Rabu, 16 Ogos 2017

Kit Batik Painting


Alhamdulillah, seronok dapat mencanting batik sendiri di rumah. Meskipun saiznya comel sahaja tetapi puas hati anak mengalami sendiri proses mencanting batik. Insya Allah ada rezeki boleh bawa mereka melawat pusat mencanting batik di pantai timur semenanjung.

Kit Batik Painting ini ada di jual di Tip Homeschooling Untuk Anak. Dalam 1 kit telah dipakejkan :



1 kain kanvas berlilin dengan 24 desain yang boleh dipilih (opss...sebahagiannya telah habis stok -  laku keras!)
1 berus warna air
6 x 2.5ml warna air.

Pada bahagian belakang kit disertakan kesemua desain yang ada serta panduan mencampurkan warna bagi menghasilkan warna lain seperti campuran warna biru + merah akan menghasilkan warna magenta, campuran warna biru dan kuning akan menghasilkan warna hijau dan sebagainya.


Kandungan dalam pakej Kit Batik Painting


Jadi, melayan anak yang baru discaj wad baru-baru ini dengan terapi mewarna :)




 


Hasil akhir
Menarik, kan?

Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015