Ahad, 28 Februari 2016

Big Bad Wolf (BBW) Sale MITC, Melaka


Alhamdulillah, Allah izinkan ke BBW Melaka tahun ini. Kali ini pergi bersama biras, Radhiah :) Kami keluar jam 11 pagi dan saya membawa anak sulung sahaja. Saya hanya mencari buku di sekitar ruang kanak-kanak dan tidak pergi ke ruang lain. 

Keadaan tidak begitu sesak berbanding tahun lepas. Tahun lepas kami perlu beratur selama 3 jam untuk membayar buku! Tahun ini tenang-tenang sahaja :)

Buku kanak-kanak memang banyak. Dari sekecil-kecil buku hingga ke sebesar-besar buku. Ada jenis jigsaw puzzle book, buku+patung mainan, buku kulit keras (board book), soft book, flip book, buku aktiviti, mewarna, buku memasak untuk anak-anak, buku cerita dan set-set buku yang dipakejkan dalam kotak yang cantik. Cuma harganya sudah semakin mahal >_< Itu sangat ketara.

Gambar-gambar sekitar semalam.

Banyak pilihan buku. Namun perlu teliti satu persatu. Ada buku yang muka suratnya melekat antara satu sama lain.

Buku kain untuk Asma'

Board book - setiap helai ada helaian yang boleh dipusing, di tarik ke atas dan tepi. Konsep yang menarik.

Buku dan 114 keping lego. Oh, sangat mini rupanya lego itu! Buku untuk Abdullah Naufal

Buku, jigsaw puzzle dan watak-watak dalam cerita (dalam bentuk foam). Harga RM25 satu set. Jigsaw puzzle ini ada 2 bahagian - hadapan - dam, belakang - gambar halaman rumah. Boleh guna untuk bercerita.

Buku untuk kawan baik di Kelantan. Anaknya suka haiwan katanya.

Khaulah yang sudah kepenatan. 
Ada pro dan kontra jika bawa anak kecil bersama. OK, memang banyak kontra ;) Lepas ini berfikir banyak kali untuk bawa Khaulah ke PBAKL 2016. Hmm....

Selain buku-buku di atas, kami beli 2 buah buku aktiviti bersama Dora (buku besar - mewarna dan ada stiker), 1 buku tulis dan padam dan 1 set kit mewarna. Semua ini untuk sebahagian sepupu anak.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015