Sabtu, 5 September 2015

Sukaneka


Alhamdulillah, minggu ini semua anak buah ada di kampung. Mak dan ayah saya ada 8 orang cucu. Baru 8 orang kan, sudah gamat rumah dibuatnya. Maklumlah umur masing-masing jarak dekat. Ada yang 5 tahun, 4 tahun, 3 tahun, 2 tahun, 1 tahun dan bayi baru lahir. Eh, baru perasan. Mak ayah saya terima cucu tiap-tiap tahun ^_^

Baiklah, disebabkan sudah ramai ada di rumah, terfikirkan idea buat sukaneka di kalangan mereka. Hadiah simple disediakan. Tidak pakai pembalut hadiah pun.

Jom lihat apa acara pagi tadi.


Peserta sukaneka :)
Sebelum sukaneka kita senaman dulu ya! 

Ada 2 kategori iaitu :

1) Umur 5 tahun
2) Umur 3 hingga 4 tahun

Acara yang dipertandingkan (^_^) :

1) Lari bentuk S dan tiba satu check point ambil bola dan masukkan ke dalam baldi dalam jarak tertentu. Selesai. Lari semula ke permulaan.

2) Cedok air dari baldi kecil ke botol air (Saya guna botol Go Choc) sehingga penuh. Siapa paling pantas dia menang.

3) 5 tahun : Membina binaan yang stabil daripada cawan plastiik.
3 hingga 4 tahun : menyusun cawan satu persatu di atas lantai dan kemudian menyusun kembali dalam keadaan menegak.
Aktiviti kedua

Aktiviti ketiga : Susun cawan kertas (3 - 4 tahun)

Aktiviti ketiga : Bina binaan stabil dari cawan plastik (5 tahun)

Sedikit sahaja gambar yang dapat diambil. Maklumlah semua Ummi sibuk kejar-kejar anak. Haha.. Daripada aktiviti ini dapat diperhatikan :

1) Ada anak yang berani dan berkeyakinan tinggi mencuba sesuatu yang baru.
2) Ada anak yang awalnya malu-malu dan tidak yakin diri akhirnya berjaya melakukan aktiviti atas dorongan dan galakan.
3) Ada yang bijak membuat keputusan (baca : untuk menang) ;p

Dalam aktiviti ketiga, ada anak yang mengangkat tinggi sedikit susunan cawan kertas itu dan melepaskannya. Bertabur! Dengan cepat, dia menyusun satu-persatu di atas lantai. Adeh, memang menepati syarat tapi tidak menepati objektif. Hihi.. kami mahukan mereka ambil satu-persatu untuk melatih sabar dan kemahiran motor halus. Macam-macam kerenah anak-anak.

Jumpa lagi :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015