Selasa, 31 Mei 2016

Aktiviti Ramadan : Ramadan Board Game 1


Hari ini bercadang buat dam ular tetapi selepas didraf, nampak tak cantik =_= maka kami pun draf bentuk lain.

Bahan yang digunakan :

3 keping pelapik kadbod dalam kotak air mineral
'Sugar paper' warna hitam
Kertas putih saiz A4
Kertas warna pelbagai warna
Kad manila
Pita selotep / gam
Pen
Gunting

Cara-cara :

* Selotep dua keping kadbod.
* Balut dengan 'sugar paper' hitam.
* Tampal petak-petak dan hiaskan. Kami bahagikan kepada 5 warna yang mewakili kategori soalan berlainan ;
Merah - kad ejaan
Hijau - kad solat
Kuning - kad doa
Biru - kad surah
Merah jambu - kad puasa

Bahan buat dadu (besar) :

Kotak saiz sederhana besar
Kertas warna
Selotep dan gunting
Pen penanda ('marker pen')

Cara-cara :

* Balut kotak dengan kertas warna. Selotep. Dan tuliskan nombor / dot pada dadu.

Sangat mengambil masa untuk buat 'game' ini sebab beri peluang kepada anak buat sebahagian aktiviti (menggunting, menampal, susun atur dan menulis). Sehingga saat saya menaip entri ini, Ramadan Board Game kami baru 70% siap ;) Nanti akan sambung lagi.





Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Isnin, 30 Mei 2016

Aktiviti Ramadan : Banner Ramadan



Alhamdulillah, tahun ini seronok membuat persiapan ramadan. Anak-anak turut dilibatkan. Dengan adanya Jurnal Ramadan dan bacaan tambahan e-book aktiviti ramadan yang didapati dari Puan Nadiah (@projeksicilik), menjadikan semangat ramadan menggebu-gebu ;)

Hari ini anak-anak buah juga pulang dari Sentul. Lagi seronok ramai-ramai membuat aktiviti.

Banner Ramadan kami mudah sahaja. Saya hanya menggunakan kad manila pelbagai warna, pen penanda (marker pen), kertas deko warna putih (sebenarnya tak tahu mahu panggil apa kertas ini ;)), gam dan gunting.

Bahan yang digunakan


Ukuran bagi setiap kad manila ialah 17 x 17 cm. Apabila melibatkan anak-anak, memang prosesnya sangat lama. Mana nak menunggu mereka menggunting, mana yang nak menunggu mereka menggam, menyusun dan seratus satu lagi kerja ;)



Akhirnya terhasillah seperti ini. Alhamdulillah. Bukan main seronok lagi mereka. Disebabkan tiada tali, kami gunakan lebihan wayar ^_^


Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Rabu, 25 Mei 2016

Memperkenalkan huruf hijaiyah



Sudah hampir sebulan saya tidak berapa sihat dan tugasan banyak di tempat kerja. Ditambah pulang lewat ke rumah setiap hari membuatkan diri kurang tenaga dan keletihan. Akibatnya aktiviti anak banyak terganggu dan tidak dibuat.

Sehinggakan hampir setiap pagi apabila menghantar anak ke rumah pengasuh, anak-anak akan bertanya, "Hari ni ummi dan abi balik lambat ke?" Tersentap rasa hati 😞

Hari ini pulang awal sedikit. Hanya yang bongsu berjaga. Yang lain masih tidur tengahari. Tak mengapalah, bawa pulang si kecil dahulu.

Saya bertekad memulakan semula aktiviti belajar mereka hari ini. Si kecil ini berusia 1 tahun 9 bulan. Saya ajak dia bermain warna air. Disebabkan warna terhad, Asma' buat aktiviti mengenal huruf a (alif berbaris atas) dan saya lukiskan gambar singa di sebelahnya. Singa dalam bahasa Arab ialahأسد.




Seronok lihat dia memegang berus warna dan mewarna. Terhibur hati. Sungguhpun kepenatan pulang dari kerja. Masya Allah, tabarakallah!






Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Selasa, 24 Mei 2016

Semak diri sendiri



Mendidik anak sebenarnya adalah proses mendidik diri sendiri. Ia bermula dengan niat kerana Allah.

Kesungguhan dan istiqamah adalah kunci penting dalam proses ini. Diri sendiri (baca : ibu ayah) seharusnya lebih kuat dan berdisiplin dalam membentuk peribadi diri kerana segalanya akan terpantul pada anak-anak.

Saya turut melalui fasa semangat yang turun naik. Astaghfirullah. Ada sesuatu yang perlu disemak semula. 

Mari periksa diri sendiri. Mutabaah amal - 

Solat waktumu cukup atau tidak?
Solatmu di awal waktu atau tidak?
Zikir pagi petang sudah selesaikah?
Tilawah al-Quran terlaksana sudahkah?
Tadabbur al-Quran?

Dan senarai berterusan.

Barakallahufik....

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Khamis, 19 Mei 2016

Jurnal Ramadan 2016




Alhamdulillah. Yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Jurnal Ramadan oleh Puan Wan Anie (Wan Rohani) dan tim diterbitkan oleh ABS ini memang menjadi fenomena. Masya Allah! Cetakan pertama habis dalam tempoh yang singkat. Kini masuk cetakan kedua namun sudah 70% bertuan.

Apa yang menariknya jurnal ramadan ini?

* Ia direka untuk aktiviti anak berusia 5 hingga 10 tahun. Ada yang boleh dibuat sendiri dan ada yang memerlukan bimbingan ibu bapa :)
* Ada poster bersaiz A3 dan stiker ganjaran. Ada stiker solat (subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak), stiker puasa, sedekah, mengaji al-Quran dan terawih. Pasti anak-anak berlumba membuat kebaikan.
* Lebih 30 aktiviti yang boleh dibuat sepanjang ramadan.

Jadi ibu ayah tak perlu pening-pening apabila seminggu pertama puasa anak berada di rumah (kerana cuti sekolah). Nah, sudah ada kit aktiviti untuk anak-anak. Insya Allah masa mereka terisi dan bermanfaat :)

Contoh isi kandungan :





Harganya cuma RM20 (pos laju RM8.50 bagi Semenanjung dan RM13.50 bagi pos laju Sabah Sarawak).

Tak sabar mahu beraktiviti!

Tahun ini merancang persiapan Ramadan lebih awal bersama keluarga. Memberi pendedahan seronoknya berpuasa kepada anak-anak kecil. Nantikan perkongsian kami. Insya Allah. Jumpa nanti.

*** Gambar adalah ihsan Tim Jurnal Ramadan.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Ahad, 8 Mei 2016

Ulasan buku : Ajar Anak Kecil Membaca Awal oleh Pn Nik Eliani Nik Nawi dan Othman Ahamad


Hari ini mahu refresh kembali ilmu yang pernah dibaca semasa mengandung sulung dahulu. Lihat-lihat di rak buku, terpandang sebuah buku merah jambu. Bukan buku pemeriksaan ibu mengandung ya! ;) Buku itu bertajuk Ajar Anak Kecil Membaca Awal terbitan Read Network. Ditulis sendiri oleh Pn Nik Eliani Nik Nawi dan Othman Ahamad, pengasas Bacalah Anakku dan Read Easy yang terkenal dengan pengajaran kaedah membaca untuk anak-anak.





Buku ini mengandungi 9 bab iaitu :

Bab 1 Mula Awal - Ketika Dalam Kandungan
Bab 2 Rangsang - Setelah Anak Lahir
Bab 3 Ajar membaca - Mula Pada Usia Awal
Bab 4 Gunalah fonik - Cara Bacalah Anakku
Bab 5 Mengapa Fonik - Apa yang Harus Anda Tahu
Bab 6 Menjawab Salah Faham - Mengenai Kaedah Fonik
Bab 7 Mengajar di Rumah - Panduan untuk Ibu Bapa
Bab 8 Hasil Kajian - Mengenai Kesesuaian Fonik
Bab 9 Lampiran - Lirik dan Lagu

Bagi saya buku ini sangat praktikal dan memudahkan ibu bapa sebagai persediaan mendidik anak sedari kecil.

Sememangnya mencabar mengajar anak di usia awal. Namun, bagi saya seharusnya ibu bapa menanam minat membaca terlebih dahulu sebelum mengajar anak membaca. Ia adalah dua perkara berbeza.

Sebagai bacaan tambahan, suka untuk saya berkongsi beberapa buah buku lain ang boleh dibaca untuk meluaskan lagi konsep mengajar anak dengan cara yang lebih santai dan seronok. Antara buku yang dicadangkan ialah :

1. Permainan Kreatif oleh Pn Nik Eliani Nik Nawi terbitan Read Network


Sumber gambar : www.readnetwork.com

- Harganya RM9.90
- Mempunyai 33 permainan kreatif yang ditunjukkan langkah demi langkah
- Ada juga disertakan dalam Pakej Bestari Bacalah Anakku yang berharga RM85.00 (belum termasuk kos penghantaran)


Sumber gambar : www.kedaiberjaya.com


2. Panduan Bercerita : Mama, Ceritalah Lagi oleh Mama Tok terbitan Ameen Books




- Harga RM19.00
- Boleh memesan di laman sesawang Ameen Books

Saya kongsikan tip merangsang bayi sejak dari dalam kandungan yang terkandung dalam Bab 1 (diubahsuai sedikit).




Buku Ajar Anak Kecil Membaca Awal ini berharga RM15.00 (Semenanjung) dan RM17.00 (Sabah Sarawak). 

Nanti dahulu!

Sekarang ada SALE . Harga yang ditawarkan ialah RM13.50 sahaja (sehingga 10 Mei 2016).

Kos pos (pos laju) bagi Semenanjung : RM7.00
Kos pos (Nation Wide) Sabah Sarawak : RM7.00

Berminat, boleh hubungi saya di 013-361 3516 :)

Semoga bermanfaat.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi



Sabtu, 7 Mei 2016

Hadiah baby


Minggu ini ramai orang terdekat melahirkan anak. Alhamdulillah. Moga menjadi anak yang soleh dan solehah. Apabila menziarahi ibu yang baru bersalin, apakah hadiah yang kita bawa? Kebiasaannya, kelengkapan bayi dalam hamper, pakaian bayi, selimut bayi dan lain-lain. Pernah juga saya lihat seorang rakan memberi biskut atau makanan berkhasiat untuk ibu yang berpantang. Tidak perlu yang mahal-mahal, biskut oatmeal setin pun sudah cukup menggembirakan :)

Sejak akhir-akhir ini saya dapati ada satu trend menghadiahkan bayi dengan kad imbas dan soft book. Menarik! Cara terbaik memupuk minat suka membaca dalam diri anak-anak ialah memperkenalkan buku kepada mereka sedari kecil. Pastikan kesesuaian buku yang dipilih seperti bertekstur lembut (dari kain), mudah dibasuh dan tidak tajam atau berbulu yang boleh menyebabkan masalah lain.


Kad Imbas Iqra' pernah saya ceritakan dalam entri ini. Saya akan sertakan artikel panduan menggunakan kad imbas ini pada bayi. Bagi soft book pula, bergantung kepada stok :) Untuk pakej ini, harganya ialah RM30 termasuk kos pos (pos laju bagi Semenanjung).

Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)

Instagram : @ainadayanahilmi

Khamis, 5 Mei 2016

Siri Ameen Cepat Baca


Kali kedua ke PBAKL hari Selasa lepas, saya banyak berjalan-jalan sambil menemani rakan guru dan anak-anak didik yang ingin membeli. Tiba di reruai Ameen Books mata tertarik melihat buku cerita untuk pembaca awal (early readers). Jarang sekali mahu melihat buku cerita asas seperti ini di pasaran. Sebelum ini saya suka buku terbitan Pelangi Books. Bezanya, Ameen Cepat Baca diterbitkan dengan berkulit keras manakala Pelangi Books berkulit lembut.

Sempena PBAKL, harga bagi satu set ialah RM70 (harga sebenar RM90). Buku ini turut dipakejkan di dalam Pakej Membaca Bahasa Melayu yang berharga RM150 di PBAKL (harga asal RM190). Ameen Books memang banyak menerbitkan pakej membaca seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Al-Quran dan Jawi. Harga setiap satunya berbeza. Saya tidak ingat harganya kerana tidak mencatat.

Set Ameen Cepat Baca (Bahasa Melayu)
Tajuk Lima Jari


Contoh isi kandungan Buku Lima Jari

Tajuk Buat Apa Tu?
Contoh isi kandungan Buat Apa Tu?

 Menarik, bukan? Anak-anak pun suka buku ini. Sesuai juga dibacakan secara read aloud session.



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi


Isnin, 2 Mei 2016

Tip ke PBAKL (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2016), MAEPS Serdang)


Alhamdulillah, tahun ini dapat ke PBAKL yang bertempat di MAEPS, Serdang. Tempat baru. Biasanya pesta buku ini dibuat di PWTC. 

Kami pergi pada hari Jumaat, 29 April 2016. Lewat pula sampai ke sana kerana tersesat beberapa kali. Itulah, bateri telefon masing-masing sudah habis, bekalan power bank pun tidak dibawa. Haih.

Kami hanya pergi bertiga ; bawa anak sulung, Khaulah. Niatnya memang mahu berikan kebebasan kepadanya untuk memilih buku sendiri. Maklumlah, kanak-kanak pada umur begini sudah ada citarasa pilihan sendiri apa yang mahu dibaca. Mujur juga bawa dia. Apa yang ummi pilih, hampir semua digelengkan. Haish.. okeylah kakak, pilih sendiri. Puas hati :)

Perdana University di MAEPS, Serdang. Inilah gambar terakhir sebelum bateri habis >_<

Sebahagian buku anak

Flip book menyerupai kalendar. Dibeli dari reruai ITBM. Hanya RM5 sebuah.
Buku bertemakan haiwan ini berkonsepkan soal jawab. Anak saya kata  buku teka-teki ;) Bolehlah. 

Kami beli dua buah buku kanak-kanak dari reruai Dakwah Corner Bookstore iaitu Who Is Allah? dan Studying Hard. Buku kedua ini ada empat buah dalam satu siri tetapi anak mahukan sebuah sahaja.



Kandungan dalam Who Is Allah?


Kandungan dalam Studying Hard
Belek-belek buku Who Is Allah? teringat sebuah buku idea kreatif dari Indonesia yang baru dibeli. Ada topik yang sama dengan ini. Insya Allah akan buat nanti :)

Kami pulang dari MAEPS jam 9.15 malam. Hujan lebat rupanya di luar dewan. Basah kuyup juga jadinya kerana kami berjalan kaki menuju tempat meletak kenderaan. Suasana sudah gelap gelita. Hanya ada 2 buah kenderaan yang ada berdekatan kami ketika itu. Perjalanan pulang mencabar. Hampir 1 pagi baru kami tiba di rumah. 

Alhamdulillah.

Oh ya, berbalik kepada pesta buku kali ini. Saya agak terkejut kerana kawasan meletak kenderaan dengan dewan pameran sangat jauh. Patutlah disediakan kemudahan tram. 

- Seeloknya senaraikan dahulu buku yang mahu dibeli.
- Ketahui penerbit buku tersebut dan cari nombor reruai dan lokasi dewan pameran.
- Makan terlebih dahulu.
- Bawa bekalan ringan dan air secukupnya. Food truck disediakan tetapi makanannya mahal.
- Bawa duit lebih sebagai langkah selamat ;) Mesin ATM BSN disediakan di Dewan A. 
- Bawa beg atau troli beroda. Sangat berguna walaupun anda rasa hanya mahu membeli 4 ke 5 buah buku sahaja.
- Perhatikan label promosi. Buku baru kebanyakannya hanya 15% diskaun tetapi ada sahaja penerbit yang menawarkan 50% ke 70% diskaun. Antaranya Galeri Ilmu, PTS, Karangkraf dan ITBM (sekadar menyebut beberapa reruai).

Selamat membeli-belah dan membaca! Jumpa lagi.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Ahad, 1 Mei 2016

Jurnal Si Cilik


Baru-baru ini saya memesan sebuah jurnal dari Pn Nadiah Ahmad (Instagram : projeksicilik). Asalnya saya mengikutinya di laman sosial instagram dan beliau mempunyai Facebook page Aktiviti Anak-anak 0 hingga 6 tahun.



Semasa pre-order harganya ialah RM28 dan selepas tarikh berakhir, harganya kembali kepada harga asal iaitu RM35. Namun, pembeli masih berpeluang membeli dengan harga diskaun di PBAKL 2016 di MAEPS, Serdang kerana Pn Nadiah ada membuka reruai (baca : booth) di sana. Anda boleh cari di Hall A1042.

Buku ini sangat menarik bagi saya. Berkulit tebal dengan ring binding, mengandungi catatan perkembangan anak, tahap pendidikan yang harus diberikan, cadangan aktiviti yang sesuai dan yang lainnya ruang catatan untuk para bonda semua. Tidak lupa ada doa-doa, senarai semak aktiviti harian, dan banyak tip keibubapaan disertakan. Sebuah buku yang praktikal.




Saya sudah lama meninggalkan penulisan jurnal. Rasanya sejak berkahwin tujuh tahun lepas ^_^ Kini, saya perlu mulakan untuk mencatat perkembangan anak. Insya Allah. Ingat, hanya orang sibuk sahaja menulis :)

Jumpa lagi!

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015