Jumaat, 2 Februari 2018

Resepi Semperit Koko Gluten Free


Masih mencari jalan menyediakan makanan sihat sebagai alternatif kudapan anak di rumah dan ketika keluar rumah.

Mahu kurangkan pergantungan dengan biskut, roti dan manisan yang ada di pasaran.

Saya mula join Telegroup Resipi Sourdough dan Gluten Free beberapa bulan lalu. Banyak resipi yang dikongsikan melalui group ini. Alhamdulillah sangat membantu saya yang tak pandai memasak ini 😅

Hari ini berpeluang membuat Semperit Koko atau Butter Choc Cookies. Kredit kepada Kak Ma (pengasas Telegroup : https://telegram.me/sourdoughbyfinemama)

Samperit Koko @ Choc Butter Cookies
(Tanpa gluten & tanpa telur)

Bahan-bahan :- 

2 cawan tepung jagung non GMO
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan pure butter
1/2 cawan gula tebu asli (blender halus)
1/2 sudu kecil vanilla extract (tak guna pun tak mengapa)

Cara-cara :- 

💮 Tepung jagung, tepung beras dan serbuk koko dimasukkan ke dalam mangkuk dan kacau sebati. 
💮 Dalam mangkuk lain pula kacau butter, vanilla extract dan gula perlahan-lahan.
💮 Akhir sekali masukkan tepung yang disatukan tadi sedikit demi sedikit sehingga dapat doh yang lembut mudah ditekan dalam acuan. 
💮 Jangan keras nanti sakit tangan. Semakin lama doh semakin mengering, jadi tambah sedikit butter. Tidak perlu uli terlalu kuat kerana biskut mungkin akan terlebih kembang atau merekah.
💮 Boleh terap atau guna acuan ikut citarasa masing-masing. Bakar suhu 175°C dalam 15 minit mengikut ketuhar masing-masing.

Alhamdulillah, Allah beri sedap. Lebih kepada rasa biskut butter coklat. Mungkin selepas ini saya buat tanpa serbuk koko pula.

Suami dan anak-anak suka makan. Dan rezeki anak-anak buah dapat makan "kuih raya" hari ini 😉

Barakallahufik buat KakMa. 

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015