Jumaat, 12 Ogos 2016

Ulasan buku : Ajar Anak Kecil Membaca Awal


Lama dahulu, ketika anak sulung sudah menghampiri modul 5 dalam Iqra' At-Taisir, saya dengan sengaja menunjukkan buku Bacalah Anakku Siri 1 kepadanya. Namun, saya tidak bersungguh kerana matlamat awal memang mahukan anak pandai mengaji al-Quran terlebih dahulu. Waktu itu, memperkenalkan fonetik kepada anak adalah sebagai aktiviti alternatif kepadanya.

Masa itu, cuti sekolah bulan Jun 2014.

Saya cuba memperkenalkan bacaan kepadanya dan alhamdulillah Khaulah mahu membaca tanpa paksaan dan bermulalah aktiviti mengajarnya mengaji  Iqra' At-Taisir disusuli Bacalah Anakku, sesi bercerita dan aktiviti kraf setiap hari.

Dalam masa dua bulan, dia dapat menguasai bacaan dalam Bahasa Melayu dengan baik. Selang beberapa waktu, saya memperkenalkan pula Set Read Easy kepadanya. 

Dalam menarik minat anak belajar, kita perlu mengambil kira banyak faktor. Umurnya, tahap kesediaannya belajar, teknik mengajar dan sebagainya. Jangan dipaksa sekiranya dia tidak mahu kerana membaca sepatutnya aktiviti yang menyeronokkan bukan membebankan.

Dalam hal ini, saya banyak merujuk kepada artikel di internet dan buku panduan yang boleh dijadikan rujukan. Antaranya buku yang ditulis oleh Pn Nik Eliani dan suaminya yang berpengalaman mengajar sendiri anak-anak membaca sedari kecil.



Ada 9 bab yang dikongsikan di dalam buku ini :



 Antara isi kandungan buku :







Perlu diingatkan, menumbuhkan minat terlebih dahulu adalah penting sebelum mengajar anak kecil membaca.

Jika anak belum bersedia, memadailah anda membacakan buku cerita kepada anak-anak anda. Semoga dengan pemilihan cerita dan buku yang menarik dapat menarik minat anak untuk membaca buku satu hari nanti.

Buku Ajar Anak Kecil Membaca Awal ini boleh didapati dengan harga promosi sekarang. RM13.50 sahaja (harga pasaran : RM15.00)

Jumpa lagi!

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi (Ummu Khaulah)
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015