Sabtu, 30 September 2017

Prophetic Parenting 3 (Metod Mendidik Ala Nabi)












Untuk bacaan lanjut, boleh dapatkan buku Prophetic Parenting :

www.wasap.my/60133613516/PropheticParenting

Harga RM50 (SM) | RM53 (SS)
(Harga sudah termasuk kos pos)


Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rutin


Selepas solat Subuh, urus diri, sarapan dan baca zikir pagi. Bersambung dengan mengaji al-Quran dan hafazan. Mulai Khamis (semalam) mula bertadarus dengan si kakak. Alhamdulillah, khatam buat sekian kalinya pada hari Rabu lepas.

Si abang juga menunjukkan peningkatan yang sangat baik. Sudah masuk muka surat 111 (teruja betul dia dengan angka ratus-ratus ni😄) dan kak cik yang sudah berjaya mengenal huruf alif fatah, jim+ha+kho fathah. Sudah memasuki huruf tho fathah. Namun saya fikir perlu perbanyakkan ulangan pada huruf tertentu.

Si baby? Duduk bersimpuh di kala semua abang kakaknya sedang mengaji. Mudah-mudahan terang hatinya juga nanti. Insya Allah. Ameen..




Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 29 September 2017

Zaman kecil dahulu...


Semakin meningkat usia ini, selalu benar imbau kenangan silam. Petang tadi, duduk berbual dengan emak dan adik bongsu sambil menemani anak-anak yang bermain di ruang tamu. Terasa ingin buat hari keluarga di tepi pantai penghujung tahun ini. Di kala semua cuti. Emak bersetuju lalu membuka cerita. 

"Wah, seronok. Dulu-dulu masa pergi lawat Kak Yana di matrik (baca Kolej Matrikulasi Londang, Melaka) mesti Tiqa akan cakap dengan ayah nak pergi mandi di Pangkalan Balak. Ayah kata : boleh, mandi tepi-tepi je."

Saya pun tak tahu kisah ini. Adik bongsu ketika itu masih di sekolah rendah dan saya pula sedang struggle di kolej. Haha..

Anak-anak saya termangu melihat kami berbual. Lalu saya katakan, ummi masa kecil pun pergi mandi laut juga. Selalu ikut Tok Long atau Tok Tam menginap di rumah peranginan sebab mereka berkerja dengan bank dan kementerian. Maka, ada rumah peranginan yang boleh ditempah. Saya kira seperti Rumah Persekutuan (jika saya tidak salah istilah).

"Oooo..," balas anak-anak.

Begitulah, hidup ini sebenarnya sangat singkat. Merenung masa yang berbaki 😢




Maksudnya : 

Dan Maha Tinggilah Kebesaran Tuhan yang menguasai langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dan Dialah jua yang mengetahui tentang (masa datangnya) hari kiamat dan kepadanyalah kamu semua akan dikembalikan.

(Surah Az-Zukhruf ayat 85)



Allahu... tiba-tiba rasa sebak..😩

Barakallahufik.

Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 10 September 2017

Prophetic Parenting 2


Baik, ini adalah catatan bacaan yang seterusnya. Semoga ada manfaat yang dapat dikongsi bersama,













Semoga bermanfaat :)

Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 7 September 2017

Prophetic Parenting I





Malam tadi ambil keputusan untuk ulang baca buku Prophetic Parenting. Saya dapat hadiah buku ini sempena kelahiran anak ketiga. Jauh datangnya. Jazakillahu khaira buat sahabat di Ranau, Sabah (Wati Rubin) 💗

Moga ada manfaat yang dapat dikongsi bersama.

Ambil semangat dahulu. Permulaan bab dimulakan dengan untaian doa dari al-Quran. Subhanallah. Rasa sebak dalam dada tatkala membaca satu demi satu ayat berserta terjemahannya.






Saya tulis semula dan tampal di dinding. Mudah-mudahan saya dapat amalkan semua doa ini. Lagi pula anak-anak suka baca tulisan yang ditampal. [Signboard di jalanan pun suka baca😅] Semoga ada manfaatnya.

Saya suka kata pengantar dari Maulana Sheikh Abu Hasan Ali An-Nadwi. Coretan kata yang ringkas tetapi dapat menyimpulkan iai kandungan buku keseluruhannya.

Bijak berbahasa 👍 Jumpa lagi.


++++++++++++++++++

Berminat mendapatkan buku ini, boleh klik link ini. Harga buku RM50 termasuk pos semenanjung. Sabah dan Sarawak tambah RM6 terima kasih :)

www.wasap.my/60133613516/PROPHETIC-PARENTING


Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rabu, 6 September 2017

Surah At-Takasur : sebuah peringatan untuk pencinta dunia


Petang tadi bantu suami menaip 'Power Point presentation' berkisar tafsir Surah at-Takasur.

Terkedu tatkala mahu menaip 😥

Siapa pernah baca Surah at-Takasur? Surahnya pendek sahaja kan. Tapi maksudnya sangat mendalam 😓

Allah beri peringatan keras buat manusia yang sibuk sangat kejar dunia. Dalam tafsir Dr Wahbah Zuhaili ini, mata lebih tangkap perkataan "gila dunia". Aduhhh menusuk terus ke dalam hati. Sentap!

Disebut bahawa orang yang sibuk dengan pesona dunia ini sehingga lalai mempersiapkan bekalan menuju akhirat. Sampai ajal menjelma pun dia tetap sibuk kejar dunia 😭

Allahu Allah. 

Ya Allah, kami mohon keampunan-Mu. Cenderungkanlah kami ke arah kebaikan. Jangan jadikan dunia sebagai tujuan utama kami. Bimbinglah kami ke arah kebaikan. Amin...

#kuliahmaghrib


Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015