Ahad, 20 Mac 2016

Origami


Sedikit masa dahulu, aktiviti origami dan lipatan menjadi viral di laman sosial atau sekurang-kurangnya ramai dalam kalangan senarai rakan saya di Facebook yang kongsikan album tersebut. Malangnya apabila dicari semula sudah tiada. Maka terpaksalah ingat-ingat sendiri bagaimana membuatnya.


Kami pilih untuk buat burung, gajah dan bangau.

 Tujuan saya membuat origami ini adalah untuk melihat kecenderunganan anak lelaki beraktiviti. Nampaknya dia sudah boleh semakin fokus. Satu perkembangan yang baik. Namun anak-anak jangan dipaksa melakukannya nanti hilang hormon 'happy' membuat sesuatu aktiviti.


Tiga beradik melakukan aktiviti :)


Seronok membuat lipatan kali ini. Anak-anak memilih watak yang mahu dibuat, menggunting, melipat, mewarna dan menggam pada kad manila. Satu proses yang panjang sekali. Di akhirnya tidaklah siap sempurna 100% kerana setakat itu sahaja yang mereka mahu buat. 


Hasil akhirnya. 

Secara peribadi, saya gembira melihat anak kedua yang seronok melakukan aktiviti kraf ini tanpa disuruh. 



Akhirnya, dalam sesi bercerita diselitkan dengan kata-kata Allah. Subhanallah, Allah telah sebut di dalam surah An-Nur ayat 45 :


Maksudnya :


Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air ; maka sebahagian daripada mereka menjalar atas perutnya dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Dia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Allahu Allah. Segalanya telah Allah sebut di dalam Al-Quran. 
Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi


Sabtu, 19 Mac 2016

Lapbook : Mata


 Alhamdulillah, Allah memberi kesempatan dan ilham untuk buat lapbook mengenai mata kali ini. Meskipun sebenarnya kami meminjam sebuah buku bahasa Inggeris dari perpustakaan pada bulan Januari yang lalu. Bukunya comel sahaja.

Tajuknya The Eyes. Berkulit warna ungu dan berwarna-warni penuh.



Pada waktu itu, kami baru sahaja selesai mengikuti kuliah tafsir Surah Al-Balad. Si anak menyebut, "Ummi, macam dalam surah al-Baladlah. Ada pasal mata." Saya agak terkejut. "Yakah? Ayat yang mana ya?" Lalu dibacakan ayat 8 dari surah Al-Balad.


Bukankah kami telah menjadikan untuknya sepasang mata.

Ha, mengapa ya Allah sebut pasal mata dalam al-Quran? Mesti ciptaan mata ini satu ciptaan Allah yang hebat, betul tak? Mari kita baca buku ini.

Konsep mengenai mata diterangkan secara ringkas dan mudah difahami oleh anak-anak. Akhirnya kami buatkan lapbook seperti di bawah :

Ayat Quran 
Gambar rajah mata secara ringkas
Enam warna mata utama di dunia
Allah cipta mata untuk kita ...
Jom Jaga Mata







 Apabila adik yang berkerja sebagai optometri balik kampung, dia terangkan dengan lebih lanjut mengenai mata ini. Seronok! Buat eksperimen ringkas. Insya Allah akan kongsikan nanti.



Semoga bermanfaat :)


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi


Jumaat, 18 Mac 2016

Berkreatif dengan warna air dan 'cotton bud'



Sudah lama tak bermain dengan warna air. Awal tahun ini pernah juga mencari kelas lukisan untuk anak kecil. Alhamdulillah jumpa. Ada di Bukit Baru, Melaka. Cuma hingga kini belum daftar kerana beberapa kekangan. Tambahan lagi, yurannya ... ummi kena menabung dahululah. 

Sementara belum masuk ke mana-mana kelas formal, saban hari selalu bertanya tip dari seorang guru pendidikan seni di sekolah. Cikgu yang seorang ini sangat kreatif dan cantik sungguh hasil seninya :)

Aktiviti warna air dan 'contton bud' ini sudah lama buat. Awal Mac lagi. Baru hari ini dapat kongsi di sini. Aktiviti ini dibuat pada waktu malam. Memang sudah janji untuk buat. Salah satu cara mahu tarik minat mereka tidur awal.


Tekun


Si adik pun mahu cuba juga


Kali ini anak-anak lebih bersedia dan sudah nampak 'hala tuju' semasa mewarna ;)


Hasil akhir. Alhamdulillah.


Seronok! Cubalah..



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi


Khamis, 17 Mac 2016

Pinjam buku



Awal-awal bulan Mac ini, kerja semakin hari semakin bertambah. Hingga satu tahap saya hilang suasana membaca. Cuti sekolah ini sekali lagi ke Perpustakaan Negeri. Apabila berada di bahagian kanak-kanak, saya suka meninjau koleksi buku cerita lama seperti siri Enid Blyton, kisah Noddy dan siri buku kanak-kanak yang lain. Mengimbau kenangan semasa kecil :)




Berjaya pinjam 5 buah buku iaitu Mengenali Imam Asy-Syafi'i karangan Ustaz Umar Muhammad Nor, Deme Wasap Ambe Reply oleh Ustaz Azhar Idrus, Buat Pahala 'Free' Gaya Rasulullah oleh Dr Mohd Khairul Nizam, Tanyalah Diri oleh Pn Roza dan Wanita Solehah oleh Hikmatul Islam. Buku House At The Corner itu saya pinjam menggunakan kad perpustakaan anak :) Rasanya kami pernah ada buku ini dahulu. Versi kulit keras tapi ya, ke mana sudah buku itu. 



Buku pinjaman anak-anak. Sebahagian dipilih oleh mereka dan sebahagian lagi saya pilih secara diktator ;p Khaulah pemegang kad Ahli Kelab Kancil maka boleh pinjam 8 buah buku dalam satu masa. Majalah dan cakera padat juga boleh pinjam cuma saya tidak pasti bilangannya. Kali ini kami pinjam sebuah cakera padat matematik prasekolah tapi belum tonton lagi.

4 daripada 6 buah ini sudah habis dibaca. Dan saya tidak sangka anak sanggup membaca buku cerita mandarin itu satu-persatu (ada subtitle sebutan.) Andailah saya ini boleh ajar anak Mandarin ^_^ Beria dia membacanya.

Jom baca buku!


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi


Rabu, 16 Mac 2016

I Spy Bottle versi kami



Minggu lalu, usai mesyuarat PIBG sekolah, saya lihat ada banyak botol air mineral yang kosong. Diam-diam memikirkan apa yang boleh dibuat dengan botol kosong ini. Teringat I Spy Bottle yang banyak dilihat di internet suatu masa dahulu.

Baru ini berkesempatan untuk buat. 

Bahan-bahan :

Botol kosong lutsinar
Sepit baju berwarna dan ada watak kartun
Ladybird 
Butang baju
Sudu mainan
Duit syiling (tiada dalam gambar)
Beras (yang sudah tamat tempoh ;p)
Kertas yang sudah laminate menunjukkan benda-benda yang perlu dicari




Cara-caranya :

Masukkan sedikit beras terlebih dahulu, masukkan benda-benda mini ini dan beras sekali lagi.
Goncangkan.
Tutup dan seal terus.


Untuk anak yang lasak perlu cari bekas yang lebih tahan lasak. Ada orang yang tidak gemar menggunakan makanan sebab membazir. Tidak mengapa, boleh sahaja ganti dengan sabun cuci pinggan, gel rambut atau seumpamanya :)


Banyak laman web yang berkongsi idea I Spy Bottle mereka :



Selamat mencuba.



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi


Isnin, 14 Mac 2016

Buku cerita : qolamun (pen)









Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Ahad, 13 Mac 2016

15 buku parenting yang berkesan di jiwa (bahagian 3)


11. Mama, saya lapar... oleh Wardina Safiyyah terbitan Karangkraf


Sumber gambar : www.goodreads.com

Ulasan penuh di sini :)




12. Ibu Kool Bapa Hebat oleh Jamilah Samian 

Sumber gambar : di sini


Bagi menjadi ibu kool, bapa hebat keperluan diri sendiri dan anak harus diseimbangkan. Ini yang mungkin membezakan pengalaman seseorang ibu bapa dengan ibu bapa yang lain. Ada orang menganggap membesarkan anak merupakan pengalaman yang berharga dan menyeronokkan. Ada orang sebaliknya :)




13. The Muslim Parent's Guide To The Early Years oleh Umm Safiyyah 


Sumber gambar : koleksi peribadi
Walaupun hanya setebal 98 muka surat namun 9 bab yang dikongsi oleh penulis memang relevan dengan keperluan ibu bapa yang ingin membentuk keluarga muslim. Sebahagiannya memang telah dipraktikkan oleh kami sekeluarga dan bahagian tersebut menjadi 'refreshments'.

9 bab ini merangkumi topik :

The role of parents
Creating an islamic home
Creating a child friendly home
Raising healthy children
How to deal with a disruptive children
Intellectual development and play
Child development
Planning your day and activities
Observing your child


Ulasan lanjut di sini



 14. Didik Anak Jadi Pintar terbitan PTS

Sumber gambar : Laman web PTS


15. Tarbiyatul Aulad oleh Abdullah Nasih Ulwan

Sumber gambar : www.bookcafe.com.my 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebenarnya ada banyak lagi buku di pasaran namun ini antara yang menjadi tempat rujukan kami.. Insya Allah jika berpeluang akan berkongsi buku-buku lain juga :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Sabtu, 12 Mac 2016

15 buku parenting yang berkesan di jiwa (bahagian 2)




6. Screaming Free Parenting oleh Teguh Iman Perdana terbitan PTS (terjemahan)



Sumber gambar : laman web PTS


The Golden Moment atau usia keemasan anak-anak ialah pada usia 0-5 tahun.

Dalam masa ini jadilah kita ibu bapa yang menyeronokkan. Bagaimana syaratnya?

1. Memiliki kesabaran luar biasa @ sabar yang berkesedaran.  Maknanya sedar betapa perlunya bersabar menghadapi kerenah anak.

2. Mengasah sensitiviti kita. Dalam hal ini, tanamkan kesedaran pada diri bahawa semua tindakan positif dan baik anak kita begitu bermakna kepada mereka walau sekecil mana pun.

PAKSA diri beri perhatian yang lebih kepada tingkah laku anak.

Dan cuba proaktif dalam mengamati aktiviti seharian anak-anak.

3. Latih diri ucapkan cinta dan kasih sayang kepada anak.

4. Latih diri supaya tidak meremehkan anak seperti suka bercakap kelemahan dan keburukan anak berbanding menyebut kebaikan dan kelebihannya.



7. Didik Anak Connect Dengan Allah oleh Pn Ainizal terbitan Inteam Publishing



Sumber gambar : Laman Goodreads.com


8. Begini, Sayang! oleh Mohd Hisham terbitan Galeri Ilmu



Sumber gambar : laman Goodreads.com


Saya setuju dengan pasangan ini dalam mendidik anak mencintai al - Quran dan sirah Nabi, wajarlah kita menerapkan nilai tauhid dan memberikan fakta yang sebenar dan menyampaikan mengikut tahap pemikiran mereka.

Ibu bapa perlu kreatif dalam menyampaikan maklumat serta lembut dan tegas apabila menyatakan sesuatu kebenaran. Misalnya mengapa kita perlu bersolat dan berpuasa, mengapa orang perempuan perlu menutup aurat, mengapa kita digalakkan banyak bersedekah dan membantu orang lain.

Persoalan yang lebih tinggi daripada anak seperti di mana Allah dan mengapa kita tidak boleh melihat Allah, perlulah dijawab dengan berhati-hati supaya jawapan itu dapat disampaikan dengan baik dan tidak menimbulkan kekeliruan dan masalah di kemudian hari.

Peringatan yang berulang disulami kaedah penceritaan yang diguna oleh pasangan ini dilihat medium terbaik menarik minat anak mendalami sesuatu ilmu :)


9. 43 Inspirasi Mendidik Anak oleh Mohd Hisham terbitan Galeri Ilmu



Sumber gambar : Goodreads.com


Pendidikan pertama yang perlu diberikan kepada anak-anak adalah akidah. Awal agama mengenal Allah.

Menghadapi anak kecil perlu kesabaran, perlu memberi pemahaman yang jelas, sesuai dengan usia mereka supaya mereka tidak was-was dengan agama kelak.

Sememangnya usia sebelum memasuki sekolah adalah usia emas yang harus digunakan oleh ibu bapa dalam memberi didikan Islam kepada anak-anak.

"Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi."(hadith riwayat Bukhari dan Muslim) 




10. Ibu, Kuingin Tahu oleh Nur Khairunnisa Iskandar terbitan Telaga Biru Sdn Bhd



Sumber gambar : koleksi peribadi

Ibu bapa adalah guru pertama anak-anak sebelum mereka melangkah ke sekolah dan rumah menjadi madrasah pertama yang menjadi tempat tarbiah anak-anak.

Pakar perkembangan kanak-kanak banyak mengatakan usia seawal dua atau tiga tahun pertama merupakan tahap perkembangan optimum kanak-kanak. Pada masa ini mereka mampu menyerap dan meniru apa sahaja yang berlaku di sekeliling mereka.

Tiga tahun bersamaan dengan 1097 hari. Masya Allah! Bayangkan sekiranya kita dapat memanfaatkan hari-hari tersebut bersama anak kita. Subhanallah.


Ulasan lanjut di http://ainyanunalif.blogspot.my/2014/07/buku-33-ibu-kuingin-tahu-oleh-nur.html 


Jumaat, 11 Mac 2016

15 buku parenting yang berkesan di jiwa (Bahagian 1)




Khas untuk ibu bapa semua. Ada banyak buku keibubapaan di pasaran sebagai panduan kita mendapatkan tip dan kaedah mendidik anak menjadi anak yang sempurna, soleh / solehah mahupun berjaya dalam erti kata masing-masing.


1. Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam terbitan PTS



Sumber gambar : Laman web PTS


2. 100 Panduan Mengajar Komunikasi, Bahasa dan Literasi oleh Susan Elkin terbitan ITBM


Ia menyenaraikan 100 aktiviti yang boleh dilakukan untuk memperkenalkan anak kepada bahasa tanpa rasa tekanan. Masya Allah.




Ulasan lanjut di sini 



3. Saat Berharga Untuk Anak Kita


An eye-opening book buat saya. Sangat banyak teguran ustaz yang menyedarkan. Sekecil-kecil perkara di mata kita adalah sebesar-besar perkara dalam diri anak. Misalnya perhatian yang diperlukan mereka yang tidak diperhatikan betul-betul oleh ibu bapa. 


4. Segenggam Iman Anak Kita oleh Ustaz Mohammad Fauzil Adhim



Sumber gambar : di sini


Buku ini bertemakan keibubapaan. Bagaimana mendidik anak beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya atas kesedaran dan bukan sekadar ikut-ikutan.

Buku ini membuka lembaran perspektif baru dalam saya mendidik anak. Peri pentingnya mengajari iman terlebih dahulu sebelum mengajar al-Quran.

Peringatan dan kefahaman iman yang dipasak sedari kecil akan tertanam kukuh dalam minda anak-anak namun pendidikan agama lain juga haruslah seiring.

Apa yang saya suka ialah penulis turut menyertakan pandangan dan ulasan kritikal beliau terhadap panduan dan tip dari tokoh-tokoh dari barat dan dari dunia Islam itu sendiri. Tidak kurang juga pengalaman yang dilalui semasa mendidik anak.


5. 10 Bersaudara Bintang Al-Quran



Sumber gambar : Laman web Goodreads.com 

Buku ini mengenai sepasang suami isteri yang berjaya mendidik kesemua anaknya menjadi penghafal Al-Quran. Anaknya bukan seorang, dua orang atau empat orang tetapi sepuluh orang. Masya Allah! Luar biasa sekali.

Namun jelas sekali, pasangan Mas Tamim dan Ibu Wiwi ini telah sepakat mempunyai visi dan misi yang sama. Maka mereka bergerak memajukan perancangan mereka sehingga lahirnya permata-permata Hafiz dan Hafizah Quran dalam rumah mereka.


Ulasan lanjut di sini



Jumpa lagi.



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)

Instagram : @ainadayanahilmi



Rabu, 9 Mac 2016

Kad Imbas Bahasa Arab asas



Saya kongsikan di sini. Sekiranya ada yang mahukan dalam bentuk PDF, boleh emel saya ya (link di akhir artikel) :)















Semoga bermanfaat :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015