Jumaat, 20 Januari 2017

Sesi Bercerita : Little Owl's Orange Scarf



Buku comel ini saya beli melalui Cikgu Ib di BBW Sale hujung tahun lepas. Menarik sekali reka letak dan cerita Little Owl's Orange Scarf ini.

Tak terkira sudah berapa kali baca tapi baru sekali buat aktiviti.

Little Owl tak sukakan scarf barunya. Oren pula itu. Ada sahaja alasannya untuk hilangkan. 

Akhirnya, selepas lawatan kelas ke zoo, Little Owl pulang ke rumah tanpa scarf tersebut! Namun, dia lebih seronok bercerita pengalamannya ke zoo kepada ibu berbanding risaukan kehilangan scarf itu.

Ibunya menelefon pihak zoo tapi tak ada siapa yang nampak scarf oren itu.

Baiklah, ibunya mahu buatkan yang baru dan kali ini membawa Little Owl ke kedai benang. Oh, tak sangka ianya sangat menyeronokkan Little Owl!

Dia memilih warna hijau dan sangat sukakan scarf baru ini. Dan... ada kejutan di akhir cerita. Barulah tahu ke mana 'perginya' scarf oren itu! 😜

Kikiki..comel betul Little Owl. Apa nilai dan pengajaran cerita ini? Anak-anak kata : dia tak suka warna oren, ummi. Dia nak warna hijau.

Ya, betul. Tapi itu bukan pengajaran 😅

Little Owl patut ucap terima kasih pada ibu kerana telah susah payah buatkan scarf untuk beri keselesaan pada dia. Jika Little Owl tak suka, mungkin boleh beritahu ibu dengan baik bukannya hilangkan 😂





Kraf 

Kami buat kraf burung hantu. Pakai kad manila berbentuk bulat, kertas warna dan pen berwarna. Boleh juga gunakan piring kertas.




Lipat sedikit kedua-dua belah tepi kad untuk membentuk kepak / sayap burung hantu. 

Lukiskan bulu burung hantu di badannya. Tampal mata, paruh dan kakinya. Siap! 😃


Barakallahufik.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015