Rabu, 28 Oktober 2015

Lapbook Surah Al-Bayyinah


Minggu ini anak mula menghafaz Surah Al-Bayyinah. Umminya ini masih terkesan dengan Kelas Faham Al-Quran Tanpa Asas Bahasa Arab awal Oktober lalu. Jadi kali ini bercadang membaca terjemahannya sekali. Walaupun anak belum dapat memahami tetapi sekurang-kurangnya dapat sama-sama mempelajari bahasa Arab.

Kali ini saya menggunakan kotak terpakai yang lebih keras dan teguh. Balut dengan kertas warna dan plastik supaya tahan daripada terkena air.

Kandungan lapbook :



1. Surah Al-Bayyinah

- Laminate dan ditampal velcro

2. Terjemahan surah.

- Laminate dan ditampal.

3. Replika masjid dengan 5 tiang untuk ajar Rukun Islam.



4. Sediakan aktiviti mewarna. Diambil dari blog A Muslim Child Is Born.

5. Kad Domino Surah Al-Bayyinah. Diperolehi dari https://arabicadventuresdotcom1.files.wordpress.com/ 


Kad ini saya laminate, gunting dan letakkan di dalam sampul. Ada ruang khas (menggunakan plastik buku yang ditampal pada lapbook) sebagai tempat flash card. Dalam laman web ini ada lebih 10 perkataan yang dibina pada kad dominonya. Cuma saya tukarkan kepada bahasa Melayu.

Semoga bermanfaat.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Selasa, 27 Oktober 2015

Lapbook Bahasa Arab Asas


Kotak yang ada jangan dibuang. Ada gunanya. Kali ini buat lapbook bahasa Arab. Khusus untuk Abdullah Naufal. Saya imbas semua gambar dalam Lughatul Jannah Buku 1 dan perkataannya, laminate dan tampal velcro. Sediakan sampul khas supaya elok tersimpan.


Kotak terpakai

Imbas dari Lughatul Jannah Buku 1

Hasilnya...

Sengaja tidak ditampal apa-apa kerana mahu lebih fokus membuat latihan :)

Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Ahad, 25 Oktober 2015

Jadual mengajar anak


Saya kongsikan jadual mendidik anak dengan al-Quran. Ihsan dari Pn Lina Karim. Saya perolehi ini daripada seorang rakan.

Semoga bermanfaat :)













 Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Sabtu, 24 Oktober 2015

Hari Lahir


24 Oktober yang manis.

Dua anak saya berkongsi tarikh lahir. Seorang pada 2010. Seorang lagi pada 2012. Subhanallah.
Doakan supaya menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan di akhirat. Malahan dapat berkumpul semula di syurga Allah. Apa lagi doa yang lebih baik daripada ini. Masya Allah La hawla wala quwwata illa billah.

Saya buat kek coklat (resipi Sheila Rusly) dan sebuah buku mini aktiviti untuk diberi kepada anak-anak kecil di bawah usia tujuh tahun sebagai hadiah. Gembira melihat anak-anak seronok. 

Buku Aktiviti Saya

Kandungan buku

Isi kandungan buku ini saya Google sahaja. Tiada tema khusus.

Tolong tabur chocolate rice


Kek Coklat
Resipi Kek Coklat (Sheila Rusly)


.Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan cawan ):

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla

.
Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus:
+ Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.

+ Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.

+ Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.

+ Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.

+ Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.

+ Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.

+ Kukus kek selama 1 jam.

+ Kukus kek selama 1 jam.

.Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus:

1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega

+ Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.

+ Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.

ATAU

500 gram coklat masakan
220 ml susu cair

( kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler )


Anak-anak yang hadir ke kelas malam ini (umur 9 tahun ke bawah)



Aina Dayana Hilmi

Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Khamis, 22 Oktober 2015

Puzzle untuk anak 2 tahun



Menggunakan ruang masa yang terhad sebelum tidur. Bina puzzle mudah - objek yang biasa anak lihat. Lukiskan gambar yang tidak lengkap. Minta anak teka dan sebut dengan jelas.

Permainan ini menyeronokkan. Apa lagi bila lukisan ummi tidak tepat maka pelbagai komen muncul. Kadang-kadang sakit perut (ketawa) dibuatnya. Anak oh anak.

Oh, sila abaikan papan putih yang tidak berapa putih itu ya :)


Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Rabu, 21 Oktober 2015

Kraf


Beberapa ketika dahulu saya gemar mencari origami mudah untuk dibuat bersama anak. Tapi akhirnya saya juga yang buat semuanya kerana anak masih kecil. Dalam lingkungan dua ke tiga tahun. ;)

Ini antara kraf yang sangat menarik untuk dicuba. Malangnya saya sudah lupa sumber di mana saya mengambil bahan ini. Seorang rakan saya membaut aktiviti di dalam kelas prasekolahnya menggunakan teknik ini. Masya Allah, moga ada manfaatnya :)





Kreatif sangat orang yang mencipta ini. Subahanallah, semuanya dari Allah juga ;) Selamat mencuba!

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Selasa, 20 Oktober 2015

Melahirkan Anak Pencinta Al-Quran



Sudah lama menangguhkan bacaan buku Melahirkan Anak Pencinta Al-Quran. Bagi menaikkan motivasi diri sendiri, saya mahu kongsikan isi kandungan setiap bab dalam bentuk peta grafik di sini. Semoga bermanfaat :)

Sumber gambar : Telaga Biru


Laman 1 : Anugerah Yang Tidak Ternilai


Disunatkan untuk mengucapkan doa kepada pasangan yang menerima cahaya mata dan menjawabnya sesuai saranan yang diberi oleh Rasulullah SAW. Boleh lihat di entri ini : Menyambut Buah Hati.

Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Ahad, 18 Oktober 2015

Kad tebuk "sight word"


Masih dalam fasa mengajar anak sight words. Hari ini ternampak ada lebihan kotak yang mahu dibuang. Tebuk sedikit dan tuliskan perkataan _____ at dan lekatkan gambar di sebelahnya.

Disebabkan alat tulis yang terhad di rumah, Saya hanya stepler kepingan kertas gambar. Rancangan awal mahu tebuk lubang.

Walaupun aktiviti tidak sampai 10 minit namun saya berharap ada ilmu yang diperolehi anak-anak. Allahu Akbar :)


Senarai sight words untuk prasekolah (diambil daripada www.kidzone.ws) :

all
am
are
at
ate
be
black
brown
but
came
did
do
eat
for
get
good
Semoga bermanfaat.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Sabtu, 17 Oktober 2015

Kelas Asas Bahasa Arab


Rutin mingguan menyiapkan bahan belajar untuk kelas fardu ain setiap hari Sabtu. Seronok juga mengajar anak-anak kecil ini berbahasa Arab. Alhamdulillah, gembira minggu ini banyak sumber yang dapat digunakan.

Minggu ini akan belajar dua perbendaharaan kata yang baru iaitu :


Imej daripada Diary Of A Muslim Homeschool



# Latihan pengayaan diambil dari laman sesawang Diary Of A Muslim Homeschool.
# Pratulis huruf zal dimuat turun daripada www.rumahbunda.com
dan
# Mewarna huruf hijaiyah daripada Kak Yat (Facebook : Yatty Abdul Rahim)

Ya Allah, berkatilah mereka yang berkongsi ilmu-Mu ini. Amin.



Waktu mahu buat bahan belajar inilah semua mahu duduk sekali ^_^; Anak oh anak.


Sibuk sungguh masing-masing. Bagaikan banyak kerja sekolah sahaja ^_^

Malam ini uji mereka dengan menunjukkan gambar dan mereka menyebut perkataan bahasa Arabnya.
Masya Allah tabarakallah. Semua dapat mengingat dengan baik sekali. Ya Allah, berkatilah anak-anak ini. Amin..



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Jumaat, 16 Oktober 2015

Belajar Bahasa Arab



Ketika saya mula mengajar anak mengenal huruf hijaiyah, terlintas mahu ajarkan mereka bahasa Arab kerana dua perkara ini saling berkaitan. Jika mereka boleh membaca al-Quran, insya Allah akan mudah menyebut bahasa Arab.

Ketika itu memang tercari-cari modul bahasa Arab yang boleh digunakan namun belum berjumpa. Jadi, permulaan saya mengajar perkara asas iaitu anggota badan, peralatan di dalam rumah dan beberapa perbuatan. Disebabkan anak ketika itu masih kecil (dalam lingkungan satu tahun) saya hanya menyebut perkataan berulang kali. Satu perkataan satu hari. Diulang-ulang semua perkataan sehingga kini.

Ketika dia sudah mula bercakap, saya beralih kepada buku. Waktu ini saya sudah mula menggunakan Set Lughatul Jannah terbitan Read Network. Alhamdulillah, walaupun nampak ringkas tetapi saya ikut sahaja modulnya.

Apabila anak menginjak ke usia 3 tahun ke atas, saya mula membina modul sendiri (inovasi sedikit daripada buku Lughatul Jannah yang ke-3). Pada masa ini sudah boleh beri perkataan lain bagi membentuk ayat yang agak kompleks kerana selain Lughatul Jannah saya menggunakan Kamus Bergambar terbitan Mind To Mind, Kamus Mini Sayangku terbitan Pustaka Azhar dan silibus belajar bahasa Arab dari laman sesawang A Diary Of A Muslim Homeschool.

Set Lughatul Jannah terbitan Read Network

Kamus Mini Sayangku terbitan Pustaka Azhar



Pada usia ini jugalah baru saya menggunakan pelbagai teknik seperti kuiz, jigsaw puzzle, memory game, modul sendiri dan teknik nyanyian.






Jika berminat, boleh dapatkan Set Lughatul Jannah dan Kamus Bergambar Mind To Mind ini daripada saya ;)

Kamus Bergambar RM15.00


Set Lughatul Jannah RM25.00

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015