta cerita kartun yang ditonton. Ini untuk menguji kefahaman mereka kerana mereka perlu mengenal pasti watak cerita, nilai, lokasi cerita, refleksi dan kesimpulan cerita.




🍎 Teka silangkata berdasarkan cerita (berbahasa isyarat)





🍎 Slot paling mendapat sambutan! >>> Melukis watak cerita. Ada banyak yang boleh dipilih dari cerita Upin dan Ipin tadi - arnab, kura-kura, tupai, ayam jantan dan lain-lain.





🍎 Membina perkataan dari perkataan Seronoknya Membaca


Alhamdulillah, semua murid terlibat secara aktif dan semua guru dan staf memberi sokongan bagi melancarkan porgram. Sangat gembira dengan jalinan kerjasama pada hari berkenaan. Mudah-mudahan memberi impak yang positif kepada anak-anak ini mempelajari bahasa Melayu dalam cara yang lebih menyeronokkan.


Kita boleh juga aplikasikan pada anak-anak di rumah. Tidak semestinya suruh mereka membaca, tetapi buat dalam bentuk yang lain seperti :


🌌 soal jawab

🌌 teka-teki
🌌 treasure hunt

Untuk idea yang lebih variasi, anda boleh cari buku ini : 
100 Panduan Mengajar Komunikasi, Bahasa dan Literasi oleh Susan Elkin (sila klik nama buku) 😉


Terbitan ITBM
Semoga bermanfaat 😊

Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 30 Oktober 2016

Bermain Jigsaw Puzzle





Ada banyak kelebihan jigsaw puzzle. Bukan sahaja baik untuk anak-anak tetapi untuk semua peringkat umur.

Selain menjadi permainan yang agak murah dan adakalanya boleh dibuat sendiri, jigsaw puzzle berperanan mengaktifkan fungsi otak dan minda separa sedar kita. Selain memerlukan fokus dan daya tumpuan, ia juga melatih banyak fungsi lain seperti kemahiran berkomunikasi, matematik. logik dan kreativiti.

Saya ada seorang anak buah yang begitu obses dengan jigsaw puzzle. Umum diketahui dalam keluarga kami, dia sangat suka bermain permainan ini. Dia boleh main dengan begitu fokus dan berulang-ulang sehingga demam.



Saya tidak tahu signifikan kanak-kanak yang sukakan jigsaw puzzle sehinggalah terbaca perkongsian seorang rakan di instagram akan kanak-kanak jenis pembelajaran visual ini. (Terima kasih @santaihomeschooling ) 

Anak-anak dalam kategori ini :

🌟 Peka kepada warna, bentuk, garisan dan corak. 
🌟 Suka kepada kerja menyusun seperti permainan lego dan susun atur permainan seperti lori dan sebagainya.
🌟 Suka permainan yang memadankan seperti lego, matching picture card dan sebagainya
🌟 Jika menyelesaikan jigsaw puzzle, mereka lebih kepada line dan bentuk jigsaw puzzle berbanding kita orang biasa yang lebih memikirkan gambar mana yang sesuai dipadankan 😄


Mungkin anak buah saya ini kategori visual learner. Bolehlah ajar dia ikut kecenderungan jenis belajarnya 😊

Kami suka bermain jigsaw puzzle keluaran Learning Roots. The Seerah Trail  ini mengandungi 40 keping kad dan apabila siap lebih kurang berukuran 58cm x 87cm. Panjang dan lebar. Memang puas hati main. Saya beli dari Instagram @smileysoulstore.


Ada yang sudah "berlubang" - hilang sudah nama-nama tempat pada jigsaw puzzle ni. Haih..


Sebelum ini pernah beli The Giant Journey (beli dari instagram @sweetlittlefabulous), malangnya ada sekali anak-anak bermain dengan sepupu lain tanpa pantauan orang dewasa, habis semua jigsaw puzzle entah ke mana. Tak tahulah nak menangis ke nak marah ke nak no heart feeling 😝 Haih.. jadi beli set yang baru ini memang kena pantaulah..

Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 29 Oktober 2016

Lazy 8



Awal tahun ini, semasa masuk ke kelas tahun 2, ternampak kertas berconteng ini. Pembantu pengurusan kelas memaklumkan anak murid ini baru mengikuti terapi daripada 3PK yang ada di sekolah kami namun dia tidak tahu istilah sebenarnya. 





Hari ini baru saya ketahui apa signifikan 8 pada kertas di atas. Hehe.. punyalah lama dan saya juga tidak sempat mencari maklumat berkaitannya.

Baru-baru ini terbaca perkongsian Pn Nurul Fazrena Kamal di Facebooknya yang berkongsi tentang Brain Gym dan fungsi 8 ini.

Katanya (saya taip dalam bahasa dan kefahaman saya ya), lazy 8 ini dikenali juga sebagai midline crossing. Ia penting untuk perkembangan membaca, menulis, intelek dan keseimbangan badan anak. Pastikan anak berada di tengah kedudukan line itu sebelum mulakan tracing.

Pakar terapi di sekolah saya juga memaklumkan terapi diajar kepada anak khas sebagai asas mereka belajar menulis. Jika bulatan di sebelah kiri itu akan memudahkan kita menulis huruf a, d, c, y dan lain-lain. Jika bulatan di sebelah kanan, memudahkan menulis bentuk b, p, m, n dan lain-lain.

Sungguh, ilmu Allah itu sangat luas!

Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
(Surah Al-A'raaf ayat 43)

Wallahualam.

Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 28 Oktober 2016

Planner


Sekadar coretan untuk rujukan sendiri pada masa akan datang.

Saya pernah sebut yang saya bukanlah pengguna planner secara konsisten. Namun, akhir-akhir ini saya merasakan yang sangat perlu merancang jadual supaya saya tidak kelelahan menguruskan banyak perkara.

Disebabkan saya tidak pandai buat sendiri @ DIY planner maka saya puas mencari di internet mana yang berkenan di hati.

Buat masa ini saya menggunakan fail putih berkulit keras ini sebagai planner saya. Apa yang ada di dalamnya?

- Kalendar tahunan 2015, 2016 dan 2017
- Senarai no penting untuk dihubungi
- Senarai menu mingguan yang dilengkapi bahan yang perlu dibeli dan ruang resipi mengikut kesesuaian
- Jadual mengemas rumah mengikut hari (saya tiruvasi dari Instagram @cleanmama . 
- Perancangan aktiviti anak-anak
- Quran journaling

Sumber gambar : lelong.com.my
* Saya suka menggunakan Quran Mu'jam keluaran Karya Bestari ini :)

- Bajet kewangan keluarga
- Perancangan tajuk artikel blog
- Senarai buku yang dibaca tahun ini
- Bajet bisnes kecil-kecilan saya ;)
- Data pelanggan

Namun, tidaklah begitu lengkap dan tersusun. Sebab itu saya tidak dapat kongsi gambar apa yang ada di dalam fail ini. Hehe.. Kebanyakan printables saya ambil dari amuslimhomeschool.com. Ada juga dari Pn Siti Badariah (mahligaicinta.com).

Tidak lupa, sebahagian perancangan aktiviti anak-anak saya catatkan dalam Jurnal Si Cilik sahaja. Mudah dan efisyen! ;)

Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com

Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak

Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 27 Oktober 2016

Ulasan buku : Snail Obeys Allah


Gambar : Koleksi peribadi


Kulit buku belakang dan hadapan Snail Obeys Allah
Alhamdulillah, semalam sempat membacakan anak-anak buku Snail Obeys Allah, buku keempat dalam Siri How About You Series. Tapi dalam kalangan anak-anak, mereka panggil Siri Obeys Allah 😉 Subhanallah, jarang kami baca buku mengenai siput.

Dalam setiap buku ini, ada disertakan pengenalan dan panduan membaca buku ini bersama anak-anak yang ditulis oleh penulis, Ummi Shahbatun. Tidak lupa, memang ada disertakan rujukan ayat Quran bagi setiap muka surat.


Rujukan ayat al-Quran yang disertakan

Kali ini saya sempat melihat beberapa ayat Quran tersebut. Masya Allah, sangat menarik dan memang berkaitan dengan cerita. Misalnya, muka surat 1 hingga 3 berpandukan ayat-ayat Quran : 


Muka surat pertama

An-Naml : 64, Ar-Rum : 11, Ali Imran 27 dan 190, An-Nahl : 12, Al-Isra' : 12, Al-Anbiya; : 33, Al-Hajj : 61 dan Furqan : 62.

Kesemua ayat Quran ini mengisahkan tentang permulaan kejadian yang Allah ciptakan dan kejadian siang dan malam.

















Ilustrasi buku ini sangat cantik. Anak-anak juga sukakannya. Dalam buku ini anak suka sekali mengira telur / anak siput. Pada akhir cerita di sertakan kitar hidup siput dan sedikit latihan 😊





Aktiviti kami?

Hanya yang ringkas sahaja. Aktiviti sticker. 


Abang, 4 tahun

Asma', 2 tahun

Kakak, 6 tahun

Insya Allah akan ada susulan aktiviti berdasarkan buku ini. Pastinya misi mencari siput semasa beriadah nanti.


Silakan baca link berkaitan :

Buku How About You Series



====================

Boleh dapatkan siri ini dengan saya. Harga RM6.90 sebuah.

Boleh hubungi 013-361 3516 ✨✨✨




Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rabu, 26 Oktober 2016

Buku Mudahnya Mendorong Anak Syurga




Buku baru!

** Mudahnya Mendorong Anak Syurga **

Pn Norhaini Sulaiman @ dikenali sebagai Pn Cahaya adalah insan yang terlibat aktif dalam penganjuran kelas faham Al-Quran tanpa asas bahasa Arab yang dikendalikan sejak beberapa waktu.




Kini tampil berkongsi dengan khalayak umum teknik mendorong anak syurga dengan cara yang positif.





Jom, siapa berminat boleh pre-order dahulu. Buku dijangka diedarkan pertengahan November nanti insya Allah.

Harga RM19.00 (belum termasuk kos penghantaran)


Hubungi 013-361 3516 untuk tempahan! ☺☺


Boleh baca ulasan lain di sini :


 #tiphomeschoolinguntukanak #parentingbookbyTHUA #MudahnyaMendorongAnakSyurga #MudahnyaMendorongAnakSyurgabyTHUA



Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Apa persediaan awal mendidik anak?


Belek punya belek, saya terjumpa nota Pn Lina Karim, pengasas IPN Network yang terkenal dengan seminar ajar anak menghafaz sjak dari kecil itu. Anaknya Darwisyah dan Darwish sangat menginspirasikan ramai ibu bapa dengan kepetahan dan kebijaksanaan mereka menghafaz al-Quran dan mental arithmetik.

Sebagai panduan, mari kita senaraikan perkara berikut dalam mendidik anak-anak kita :

1. VISI - matlamat jangka panjang kita

2. SEMANGAT - semangat ibu bapa dan anak perlu kuat dan tinggi

3. MISI - langkah-langkah yang boleh dibuat bagi mencapai visi

4. DISIPLIN - peraturan yang ditetapkan, boleh diikuti tanpa tekanan

5. RUTIN - jadikan ianya satu kebiasaan atau tabiat


Mari sama-sama berusaha. Barakallahufik.


Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 25 Oktober 2016

Buku Cerita Ziyad & Tiger Adventures : Animals From The Quran Story Sack


Gambar : Koleksi peribadi



Sudah lama tidak buat Story Sack berdasarkan buku cerita. Telah beberapa malam kami membaca buku Ziyad & Tiger Adventures : Animals From The Quran ini. Adakalanya dibaca dalam bahasa Inggeris dan ada hari dibacakan dalam bahasa Melayu. Ikut permintaan anak-anak.

Story Sack Ziyad & Tiger Adventures : Animals From The Quran

Story sack ini sebenarnya himpunan beberapa aktiviti berdasarkan buku yang kita baca. Untuk anak-anak, saya hanya sempat buat empat jenis sahaja iaitu :

1. Kad gambar haiwan yang disebut dalam buku ini. (Ada 10 ekor yang disebut).
2. Nama haiwan yang ditulis pada batang ais krim (bahasa Arab dan bahasa Melayu).
3. Domino game.
4. Keratan kad mengandungi ayat-ayat Quran yang menyebut haiwan ini.

Bagaimana menggunakannya?

Selepas baca cerita ini, kami akan bersoal-jawab. Misalnya, bagi segmen kad gambar, minta anak sebutkan haiwan apa yang mereka ingat dari cerita tersebut dan susun gambar.

Bagi segmen nama haiwan, penyoal akan tanya dalam bahasa Inggeris dan pemain akan jawab dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu (semua perkataan haiwan ini telah mereka pelajari sebelum ini).

Bagi segmen Domino game, saya sediakan 28 keping kad yang telah dilukis (huhu..jenuh tangan melukis satu-persatu😂), cara bermain :- 

* bahagikan kad kepada berapa orang pemain. 
* pemain pertama letakkan kad. 
* permainan disambung oleh pemain kedua dan seterusnya.
* letakkan kad pada gambar yang sama bersebelahan. Boleh main dari pelbagai sisi.

Bagi segmen kad ayat Quran, kami akan pilih secara rawak untuk dibaca dan abi mereka akan beri sedikit penerangan / tafsir dari ayat tersebut.

Akhirnya, kami compile semua kit dan buku cerita ini dalam sebuah zip lock transparent bag. Senang dibawa ke mana-mana. Insya Allah 😉

Selamat membaca!

==============================

Ziyad & Tiger Adventures : Animals From The Quran
Oleh Dr Anayasmin Azmi
Harga : RM18.00 
(belum termasuk kos penghantaran)

Tunggu dahulu!

Dengan setiap pembelian buku ini, kami berikan free printable permainan domino. 

🎉 Boleh cetak sendiri
🎉 Gambar berwarna
🎉 Ada 66 keping kad (10 jenis haiwan)
🎉 Ada panduan cara bermain domino game ini

Boleh hubungi kami di 013-361 3516 untuk dapatkan buku ini!😊😊 ==============================


Aina Dayana binti Hilmi

Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak


Isnin, 24 Oktober 2016

Bertasbihlah Memuji Tuhanmu..



1. Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Mahatinggi
2. Yang Menciptakan, lalu menyempurnakan (penciptaan-Nya)

Surah Al-A'la ayat 1 hingga 2

Alkisahnya, anakanda sulung baru selesai menghafaz surah At-Toriq semalam (Ahad, 23 Oktober).

"Alhamdulillah, tahniah kakak! Lepas ini mahu hafaz surah apa?"

"Surah Al-A'la," jawabnya yakin. Saya diam. Kerana surah ini telah lama dihafaznya namun dek memikirkan hafazan bukanlah satu perlumbaan maka saya setuju sahaja.

Rupanya dia mahu lakukan sesi tadabbur surah ini sekali lagi. Dahulu, ketika kali pertama menghafaz surah ini, kami masih belum menekankan kepada melihat terjemahan dan sesi tadabbur. 

Kini, dia semakin mahu membaca sendiri secara berdikari. Maka, saya fikir raikan sahaja kehendaknya. Bagus juga, boleh kami mengulang sama-sama.

Ajak dia membaca terjemahan ayat 1 dan 2. "Masya Allah, kakak, lihat ini. Kita patut bertasbih dan memuji Allah kerana memberi kita peluang menghabiskan hafazan surah at-Toriq!"

Tiba-tiba anak yang lain menyampuk, "Abang Ngah nak hafal juga!", "Amma' (baca : Asma') pun!". Allahu akbar! Sebaknya... moga Allah beri kesempatan kepada kami menghafaz dan mentadabbur surah ini. Amin..

Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 23 Oktober 2016

Buku cerita jawi


Gambar : koleksi peribadi

Minggu lepas, saya mengemas Pusat Sumber Sekolah bersama murid tahun 6, rakan guru dan pembantu pengurusan murid yang berkenaan. Fuh, berpeluh juga mengira stok buku yang berada di dalam rak buku PSS.

Siapa sangka perpustakaan kecil kami mengandungi hampir 8000 buah buku. Itu tidak termasuk buku yang mungkin belum dipulangkan oleh guru-guru ;)




Sambil mengira buku, sambil menjeling tajuk buku. Menarik sekali buku kanak-kanak yang ada. Maklumlah, selama ini mana sempat nak belek satu-persatu >_<

Saya teruja berjumpa satu siri buku jawi yang dahulunya saya hanya jumpa versi bahasa Inggeris. Itu pun kerana buku bahasa Inggeris itu digunakan oleh ayah untuk ajar kami adik-beradik membaca.



Siapa pernah jumpa dan baca? Buku-buku ini cetakan tahun 1992. Saya baru darjah 2 ketika itu. Di bawah ini buku yang sempat saya ambil gambarnya :)













Sehingga kini bahan bacaan dalam tulisan jawi sangat kurang. Sayang sekali. Pernah jumpa Siri Si Biuku. Tapi, lama dahulu. Mungkin 7 ke 8 tahun lepas. Tidak tahu sama ada siri itu masih ada atau tidak dalam pasaran. Saya terjumpa di reruai Pustaka Yamien semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur berlangsung jika tidak silap.


Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015