Sabtu, 15 Julai 2017

Saya dan buku anak-anak


Sejak bujang lagi memang suka baca dan beli buku kanak-kanak. Sebab dalam kebanyakan buku kanak-kanak mengingatkan saya akan perkara kecil dan remeh bagi saya tetapi sebenarnya memberi makna kepada kanak-kanak. 

Selepas berkahwin, saya mula mengumpul buku kanak-kanak. Mana-mana yang saya rasakan sangat bagus dan baik untuk anak-anak, saya beli. Padahal waktu itu anak pun belum ada lagi. Maklumlah apabila beli di kedai buku mahal (haha..) seperti MPH, Popular, Kinokuniya [sebab belum jumpa BBW lagi], bajet saya sangat terhad. 

Bila ada anak, kegilaan shopping buku sangat ketara. Huhu.. bila diingatkan semula, Allahu akbar. Gigihnya cari preloved books untuk dibeli. Dahulu kerap membeli dengan JuaiMurah Preloved. Tak pasti kedainya masih ada atau tidak. 

Beberapa tahun kemudian baru tahu kewujudan Big Bad Wolf Sale. Hah, sanggup menabung dari awal dan ajak suami pergi beli. Tapi cukuplah 2 tahun berturut sahaja. Lepas itu insaf. Sebab PBAKL pun memang kami pergi juga setiap tahun tanpa miss (2009 - 2014). Kemudian tak pergi dah. 

Jualan online semakin popular. Dalam mencari buku yang mempunyai sentuhan islamik, saya terjumpa beberapa buah buku yang menarik. Akhirnya saya mendaftar sebagai agen jualan. 

Sebenarnya untung jual buku tidaklah banyak. Tapi dengan niat nak sebarkan lagi bahan bacaan yang bagus untuk anak-anak membuatkan saya terus dalam bidang ini. Sungguhpun selalu sahaja mood ke laut, gunung-ganang semua tapi bertahan jugalah.

Sebelum jual, saya berusaha untuk baca terlebih dahulu supaya tahu kekuatan buku dan boleh bantu ibu bapa di luar sana mencari bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak. Bolehlah singgah Blog Tip Homeschooling Untuk Anak atau Instagram Tip Homeschooling Untuk Anak.

Panjang sungguh coretan hari ini. Sekadar meluahkan perasaan untuk jadi catatan kenangan :)

Jom baca buku.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015