Ahad, 7 Ogos 2016

Kuliah Kaum Ibu



Alhamdulillah, selepas beberapa waktu, hari ini dapat hadir ke majlis ilmu kaum ibu yang diadakan di kampung saya. Kuliah mingguan ini baru pertama kali dijalankan selepas bulan Ramadan yang lalu. Saya hadir bersama emak dan ketiga-tiga anak kecil saya. Agak mendebarkan kerana membawa si kecil. Dalam hati banyak berdoa semoga mereka bertiga berkelakuan baik sahaja :)


Kehadiran menggalakkan. Saya kira sekitar 30 orang yang hadir.


Kuliah berkisar muhasabah selepas ramadan. Semua amalan yang dilakukan semasa bulan ramadan seharusnya dapat kita kekalkan selepas berlalunya bulan puasa.

Antara amalan Rasulullah SAW yang boleh kita contohi ialah :

> Solat sunat witir

- Paling minima : 1 rakaat
- Paling maksiam : 11 rakaat

> Solat sunat dhuha

- Peruntukkan masa kita setiap hari untuk melakukan solat ini. 

> Puasa sunat

1. Isnin dan Khamis
2. Puasa pada hari putih - 13,14 dan 15 haribulan Islam setiap bulan
3. Puasa Nabi Daud (selang sehari)

Biar bertambah umur dan bertambah amal
Jangan bertambah umur semakin sedikit amal >_<

Allahu akbar..

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi (Ummu Khaulah)
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 6 Ogos 2016

Kursus Antenatal


Alhamdulillah hari ini berkesempatan menghadiri Kursus Antenatal anjuran Putra Specialist Hospital, Melaka. Sebelum ini hanya pernah hadir ke kursus peneman anjuran Hospital Melaka enam tahun lepas.

Apa yang menariknya kursus ini ialah ia menawarkan baucer bernilai RM2500 untuk pakej bersalin normal. Saya telah dua kali bersalin di sini di bawah pantauan Dr Ishaireen binti Dalib, pakar onkologi Hospital Putra.

Saya difahamkan ada 10 pasangan yang diterima menyertai kursus ini. Program bermula jam 8.30 pagi sehingga 1.00 tengahari di Hotel The Pines, Melaka.

Program dimulakan dengan sesi pertama oleh Dr Ishaireen mengenai Persediaan Antenatal dan Penjagaannya diikuti oleh Dr Amaranathan mengenai Normal Delivery and Caesarian. Ada slot Selamat Datang oleh urusetia Program, En Nathan. 

Selepas kudapan, ada sesi bersama ahli fisioterapi, pemakanan oleh dietician, slot bersama Enfamama A+ dan Cord Blood Company. Sesi berakhir dengan merakam kenangan dengan semua peserta dan urusetia. Majlis diakhiri jamuan makan tengahari di kafe The Pines Hotel.

Teringat pula pengalaman bersalin yang lepas. Kesan ubat sedation semasa bersalin sulung, tempat suntikan kebas lebih setahun >_<  Manakala gas untuk disedut itu langsung tidak membantu saya bersalin / mengurangkan sakit sebaliknya saya mengantuk .. 
Cadangan menu yang sihat

Menakutkan!


Pengisian program membantu memberi input yang bukan sedikit kepada bakal ibu dan bapa yang hadir. Meskipun saya dan suami agak resah mengenangkan beberapa perkara yang bertembung hari ini. Terutama apabila anak-anak yang terpaksa tinggal bersama pengasuh sedangkan hari ini ialah hari cuti. Kedua, anak sulung ke kelas lukisan dihantar oleh pengasuh dan ketiga, hari ini ialah hari lahir salah seorang anak kami.

Moga Allah memberi ganjaran sebaiknya buat keluarga pengasuh yang banyak membantu kami. Ameen.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi (Ummu Khaulah)
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak


Jumaat, 5 Ogos 2016

Hijaiyah Board


Masya Allah, saya ternampak beberapa gambar yang dikenali melintas di news feed Facebook saya. Tidak lain tidak bukan, ianya adalah bahan yang saya bina untuk memperkenalkan huruf hijaiyah berbaris atas kepada anak kedua saya dahulu. Mujur ada tertera nama blog (lama) saya dahulu. Semoga bermanfaat kepada semua.

++++++++++++++++++++

HIJAIYAH BOARD

Aktiviti : 
Memadankan huruf hijaiyah berbaris atas.


Bahan-bahan :

Kotak terpakai
Kertas warna
Gunting
Gam / selotep
Batang aiskrim


Kaedah :

1. Balut kotak dengan kertas atau pembalut hadiah.
2. Tulis huruf hijaiyah berbaris atas pada kertas.
3. Potongkan kepingan kertas tadi bagi membentuk sampul kecil.
4. Tampal pada kotak.
    (Tinggalkan ruang di sebelah atas supaya boleh masukkan padanan huruf nanti)
5. Untuk padanan huruf :

a. Tulis huruf yang sama pada kotak.
b. Gunting huruf tersebut.
c. Batang aiskrim di potong dua.
d. Huruf tadi dilekatkan pada batang aiskrim.

6. Sediakan sampul untuk letakkan kesemua huruf tadi.

Siap!


*****************************


Sampul berpoket

Pandangan penuh 


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi (Ummu Khaulah)
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 4 Ogos 2016

Cakap pelat


Masalah pelat dalam kalangan anak-anak menjadi satu pemerhatian. Apa yang dapat diperhatikan ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan atau mengatasi masalah ini.

Mengikut pengalaman :

* bercakap dengan jelas dengan anak-anak.
*banyakkan bercakap dengan anak-anak bagi memberi pengalaman berbahasa dengan mereka.
* bercakap dengan perlahan (satu-persatu) supaya anak dapat memahami apa yang kita katakan.
* meminta kerjasama ahli keluarga dan pengasuh supaya bercakap dengan betul semasa bertutur dengan anak kita. Elakkan bercakap perkataan yang pelat. Memang nampak comel tetapi kesannya kepada anak-anak akan bercakap pelat juga nanti.

Menurut Pn Ruby Izyan Atika Abu Bakar, Terapi Pertuturan Bahasa di dalam majalah Pa&Ma Keluaran Ogos 2016, ada beberapa punca yang menyebabkan terjadinya pelat :

1. Cerebral palsy.
2. Masalah pendengaran.

Sumber gambar : www.hear-better.com

3. Sindrom genetik tertentu seperti down syndrome, pierre robin syndrome dan sebagainya.
4. Sumbing bibir lelangit.
5. Masalah perkembangan.

Beliau berkongsi tip untuk ibu bapa :

* Tip 1 dan 2 sama seperti pengalaman saya di atas.
3. Membuat pemeriksaan telinga sekiranya mendapati anak kurang respon pada arahan kita secara verbal.
4. Kerap lakukan interaksi dua hala dan mengurangkan rancangan kartun atau rancangan televisyen yang boleh membuatkan anak kita kurang bercakap.

Semasa saya belajar dahulu, pernah belajar  terapi untuk anak-anak murid masalah pembelajaran yang menghadapi masalah artikulasi. Antara yang saya ingat, aktiviti yang boleh dijalankan ialah :

* Meniup belon
* Meniup penyedut minuman
* Membuat aktiviti kraf
* Bercakap di hadapan cermin (pensyarah minta kami beli cermin kecil siap-siap. Mudah apabila diperlukan dalam kelas nanti)

Jumpa lagi :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rabu, 3 Ogos 2016

Buku Mini Buah-buahan Saya


Berkongsi bahan untuk penulisan anak-anak. Saya buat buku ini beberapa tahun lepas semasa mahu memperkenalkan buah-buahan dan sayur-sayuran kepada anak-anak.

Sebenarnya ada 2 jenis dalam buku mini ini tapi saya letak topik buah-buahan sahaja.

Klik di sini untuk muat turun :




Semoga bermanfaat :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 2 Ogos 2016

Sesi Bercerita : Lili dan Zuzu


Sebenarnya ini entri lama, sekitar Jun tahun lalu. Namun baru kini berkesempatan berkongsi di sini. Pada masa ini, anak kedua dan ketiga saya masih kecil dan fokus mereka terhad dalam jangka waktu yang singkat. Hanya yang sulung mampu bertahan membuat pelbagai aktiviti kraf bersama ummi :)

Gambar-gambar juga dari blog lama saya yang sudah tidak aktif lagi. Semoga ada manfaat untuk kita semua. Barakallahufik.

++++++++++++++++


Cuaca tidak mengizinkan anak-anak bermain di luar rumah. Maka selepas beberapa jam, mereka sudah mula membuat perangai. Berlakon, menyanyi, berzikir dengan suara yang kuat, melompat, menulis, melukis sehingga akhirnya melompat di atas katil sehingga mengejutkan bayi. OOOOhhhh... BAIK!

Itu tandanya umminya tidak memberi perhatian kepada mereka. Hee. Memang pun. saya sibuk dengan si kecil.

Untuk menyelamatkan keadaan, mereka diminta memilih buku untuk dibaca dan saya berjanji akan buat aktiviti selepas itu.

Inilah buku yang dipilih : Lili dan Zuzu hasil karya Fida Rosdi. Sebuah buku dalam siri 100 buah buku bergambar Karangkraf.



Buku ini mengisahkan Lili yang akan masuk pertandingan bercerita tetapi tidak tauh apa cerita yang akan disampaikan. Dia teringat akan Zuzu, boneka kainnya. Zuzu dicari dan dibawa tidur. Pada suatu malam, Lili bermimpi dan.................................................... akhirnya Lili ada idea untuk disampaikan ketika pertandingan. Apa yang berlaku? Nanti dapatkan buku ini ya! :)


Seperti yang dijanjikan, saya bercadang membuat brown bag puppet bentuk Kucing. Disebabkan ada kaitan dengan Zuzu - kucing yang berboneka kain  :) Saya ambil templat dari laman sesawang DLTK. 


Anak belum mahir menggunting, jadi tugas mereka bantu menggam sahaja.

Abdullah juga bantu menggam walaupun fokusnya sudah mula lari ;)


Hasil si kakak


Baca cerita sudah 10 minit. Buat aktiviti makan setengah jam. Agak lama. Tetapi alhamdulillah mereka dapat duduk diam dan fokus. Tapi tak sempat siap sebab sudah hampir masuk waktu Asar. Mereka sudah berlari dapatkan Abi yang mahu ke surau untuk solat. Haih..

Barakallahufik :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi (Ummu Khaulah)
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 1 Ogos 2016

Indonesia Montessori Challenge IMC2 #throwback



Imbas kembali, lebih setahun yang lalu saya pernah menyertai cabaran yang dianjurkan oleh Instagram @indonesiamontessori dalam Cabaran Indonesia Montessori Challenge IMC2. Mengujakan! Setiap hari ada tema khususnya untuk dibuat bersama anak. Kemudian gambar atau videonya dikongsi di laman Instagram.

Bagi saya, idea ini sangat mengagumkan ;) Sekurang-kurangnya ibu-ibu dapat menyusun aktiviti bersama anak dalam sebulan tanpa kekeringan idea. Buat sahaja carian menggunakan hashtag #imc2 akan terpapar semua aktiviti yang dikongsi oleh para peserta. Masya Allah.

Untuk hari pertama, ianya bertemakan hijau. Saya memilih untuk mengenalkan nama-nama pokok dan mengenal pasti jenis daunnya. Subhanallah siapa boleh melawan kuasa Allah? Pohon yang tumbuh di atas tanah yang sama, disiram dengan air yang sama tetapi tumbuh pelbagai jenis, rasa, ketinggian dan berbeza daun dan manfaat.

Anak-anak teruja dengan ilmu baru yang diperolehi. Moga ada manfaatnya. Insya Allah :)

Khaulah dan Abdullah Naufal baru selesai menampal daun untuk dijadikan folio
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi (Ummu Khaulah)
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015