Sabtu, 26 November 2016

Aktiviti Bercerita : Buku 15 Aktiviti Anak Pencinta Al-Quran dan Eli Si Telinga Lebar



Sebenarnya, buku ini telah lama kami terima. Hampir sebulan yang lalu. Sedang elok saya baru discaj dari wad selepas bersalin :)

Alhamdulillah. Hari-hari anak minta bacakan. Aktiviti kraf memang tidak dapat buatlah kerana keadaan diri masih belum mengizinkan.

Anak-anak suka buku ini. Kenapa ya? Sebab ilustrasi dan jalan cerita yang mudah difahami. Lagi-lagi anak akan bertanya ayat al-Quran yang disebut di permulaan buku - Surah Ali Imran ayat 190 - 191. Wah, kagum sekejap apabila anak bertanya tentang ayat itu. Sejak itu, anak mudah sebut sesama sendiri : Kita kena ingat Allah selalu kan, kak (adik-adik berbual dengan yang sulung). Di masa lain juga mereka akan berzikir apabila teringat. Masya Allah, la haw la wa la quwwata illa billah. Hebat ingatan anak-anak. Serap sahaja info yang diberikan.



Buku ini berkulit tebal, dan kandungannya menggunakan glossy paper dihiasi ilustrasi Lego dan origami gajah. Dimulai dengan Panduan untuk ibu bapa - cara menggunakan buku ini, Kisah Tentera Bergajah, Surah Al-Fil dan terjemahan, Belajar Bahasa Arab, Surih tulisan Surah Al-Fil, Keistimewaan Kaabah dan Mekah, Projek Seni Al-Fil (ada pelbagai segmen kraf dan aktiviti untuk anak-anak) dan diakhiri dengan adab kepada haiwan.

Panduan Ibu Bapa - Cara menggunakan buku ini
Kisah Tentera Bergajah

Surah Al-Fil dan terjemahan

Segmen Projek Seni Surah Al-Fil




Pembaca boleh cuba aktiviti kraf bersama anak-anak. Sebab itu dibekalkan Kit Kraf Surah Al-Fil yang comel :)

Hari ini pula terjumpa sebuah buku cerita anak-anak. Lama dahulu beli di PBAKL 2013 jika saya tidak silap. Ditulis oleh Pn Zulina Hassan bertajuk "Eli Si Telinga Lebar." Sukanya bertemu semula buku ini.



Cerita mengenai gajah yang difiksyenkan. Buku ini berwarna-warni penuh, sebuah buku bergambar kanak-kanak.



 Menariknya, siri Mari Meneroka Alam Haiwan ini akan dimulakan dengan cerita mengenai haiwan tersebut dan diakhiri dengan fakta tentang haiwan berkenaan. Untuk cerita gajah, ada 16 fakta yang dikongsikan oleh penulis. Sebahagiannya seperti dalam gambar :






Tambahan daripada buku Pn Siti Aminah tadi dapat terangkan pada anak-anak lebih lanjut mengenai sifat dan ciri-ciri gajah. Masya Allah. Sesungguhnya ilmu kita amat sedikit berbanding ilmu Allah!

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 25 November 2016

Ulasan buku : Mudahnya Mendorong Anak Syurga


Mudahnya Mendorong Anak Syurga ditulis oleh Pn Norhaini Sulaiman atau dikenali sebagai Puan Cahaya. 

Saya mengenali beliau semasa menghadiri kelas Faham Al-Quran Tanpa Asas Bahasa Arab tahun lalu di MMU, Melaka. Di dalam kelas itu, beliau mengajar beberapa teknik untuk memahami al-Quran. Mudah dan yang paling penting peserta ISTIQAMAH selepas mengikuti kelas. 

Kini, berkumpul di dalam group WhatsApp #pecintaalquran. Banyak sekali manfaat diperolehi. Pelbagai latar belakang peserta berkongsi ilmu al-Quran, bahasa Arab dan saling membangkitkan motivasi membaca al-Quran. Subhanallah.

Buku ini bukanlah sebuah buku teori yang panjang berjela hingga kita tidak mampu mengikutinya. Buku ini inspirasi daripada teknik mendorong gaya nabi.

Banyak himpunan dialog yang boleh kita gunakan bagi mendorong anak melakukan sesuatu. Tukar ayat perintah kepada ayat permintaan. Buku ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Misalnya mendorong anak solat dan bertingkah laku baik. Puji perlakuannya dan bukan puji orangnya.

Semua ibu bapa mahukan yang terbaik. Saya juga mahu baiki skill komunikasi dengan anak supaya mesej sampai tanpa anak tercedera emosi. Hakikatnya, selalu juga saya terbabas emosi dengan anak-anak. Astaghfirullah.

Recommended book for parents!

===============================

Buku berharga RM19.00
Kos pos laju Semenanjung RM7.30
Kos pos laju Sabah Sarawak RM12.00

Untuk pesanan boleh hubungi 013-361 3516 (Aina)
Terima kasih ♥

==============================

Boleh baca artikel berkaitan :

Buku Mudahnya Mendorong Anak Syurga

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 24 November 2016

Ujian Diagnostik Tahun 1


Petang itu, suami pulang. Jam sudah lebih 6.30 petang. "Alamak, belum beli baju Khaulah!" Saya pelik. "Baju apa?"

"Uniform sekolah. Esok nak bawa Khaulah jawab ujian."

Hah? Terkejut juga dibuatnya. Dipendekkan cerita, selepas Isyak semua kelengkapan dapat dibeli. Alhamdulillah pekan kecil di tempat kami ada semua perkara yang diperlukan. Namun, ada sedikit kebimbangan dalam hati. 

Anak ini tak pernah bersekolah, bolehkah dia menjawab soalan esok? Dapatkan dia sesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan kawan-kawan baru? Meskipun esok mungkin tidak sempat berinteraksi lanjut dengan kawan-kawan. Semua datang ke sekolah untuk menjawab ujian sahaja.

Esoknya, anak bangun awal, solat Subuh di masjid dan pulang urus diri, mengaji al-Quran, memakai pakaian sekolah dan sarapan. Nampak bersemangat. Maklumlah, nak pergi sekolah. Ummi, nenek dan semua mendoakan yang baik-baik sahaja.

Sejam, dua jam berlalu. Saya bertanya khabar anak lewat mesej suami. Tapi suami tidak menjawab apa-apa. Tak mengapalah.

Tengahari itu, pulang dari sekolah terus bermain kerana ada sepupu yang datang berziarah. Sempat juga dia bercerita keadaan di sekolah. Saya angguk-angguk sahaja, tekun mendengar.

Minggu berikutnya, saya hampir lupa akan ujian diagnostik itu. Suami pulang dari sekolah dan berkata, "Markah anak sederhana, cikgu kata." Saya ketawa. "Tak mengapalah, saya tak kisah. Baru 6 tahun. Jangan terpengaruh dengan markah tu." Suami menyambung, "Cikgu kata : Tapi anak kita tak pernah sekolah, kira baguslah boleh jawab soalan-soalan itu." Saya diam.

Dua hari selepas itu baru suami bawa pulang kertas anak. Saya semak. Ada enam soalan tidak sempat dijawab atau hurufnya terbalik (biasanya huruf t). Masya Allah, 6 markah sahaja kurang dan anak saya ditempatkan ke kelas ketiga. Bermakna kelas 1 dan 2 mungkin anak-anak itu markah penuh.

Saya termenung. Saya tak mahu jadi ibu bapa yang terikat dengan sistem banyak A... Anak sekecil ini sudah menduduki ujian. Meskipun dia mungkin tak tahu apa yang berlaku tapi keadaan ini meresahkan.

Sebolehnya kami mahu mendidik dengan al-Quran terlebih dahulu. Namun setakat ini tiada sekolah tahfiz untuk anak perempuan seusianya. Kebanyakan di sini khas untuk anak lelaki.

Teringat kata-kata Dr Shafie : Tuan, Puan jika mampu ajar anak al-Quran di rumah, teruskan. Tak perlu hantar ke sekolah (tahfiz).. <Perbahasannya panjang, saya tidak berniat untuk catatkan di sini> 😉

Cuma..umminya ini masih berkerja.. jika mengajar anak hanya dapat selepas pulang dari kerja..

Rabbi yassir wa la tu'assir..

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rabu, 23 November 2016

Kraf hijaiyah - alif

Gambar : koleksi peribadi

Alif - arnabun (arnab) 😉


Jika mahukan free printable sila klik entri ini : 


Semoga bermanfaat 😊


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 22 November 2016

Catatan hari ini


Alhamdulillah, cuaca hari ini redup sahaja. Hujan turun pada waktu petang. Sudah dua, tiga hari begini. Alhamdulillah juga bayi kecil tidak banyak ragam. Anak-anak yang lain juga lebih terkawal emosi hari ini. Mungkin kerana berjaya bangun awal dan solat subuh di masjid mengikut abi.

Mereka mandi, urus diri, sarapan, membaca, mengaji, menulis dan bermain. Cukup masa, makan tengahari, tolong kemas tempat makan, mengaji dan solat Zohor berjemaah di rumah. Selepas solat, ada yang tertidur. Hanya seorang masih tegar berjaga - bermain sambil melihat muka kakak abang yang tidur 😃

Sebelum Asar, kami menerima kedatangan tetamu dari jemaah surau Taman Merbok, Melaka. Alhamdulillah, terharu dengan kehadiran mereka. Kebiasaannya berjumpa sekali seminggu ketika mengikuti kuliah maghrib (tafsir) di situ. Beberapa minggu sebelum bersalin saya sudah tidak dapat hadir ke kelas. Barakallahufikum.

Hari ini juga saya selesai membaca buku Ceritera Haji Wartawan Al-Quran yang ditulis oleh Ustaz Abdullah Bukhari bersama Dato' Dr Abdul Basit Abdul Rahman. Di dalam salah satu bab yang dinukilkan, penulis menampilkan hadis Rasulullah mengenai memberi orang minum.

Dari Musnad Ahmad :

Sa'ad bin Ubadah menceritakan, aku berkata "Wahai Rasulullah, ibuku sudah meninggal dunia. Adakah aku boleh bersedekah untuk pihak beliau?". Rasulullah menjawab : Ya, boleh. Aku bertanya lagi, sedekah apakah yang terbaik? Rasulullah menjawab : memberi (orang) minum air.

Subhanallah. Sebelum ini hanya tahu tetamu membawa rahmat. Hari ini tambah ilmu baru iaitu sedekah yang terbaik ialah memberi orang minum air. 

Moga Allah ganjari kebaikan sebanyak untuk emak saya yang banyak bersusah payah melayan tetamu dan menjaga saya sepanjang saya berpantang ini. Ameen.. ameen..




Anak-anak juga sudah tidur sebelum 9.45 malam. Salah satu cara mahu disiplinkan mereka bangun awal pagi keesokan harinya. 

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 21 November 2016

Buku Tafsir Mini Surah Al-Tin untuk Anak-anak


Anak kedua saya sangat suka dengan Surah At-Tin. Apabila difikir-fikirkan, mungkin surah ini melekat terus dalam hatinya ketika kami mengikut abinya ke kuliah tafsir setiap minggu ketika surah ini dibincangkan. Dia boleh membaca dan mengulang surah ini selama beberapa jam tanpa jemu. Masya Allah. 



Melalui surah ini anak-anak mengenal dua buah iaitu buah tin dan buah zaitun. Jika sebelum ini, mereka tidak mahu makan. Tetapi selepas mengikuti kelas tafsir itu dan sama-sama membaca dan menghafaz, barulah mereka rasa suka untuk makan buah tin.

Alhamdulillah, pihak Telaga Biru ada menerbitkan sebuah buku Buku Tafsir Mini Surah Al-Tin untuk Kanak-kanak yang ditulis oleh Ummu Ammar Amir dan Abu Ammar Romlie. Sebelum ini siri pertama telah terbit iaitu Tafsir Mini Surah Al-Dhuha untuk Anak-anak.




Buku ini didatangkan bersama dengan sebuah poster overview mengenai surah ini. Bagus untuk anak-anak jenis visual. Kita ibu bapa pun mudah faham dan terangkan kepada anak-anak. Menurut penulis, maklum balas daripada buku pertama mereka sangat memberangsangkan dan untuk edisi Surah Al-Tin ini mereka masih mengekalkan konsep "Pictorial Mnemonics and Sound Contrasting."

Melalui kaedah ini mampu membantu meningkatkan perbendaharaan kata anak-anak dan setiap ayat disertakan ilustrasi yang sesuai dan membantu anak-anak memahami apa yang dibaca.

Secara umumnya, buku ini mengandungi 8 komponen utama iaitu :

💌 Fakta berkenaan surah
💌 Pengenalan kepada surah
💌 Peta cerita bergambar
💌 Ayat berserta terjemahan
💌 Terjemahan ayat dalam bahasa yang mudah
💌 Ilustrasi bergambar untuk menerangkan sesuatu perkara 
💌 Kata kunci untuk membantu pemahaman setiap ayat
💌 Aktiviti yang sesuai untuk anak-anak seperti :

1. Mewarna
2. Teka silang kata
3. Puzzle
4. Uji Minda

Buku ini sangat sesuai dibacakan kepada anak-anak sebagai bedtime story mahupun pada waktu lain. Ibu ayah boleh bacakan sambil memandu anak memahami surah ini dalam bahasa mudah yang sesuai dengan tahap anak.

1 ayat akan diiringi ilustrasi dan cerita. Ada juga diselang-seli dengan aktiviti. Menarik! Boleh buat kuiz dengan anak-anak, teka-teki mahupun main peranan (berlakon).




==================================================

Buku ini berharga RM10.00. Jika berminat, boleh dapatkan dengan saya. Boleh hubungi 013-361 3516 😊

Semoga bermanfaat.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 20 November 2016

Rahmat tetamu

Subhanallah. Nikmat tuhanmu yang manakah mahu didustakan?

Alkisahnya, hari ini ramai tetamu datang bertandang ke rumah ☺ Ada yang ziarah baby dan ada sahabat lama ayah dari Perlis berkunjung.

Meriah rumah. Seronok. 

Cuma, tak sempat ambil gambar. Maklumlah, semua mahu berbual bertanya khabar.

Terima kasih Kak Suhana sekeluarga serta Cikgu Man dan Cikgu Normah sekeluarga dari Perlis.

Anak-anak sangat seronok dapat hadiah pelampung dari Kak Suhana. Elok dapat 3 unit. 

Anak kedua kata : Abi, abang ngah, akak dan Asma' dapat pelampung sorang satu. Nanti bulan 12 ummi sihat kita pergi kolam eh.

😜 amboi panjangnya ayat si abang ni.

Habis disuruhnya Tok Mi tiupkan pelampung. Kuat atok melayan cucu-cucu 😄



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 19 November 2016

Percuma! ^_^


Alhamdulillah, untungnya ada sahabat yang rajin kongsi ilmu. Semalam dapat mesej dari seorang rakan lama. Guru bahasa Inggeris. Rupanya beliau 'jaga' LINUS daerah. Maka apa-apa maklumat menarik akan dikongsikan bersama rakan guru yang lain.

Berikut ialah link bahan-bahan Jolly Phonics dan bahan pembelajaran lain yang percuma. Jolly Phonics ni jika nak beli harganya mencecah 1k maka marilah kita memanfaatkan free download ini 😊😊

1) http://jollylearning.co.uk/gallery/ 

2) http://m.awonderfulworld.webnode.es/products/jolly-phonics-stories/

3) http://www.mrsjonescreationstation.com/fishing-for-the-alphabet-game/

4) http://www.mrsjonescreationstation.com/free-turkey-alphabet-match-center/

5) https://www.dropbox.com/s/viomb55f73ck9q8/Turkey%20Match%20Alphabet%20FREEBIE.pdf?dl=0

Semoga bermanfaat 😊

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 18 November 2016

Kraf Huruf Hijaiyah - Tema Haiwan Dalam Bahasa Arab



Dalam perancangan untuk buat aktiviti anakanda seperti ini :

1. 1 minggu 1 huruf
2. Memperbanyak latihan sensori
3. Fine Motor Skill
4. Projek Kraf yang menyeronokkan

Namun nampaknya saya lebih banyak bua nombor 4. Tak mengapalah, selepas habis berpantang, mudah-mudahan jadual lebih fleksibel.

Semalam mencari idea kraf huruf hijaiyah kerana apabila membuat carian di internet, idea-idea guru dan ibu bapa di luar negara sangat mengujakan. Jadi, saya fikir mengapa tidak buat untuk huruf hijaiyah.

Malangnya, saya tidak dapat fokus lama kerana memikirkan kraf yang sesuai. Saya bercadang membuat nama haiwan yang bermula dengan huruf hijaiyah alif hingga ya. Setakat ini saya dapat buat 5 huruf sahaja. Saya kongsikan sebahagiannya di sini. Boleh klik link di akhir entri ini insya Allah.

Huruf lain masih dalam pembikinan dan pemurnian.

Ini contoh huruf ba - battun (itik).






Aktiviti ini dibuat bersama anak berumur 2 tahun. Paling mudah, lukis sendiri dan gunting. Saya kurang rajin nak cetak dari laptop. Huhu.. 

Sepatutnya sudah boleh latih anak ini menggunting tapi saya tangguhkan dahulu. Nak latih kemahiran motor halusnya lagi 😄

Di sini, saya sertakan 3 link kraf yang telah disiap didraf. Huruf alif hingga ta.

Alif - arnabun
Ba - Battun (itik)
Ta - Timsah (buaya)




Semoga bermanfaat. Doakan kami sekeluarga. Terima kasih.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 17 November 2016

Aktiviti Huruf Hijaiyah

Aktiviti minggu lepas. Waktu ini, si kakak dan abang tiada di rumah, maka anak yang ketiga ini agak kebosanan dan mulalah menunjukkan tanda nak mengamuk. Maka sebelum "aura"nya keluar, baiklah sediakan aktiviti untuk dibuat 😂

Membezakan huruf dan menampal ikut kategori. Asalnya mahu buat layang-layang. Huruf di tampal menjadi ekor layang-layang tetapi kertas warna tak cukup. Jadi, redha sahajalah dengan sumber yang ada 😊










Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Hafaz Quran bukan satu perlumbaan


Dua, tiga hari ini banyak berfikir. Dalam keadaan berpantang, anak-anak semua berada di hadapan mata. Anak-anak tidak ke rumah pengasuh. Saya panjatkan doa kepada Allah semoga Allah memberi ganjaran sebaiknya untuk emak dan ayah saya, suami dan ahli keluarga lain kerana banyak membantu dalam urusan kelahiran kali ini.

Melihat anak-anak mengurus diri, bermain bersama-sama, membaca buku, dan ada juga adegan terlebih mengusik, pasti hingar satu rumah dibuatnya 😆

Buat masa ini, menekuni buku Perjalananku Bersama Al-Quran oleh Dr Mohd Shafie Mohd Amin terbitan Galeri Ilmu. Sebenarnya sudah banyak kali diulang baca tetapi tidak pernah habis bacaan. Kali ini insya Allah berusaha mengutip satu-persatu ilmu dari penulis.

Banyak teguran Allah beri melalui tulisan beliau. Saya, malahan muhasabah kembali apa tujuan saya mendidik anak? Apa matlamat saya dalam pendidikan anak-anak. Saya menginsafi bahawa segalanya adalah milik Allah.

Mahukan anak penghafaz al-Quran, bagaimana dengan kesungguhan diri sendiri menghafaz kalam Allah?

Sungguh, saya sangat tertarik dengan firman-Nya :


Maksudnya : Perbaikilah diri, sesungguhnya Allah mencintai orang yang memperbaiki diri. (Surah Al-Baqarah ayat 195)

Jika kita bersungguh-sungguh, pasti Allah tunaikan.


Maksudnya : Dan orang-orang yang berusaha bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami. (Surah Al-Ankabut ayat 69)

Allah tidak memandang kepada hasil, tetapi melihat kepada usaha kita. 

Akhir-akhir ini anak sudah lebih berdisiplin solat berjemaah mengikut abi atau nenek mereka di rumah / masjid, boleh mengaji dan tasmik hafazan tanpa perlu diingatkan dan sukarela mendengar dan membetulkan bacaan adik-beradik yang lain. Subhanallah.

Benar, bukan kita yang meletakkan Al-Quran ke dalam hati anak-anak tetapi ALLAH yang berkuasa melakukannya.



Maksudnya : Janganlah engkau (wahai Muhammad) kerana hendakkan cepat hafaz Quran yang diturunkan kepadamu, menggerakkan lidahmu membacanya. Sesungguhnya Kamilah yang mengumpulkan al-Quran itu dan menetapkan bacaannya. (Surah Al-Qiyamah ayat 16 - 17)

Saya menginsafi ayat ini. Sebelum ini selalu letakkan target waktu sekian, anak perlu hafaz surah sekian. Namun, hakikatnya tidak terjadi sedemikian. Anak-anak jika sukakan sesebuah surah, mereka mahu mengulang surah itu sahaja beberapa lama. Jadi, untuk beralih ke surah baru memang memakan masa. 

Apabila melihat ayat ini, saya memahami bahawa menghafaz Al-Quran ini bukan satu perlumbaan. Biar lambat tetapi mantap hafazannya. Insya Allah. Dalam masa yang sama, saya juga dapat mengulang sekali surah-surah terdahulu yang telah dihafaz. 

Khaulah semak bacaan Balqis..
tapi sekali ini sahaja dia mahu. Tahun 2015.
Sehingga kini tak pernah dia nak tengokkan rakan sebaya mengaji.
 Malu katanya...😖


Daku mohon keampunan-Mu ya Allah....

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rabu, 16 November 2016

Surah Al-A'la Ayat 5 dan Sehelai Daun Nangka


Hafazan ayat 5 Surah Al-A'la.

Kemudian Dia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman.

Kami mengambil perkataan satu-persatu maka :


Berhari-hari juga saya cuba mencari di internet tentang perubahan warna daun atau tumbuhan. Saya teringat akan sebuah buku kanak-kanak yang selalu dibaca anak-anak semasa mereka kecil mengenai daun. 

Alhamdulillah jumpa juga buku ini - Sehelai Daun Nangka. Buku ini di bawah siri BAWAL terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1995. Buku ini berkisar sehelai daun nangka yang gugur dan terbang ditiup angin. Ia disapa oleh haiwan yang melihatnya.

Yang paling kami suka tentang buku BAWAL ialah setiap buku disertakan panduan untuk ibu bapa dan objektifnya. Secara langsung buku ini membantu ibu bapa membacakan buku untuk anak dan menyampaikan mesej yang betul dari cerita.





  

Jika ibu ayah mampu terangkan konsep sains kepada anak lagi bagus. Boleh terangkan mengapa warna daun boleh berubah. Tunjukkan gambar rajah daun, klorofil dan komponen lain dalam daun. Selamat belajar (",)


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak

Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015