Khamis, 16 April 2020

Daging Tetel masak asam pedas Noxxa

Pinjam template dari web saya lagi satu 🤭 


Orang Melaka memang dikenali dengan masakan Asam Pedas Tetel ini. Sungguhpun saya bukan penggemarnya sebelum ini, tetapi selepas berkahwin nampaknya ini adalah masakan yang wajib dipelajari sebab orang tua-tua dalam keluarga favourite betul makan ni. Tambah lagi kalau ada tetamu datang dari luar Melaka, inilah juga menu wajib disediakan selain asam pedas Melaka.

Hikmah PKP, selepas 10 tahun kahwin, baru saya berani masak sendiri 🤧 Selama ini sama ada mak yang masak atau saya beli sahaja di kedai 😆 

Mak siap tuliskan pada kertas dan hantar melalui WhatsApp! Terima kasih emak 😍


Saya dalam bab memasak, kadang ikut resipi betul. Kadang main belasah je ikut gerak hati sendiri. Hehe. Kali ini saya masak menggunakan Noxxa pressure cooker. Hanya 40 minit dengan fungsi High Pressure.

Bahan

🧡500g daging tetel dan lemak (rebus empuk)

🧡Bahan kisar :
- 2 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup / serbuk kunyit
- 1 inci belacan (saya tak pakai)

🧡Pes :
- 1 senduk cili mesin / lada boh (ikut suka, nak pekat / pedas boleh tambah lagi)
- 1 sudu serbuk jintan manis
- 1 sudu serbuk ketumbar
- 1 sudu serbuk lada sulah

🧡 1 sudu kerisik
🧡5 helai daun limau
🧡 2-3 batang serai (diketuk)
🧡 Garam, gula, air asam jawa
🧡 Minyak untuk menumis
🧡 Halba, 3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
🧡 1/2 labu bawang besar yang dihiris
🧡 Tomato, bendi, kentang


Cara :

🔵 Saya on butang Stir-fry, masukkan minyak masak dan mula menumis. 
🔵Tumis halba, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan bawang besar yang dihiris sampai naik bau.
🔵Masukkan  bahan yang dikisar.
🔵 Masukkan serai dan pes. Tumis hingga pecah minyak. {Saya tak buat pes. Hanya guna 3 sudu serbuk kari daging dan 1 senduk lada boh)
🔵Masukkan daging tetel, air mencukupi, sedikit air asam jawa, kerisek, daun limau, garam, gula.
🔵 Saya off butang Stir-Fry, tutup penutup Noxxa. Tekan butang High Pressure. Set kepada 40 minit (tekan butang sekali je sampai nombor bergerak ke 40). Tekan on.

Siap.

Alhamdulillah semua dapat rasa. Hantar ke rumah mak dan mertua sekali. Last, saya dapat merasa ni je 😆



Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi,
Banyak hikmah #StayAtHome.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015