Sabtu, 29 Julai 2017

Pneumonia

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama tak cerita aktiviti di sini. Kami bercuti. Kakak Khaulah masuk wad sejak Khamis lepas 😥 [Doakan kesembuhan buatnya. Syafakillah la ba'sa tohur insya Allah. Jazakallahu khaira]

Hari Isnin lepas, si kakak beritahu : Ummi, kakak nak ikut (pergi belajar) malam ni je, esok tak nak. Kakak pening. Nanti kakak muntah [Perjalanan menuju kuliah maghrib di Jasin akan melalui jalan yang sedikit berliku].

Saya jawab OK walaupun agak hairan. Esoknya dia mula selsema sedikit. Hari Rabu, sudah kedengaran batuk-batuk kecil. Petang itu semua anak ikut saya berprogram.

Pulang dari program, kami singgah makan di kedai. Batuknya makin keras. Ketika semua sibuk makan dia bersuara : Ummi, nak pergi klinik. Kakak semputlah.

Subhanallah! Saya bingkas bangun. Bungkus makanan yang tak sempat dijamah dan terus ke klinik berhampiran.

Bila si ummi penghidap lelah, maka boleh tahu sama ada anak ni batuk biasa atau lelah juga.

Di klinik, doktor kata "bukan lelah ni" (saya tak salahkan doktor tau). Tapi balik ke rumah, anak susah nak tidur, batuk lain macam, nafas pun macam ummi semput masa kecik 😫 .

Haaaa.. tak tidurlah ummi jawabnya.

Keesokan hari, abi sahaja bawa ke Klinik Kesihatan berdekatan kerana baby kami juga kurang sihat. Tup..tup.. kena refer hospital. 😭😭😭 Kesiannya....

 Tersedu-sedu anak menangis. Ummi cool je (padahal dalam hati 😭😭😭). Sempat tanya dia semasa siapkan bekal makan :

U : Kenapa kakak menangis? Kakak sedih ke kakak takut?
K : Kakak takut.
U : It's ok kakak, memang takut, kan sebab nak kena ke hospital tapi ummi tahu kakak kuat. Sebab tu Allah uji. Sebab Allah sayang kakak, sayang ummi dan abi. Kita doa sama-sama ye Allah baikkan kakak.
K : *dia berhenti menangis, lap air mata sambil mengangguk.

Selepas dimasukkan ke wad, baru kami tahu kakak pneumonia.

Allahu akbar. Kakak, jarang sakit sejak usia setahun. 



Ya Allah, daku mohon keampunan-Mu dan sembuhkan anak-anakku.. 

Aina Dayana Hilmi

Khamis, 20 Julai 2017

Sesi Bercerita : Si Raja Rimba




Singa Si Raja Rimba ialah sebuah buku cerita bergambar kanak-kanak yang ditulis oleh Pn Zulina Hassan. Buku ini terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Saya beli lebih 5 tahun lepas di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Waktu itu, Galeri Ilmu tawarkan 50% diskaun dan saya dengar buku ini tidak lagi dicetak. Malahan penerbit membuat jualan penghabisan stok bagi siri ini. 

Kembali kepada buku ini. Buku ini menceritakan sebuah keluarga singa yang tinggal di sebuah padang rumput. Papa Leo dan Mama Nila mempunyai tiga ekor anak singa yang masih kecil iaitu Nalu, Tala dan Tuma. 




Mereka sedang berbual sambil berehat. Mama Nila menjilat bulu anak-anaknya sebagai salah satu cara membersihkan badan mereka. Apabila Nalu, Tala dan Tuma ingin makan, Mama Nila meminta mereka bersabar dan minum susu dahulu kerana Mama Nila hanya keluar berburu pada waktu malam.

Anak-anaknya hairan mengapa Papa Leo tidak keluar berburu. Haa... ini kerana badan singa jantan besar dan berat. Pasti tak sempat mahu tangkap mangsa ;)

Perbualan keluarga singa ini sebenarnya mendedahkan kepada pembaca akan kehidupan sebenar singa.

Di akhir cerita, pembaca dihidangkan dengan 18 fakta mengenai singa. 



Anak-anak saya teruja mendengar fakta tentang singa. Yang menarik perhatian mereka ialah :

🐾 Singa ialah keluarga kucing. Dan ia paling besar.

🐾 Bulu pada muka singa jantan dipanggil surai.

🐾 Singa digelar "Raja Rimba" kerana fizikalnya yang besar dan menggerunkan dan bukan kerana ia tinggal di rimba. Singa tinggal di savana.

🐾 Sebenarnya singa betina yang pergi cari makan (baca : berburu). Semasa singa betina pergi berburu, singa jantan berehat di bawah pokok 😆 Bukan kerana singa jantan pemalas, sebaliknya singa betina lebih ringan dan berlari lebih laju daripadanya.

🐾 Singa mempunyai 30 batang gigi. 4 daripadanya ialah gigi taring untuk menikam mangsa.

🐾 Singa asah kuku tajam pada batang pokok.

🐾 Ngauman singa jantan boleh didengari sejauh 5km.

Saya pernah membuat story sack untuk cerita ini. Ia mengandungi :

1. Bahan-bahan membuat topeng muka singa
2. Kuiz pendek mengenai cerita yang dibaca / didengari ini
3. Penanda buku sendiri (DIY Bookmark - lion theme)
4. Cari perbezaan antara 2 gambar (spot the differences)
5. Sebuah buku mini berbentuk kipas bertajuk Tahukah Anda? 18 fakta mengenai singa
6. Belajar bahasa - singa dalam bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Mandarin dan sebagainya

Saya ajak anak-anak menginsafi bahawa Allah Maha Kuasa menciptakan semua makhluk dan benda. Singa adalah ciptaan Allah yang hebat. Tiada satu mesin teknologi canggih pun yang boleh buat singa.

Lihat keluarga singa juga sayang-menyayangi antara satu sama lain. Jika ibu singa mati, anak singa itu akan dijaga oleh singa-singa betina yang ada dalam kumpulan mereka. Betapa Allah menganugerahkan sifat kasih dalam setiap diri haiwan dan manusia.

Anak-anak menggangguk-anggukkan kepala sambil memandang saya. Apa agaknya yang mereka fikirkan? Esoklah tanya sebab lepas habis baca buku tadi, semua lelap. 

Aik? Biasanya sebelum tidur banyak drama 😁


Semoga anak-anak mendapat manfaat dari cerita ini.

Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 15 Julai 2017

Saya dan buku anak-anak


Sejak bujang lagi memang suka baca dan beli buku kanak-kanak. Sebab dalam kebanyakan buku kanak-kanak mengingatkan saya akan perkara kecil dan remeh bagi saya tetapi sebenarnya memberi makna kepada kanak-kanak. 

Selepas berkahwin, saya mula mengumpul buku kanak-kanak. Mana-mana yang saya rasakan sangat bagus dan baik untuk anak-anak, saya beli. Padahal waktu itu anak pun belum ada lagi. Maklumlah apabila beli di kedai buku mahal (haha..) seperti MPH, Popular, Kinokuniya [sebab belum jumpa BBW lagi], bajet saya sangat terhad. 

Bila ada anak, kegilaan shopping buku sangat ketara. Huhu.. bila diingatkan semula, Allahu akbar. Gigihnya cari preloved books untuk dibeli. Dahulu kerap membeli dengan JuaiMurah Preloved. Tak pasti kedainya masih ada atau tidak. 

Beberapa tahun kemudian baru tahu kewujudan Big Bad Wolf Sale. Hah, sanggup menabung dari awal dan ajak suami pergi beli. Tapi cukuplah 2 tahun berturut sahaja. Lepas itu insaf. Sebab PBAKL pun memang kami pergi juga setiap tahun tanpa miss (2009 - 2014). Kemudian tak pergi dah. 

Jualan online semakin popular. Dalam mencari buku yang mempunyai sentuhan islamik, saya terjumpa beberapa buah buku yang menarik. Akhirnya saya mendaftar sebagai agen jualan. 

Sebenarnya untung jual buku tidaklah banyak. Tapi dengan niat nak sebarkan lagi bahan bacaan yang bagus untuk anak-anak membuatkan saya terus dalam bidang ini. Sungguhpun selalu sahaja mood ke laut, gunung-ganang semua tapi bertahan jugalah.

Sebelum jual, saya berusaha untuk baca terlebih dahulu supaya tahu kekuatan buku dan boleh bantu ibu bapa di luar sana mencari bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak. Bolehlah singgah Blog Tip Homeschooling Untuk Anak atau Instagram Tip Homeschooling Untuk Anak.

Panjang sungguh coretan hari ini. Sekadar meluahkan perasaan untuk jadi catatan kenangan :)

Jom baca buku.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 14 Julai 2017

Krayon


Kisahnya, krayon di rumah semua sudah habis diguna. Saya pun tak pasti ke mana perginya semua krayon. Tahu-tahu sahaja bekasnya kosong. Allahu akbar, mahu dimarah, tahan sahaja. Cakap elok-elok dengan mereka walaupun nada agak geram dan sarkastik. Allahu.. anak oh anak!

Maka saya cubalah cari krayon yang affordable price  untuk mereka. Harapnya kali ini krayon bertahan lebih lama.

Apabila sampai, kotak bungkusan agak kecil. Rupa-rupanya saya beli krayon bersaiz 8mm. Haha.. nasiblah. 



Jadi terasa nak menulis pengalaman membeli krayon anak-anak.

Comel yang amat krayon tu 😂 Malam ini mewarna bersama anak-anak. 2 batang sudah patah. 1 terpijak, 1 lagi anakku baling rasanya. ho ho ..


So noted that Luna jenis licin sebab wax crayon. Warna dia pun jenis soft colour. (Pensel warna LUNA pun warnanya lembut).

Krayon jenama Buncho yang biasa kita beli masa kecil dahulu cantik warnanya tetapi senang patah juga (untuk budaklah. Mereka kan belum pandai kawal grip tangan) dan saiznya kecil.

Jenama Pelikan yang dijual di Mydin warnanya cantik tapi senang patah juga. Fragile.

Yang best setakat ni ialah krayon jenama kedai buku Popular (harga jual tahun lepas RM10.50. Tahun ni tak nampak yang saiz besar. Yang nampak saiz kecil RM11.00😭) dan jenama Monami

Di Tong Hup ada juga jenama lain. Mungkin boleh pertimbangkan beli krayon jenis jumbo. Mungkin selepas ini boleh cuba jenama Stabilo sebab saya belum pernah guna. 

Sekian. Pengalaman beli krayon - mak anak4.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 8 Julai 2017

Buku Quranic Questions & Answers


Menanam minat membaca dalam diri anak-anak. 

Bagi saya dedahkan anak kepada buku sejak dari kecil, bacakan buku untuk anak dengan kerap (setiap hari adalah lebih baik jika mampu), cara penceritaan dan pemilihan bahan yang bagus membantu untuk mencapai matlamat ini.

Ada anak yang cenderung dengan cerita fiksyen, ada anak yang cenderung membaca komik, ada anak cenderung membaca sejarah dan tidak kurang ada anak yang suka membaca fakta.

Subhanallah, unik kejadian manusia yang Allah ciptakan ini. Salah seorang anak saya sangat berminat mendengar kupasan kisah dalam al-Quran. Dia tidak berapa gemar cerita kanak-kanak lain. Waktu itu saya masih belum perasan.

Namun, sejak anak ini mula membaca al-Quran (orang panggil naik Quran), dia sudah mula bertanya makna ayat yang dibaca. Mungkin kakaknya juga menjadi faktor pendorong. Kakak akan menghafaz dengan cara membaca ayat dan terjemahan terlebih dahulu. Ini kena buka topik lain ya insya Allah 😊

Apabila terjumpa siri ini, saya sangat bersyukur dan teruja kerana ia membantu meningkatkan minat anak-anak untuk membaca dan memahami al-Quran. Saya pun dapat menimba ilmu baru juga. Alhamdulillah.

Buku Quranic Questions & Answers

Ada 5 tajuk dalam siri ini :

1. Haiwan Yang Disebut Dalam Al-Quran



2. Ensiklopedia Al-Quran



3. Tempat-tempat Yang Disebut Dalam Al-Quran



4. Buah dan Sayur Yang Disebut Dalam Al-Quran



5. Ciptaan Allah Yang Disebut Dalam Al-Quran


Harga bagi 1 set ini ialah RM50.00. 
Kos pos semenanjung ialah RM10.00. 
Kos pos untuk Sabah dan Sarawak RM15.00.

Jika berminat, boleh PM saya atau hubungi http://www.wasap.my/60133613516/QuranicQNA


Insya Allah saya akan ulas buku-buku ini dalam satu entri lain. Doakan kami sekeluarga.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Doa Kepada Orang yang Memberi Makan dan Minum



Dalam menghadiri majlis rumah terbuka atau berhari raya di rumah orang, jangan lupa menjaga beberapa perkara. Ada beberapa dosa yang popular dilakukan semasa berhari raya. Antaranya ialah :

👀 batasan aurat - bersalaman antara bukan mahram, 
👀 bertabaruj - berlebihan dalam berhias bagi perempuan dan 
👀 tidak menjaga waktu solat.

Antara sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam ialah membaca doa kepada orang yang memberi kita makan dan minum. 

Sumber : Hisnul Muslim
Jom amalkan. Ia sunnah Nabi. Barakallahufik.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Buku Dr Khaleefa and Friends : Islamic Adventures In Phonics Town



Elok sahaja lepas raya ini banyak buku menarik yang keluar di pasaran. Duit raya anak dah simpan dalam bank? Boleh juga sekiranya melabur untuk pendidikan anak-anak. Jom tengok buku baru yang comel ini.


 💖💖💖💖💖💖💖💖💖
DR KHALEEFA AND FRIENDS: ISLAMIC ADVENTURES IN PHONICS TOWN 
Sticker and Activity Book 
💖💖💖💖💖💖💖💖💖

Buku ini adalah buku Sticker dan Aktiviti Islamik untuk prasekolah dan menggunakan bahasa Inggeris. Ia berkisar tentang Dr Khaleefa dan rakan-rakannya dalam pengembaraan Islamik mereka di Phonics Town.Pengembaraan mereka direka supaya mengandungi banyak aktiviti prasekolah yang menyeronokkan.

Dan yang paling penting, ia adalah satu perjalanan kesyukuran dan kebergantungan kepada Allah swt. Buku ini adalah "one stop centre" untuk semua. Ia meliputi abjad Bahasa Inggeris, nombor & mengira, huruf hijaiyah dan pendidikan Islam. Sebuah buku yang sesuai didedahkan untuk pembelajaran anak-anak kecil. 

Lagi ciri-ciri buku:

Pengembaraan di bandar Phonics - Peta Phonics Town disediakan untuk membimbing pengembaraan. Mengaplikasikan konsep 'Look and Find'. 



Pendidikan Islam dan Pengaruh Islamik di sepanjang pengembaraan iaitu solat & wudhu', doa, zikir dan lain-lain. Ilustrasi solat dan wudhu turut disediakan. 



Storytime bersama Dr Khaleefa adalah berdasarkan kisah kebergantungan penulis kepada Allah swt ketika penulis masih kecil. Sesuai juga untuk mengingatkan kembali kisah kebergantungan anda kepada Allah swt supaya menjadi inspirasi buat anak anda.



Mengandungi pelbagai tema dan situasi seperti yang disarankan Kurikulum 
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan ada menyentuh elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Contoh tema adalah badan manusia,rumah,tumbuhan,haiwan,makanan,pengangkutan, pekerjaan dan banyak lagi!



Mengandungi lebih daripada 80 aktiviti untuk prasekolah & lebih 500 sticker sesuai untuk aktiviti kemahiran motor halus anak anda. Dari yang mudah kepada yang mencabar minda anak kecil. Semuanya ada.

Sesuai untuk prasekolah, tadika & kanak-kanak sekolah rendah. Khusus untuk kanak-kanak berusia 4-7 tahun. Aktiviti edukational melibatkan pengenalan abjad dan nombor, membaca, menulis, mengira, menyusun, mengkategorikan dan lain-lain.



Ilustrasi watak yang menarik untuk membuat anak-anak kecil riang gembira

 Mengandungi 79 muka surat yang berwarna warni.



Kandungan di dalam buku ini :


KeluarkaContents of Dr Khaleefa's book:

Pg 1: Introduction
Pg 2: Introduce Yourself
Pg 3: Welcome to Phonics Town!
Pg 4: Apple Farm
Pg 5: Learn the Alphabet
Pg 6: Find Wrong Reflection
Pg 7: Picnic at the Park
Pg 8: Bakery
Pg 9: Where’s the Apple?
Pg 10: Classroom
Pg 11: Dr Khaleefa’s Birthday
Pg 12: Word Search
Pg 13: Find the Vowel
Pg 14: Farm Animal
Pg 15: Dr Khaleefa’s Story 1
Pg 16: Shapes in Gemstones
Pg 17: Zikr Subhanallah,Alhamdulillah,Lailahaillallah,Allahu Akhbar
Pg 18: Uppercase and lowercase
Pg 19: Mixed-up Picture
Pg 20: Arabic Alphabet Chart
Pg 21: Du’a before Eating
Pg 22: Shopping
Pg 23: Wheel of Pet
Pg 24: House
Pg 25: Alhamdulillah Board Game
Pg 26: Insects
Pg 27: Joining the Dot
Pg 28: Laundry Room
Pg 29: Parts of a Plant
Pg 30: Match the Arabic Alphabet
Pg 31: It’s Storytime!
Pg 32: Look and Find the Arabic Alphabet
Pg 33: Find the Arabic Number
Pg 34: Library
Pg 35: Steps in Wudu’
Pg 36-37: Positions during and after Solah
Pg 38: Mosque
Pg 39: Dr Khaleefa’s Story 2
Pg 40: Weather
Pg 41: Find the Huruf
Pg 42: Size Sequencing
Pg 43: Dr Khaleefa’s Story 3
Pg 44: Malaysian Food
Pg 45: Color the Clothes
Pg 46: Complete the Pill Pattern
Pg 47: Arabic Maze
Pg 48: Beauty Salon
Pg 49: Hide and Seek
Pg 50: Match the Shapes
Pg 51: Trace the line
Pg 52: Shapes of Traffic Signboards
Pg 53: Planet and Star
Pg 54: Odd One Out
Pg 55: Choose the Correct Path
Pg 56: Stationery
Pg 57: Find Hidden Undersea Animals
Pg 58: Tea Party and Cupcakes
Pg 59: Dr Khaleefa’s Story 4
Pg 60: Underwater World
Pg 61: Draw the Spider!
Pg 62: Vegetable Market
Pg 63: Four Seasons
Pg 64: Transportation
Pg 65: Match the Close-Ups
Pg 66: Find the Correct Shadow
Pg 67: Know Your Body Parts
Pg 68: Trace the Alphabets in Alphabetical Order
Pg 69: Butterfly Life Cycle
Pg 70: Ice cream
Pg 71: Match the Shadow
Pg 72-73: Occupations
Pg 74: Zoo
Pg 75: Award Certificate


Banyak, kan? Insya Allah berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Harganya RM60.00 sebuah (belum termasuk kos pos). Berminat, boleh hubungi saya 013-361 3516 😉

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 6 Julai 2017

Kisah 1 Nabi Ibrahim dengan Raja Namrud [Siri Tadabbur Al-Quran Bersama Anak]


Disclaimer : Saya hanya zahirkan lukisan yang berkenaan sahaja. Saya merujuk Tafsir Ibnu Katsir. Jika ada kesalahan sila maklumkan ya.

Saya buat sebuah buku mini untuk anak-anak. Mengambil inspirasi dari Surah Al-Baqarah ayat 258.


Buku cerita ini dibuat untuk menarik minat anak-anak. Semoga bermanfaat.








Kesimpulan


Untuk kraf, dahulu kami pernah buat mahkota ketika belajar huruf ta (tajun). Boleh baca di sini :)


Selamat beraktiviti!

#BacakanAnakBuku #TadabburAlQuranBersamaAnak

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak







Isnin, 3 Julai 2017

Tadabbur al-Quran Bersama Anak



Minggu ini minggu pertama Julai. Tak sabar juga untuk mulakan kelas dengan anak-anak. Lama bercuti raya. Bulan ramadan lepas juga jadual kami berubah. Insya ALLAH will be on track again.

Saya pernah catat di sini yang saya kurang bersedia menyediakan aktiviti untuk anak-anak semasa ramadan kerana ada jadual tersendiri. 

Maka dalam bulan Syawal ini saya mahu cuba lakukan beberapa aktiviti tadabbur al-Quran dan bercerita bersama anak-anak. 

A big thank you to Planner Aktiviti Ibu dan Anak yang mencadangkan aktiviti sepanjang ramadan. Ada 3 tau :

1. Aktiviti 1 hari 1 perkataan.

Boleh ambil dari laman web www.parenthoodmuslimstyle.com

2. Aktiviti 1 hari 1 ayat.



3. Sesi bercerita dengan anak menggunakan dalil al-Quran.






Menarik sekali 😅

Kita boleh ambil masa baca dahulu tafsir ayat ini dari kitab-kitab muktabar yang sahih seperti Tafsir Ibnu Katsir sebelum bercerita dengan anak-anak.

Insya Allah, doakan saya diberi kelapangan dan kesihatan untuk berkongsi aktiviti ini bersama anda 😊

Alhamdulillah. Ameen. Jumpa lagi.

** Semua gambar dikreditkan kepada IG : PlannerIbuAnak

**************************


Jom dapatkan Planner Aktiviti Ibu & Anak. Planner ini banyak fungsinya. Boleh baca reviu di sini :


Jangan risau. Planner ini tiada tarikh akhir. Boleh dipakai sepanjang tahun dan bila-bila masa 😉 Hubungi saya di 013-361 3516.




Jadual harian anak

Disediakan panduan menggunakan Planner ini

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015