Selasa, 6 Oktober 2015

Resipi : Honey and Nut Cookies


Berbaloi beli buku ini. Main masak-masak bersama Chef Kamarul terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. Saya beli buku ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014 melalui sahabat baik yang berkunjung ke sana ketika itu (Emma dan Mai).

Buku ini ceria dan berilustrasi menarik. Info tambahan juga sangat membantu. Buku ini menyediakan 26 resipi mengikut huruf A hingga Z. 



Honey dan Nut Cookies

(Seperti tercatat di muka surat 41)

BAHAN-BAHAN

Tepung naik sendiri 1 1/2 cawan
Mentega 200g
Gula kastor 1/4 cawan
Madu 1/2 cawan
Kacang gajus (dicincang) 1/2 cawan
Kacang hazel (dicincang) 1/2 cawan
Esen vanila 1 sudu kecil

CARA-CARA PENYEDIAAN

1. Masukkan mentega (suhu bilik) ke dalam mangkuk besar dan pukul sedikit menggunakan senduk kayu. Masukkan gula dan pukul lagi (tidak perlu sampai kembang).
2. Tuang madu. Kacau rata.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
4. Masukkan kacang gajus dan kacang hazel diikuti esen vanila.
5. Senduk sesudu besar penuh dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu.
6. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 10 - 15 minit.

NOTA CHEF

1. Pastikan mentega pada suhu bilik supaya senang diurus.
2. Letak kain di bawah mangkuk supaya lebih stabil.
3. Tidak perlu memukul mentega dan gula terlalu lama.


Rasanya tidak terlalu manis dan elok sahaja untuk dijadikan kudapan anak-anak. Oh ya, saya tambahkan sedikit kismis.

Terima kasih Chef!


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015