Selasa, 15 Ogos 2017

Mencanting Batik

Tajuk sahaja begitu. Sebenarnya mewarna atas kertas biasa sahaja 😁 Ini entri yang bertangguh hampir 2 minggu 😁

Disebabkan hanya 1 sahaja Kit Batik Painting sebelum ini untuk Kak Long (akan cerita dalam entri yang lain insya Allah), maka mencari idea untuk adik-adiknya yang lain.

Saya hanya gunakan kertas A4 biasa (70gsm), krayon dan warna air. 

Untuk Asma' saya buatkan huruf mim fathah sebab masih dalam usaha memperkenalkan huruf ini kepadanya. Latar huruf saya corakkan sedikit seperti batik. 



Kemudian. setiap garisan saya lorekkan dengan warna krayon supaya apabila mewarna air, garisan ini akan kalis air. Cuma tebalkan sedikit sebab tangan anak belum mahir lagi bermain warna air.

Kami menggunakan lebihan warna air dari Kit Batik Painting. Banyak juga yang boleh dibuat. Abang Ngah sempat warnakan kereta api, Muaz dapat mewarna pelangi dan Kak Long dapat warnakan bunga.






Alhamdulillah. Setiap hasil mereka tak pernah tak mengujakan hati seorang ummi 😉 Nah, kita ambil gambar simpan sebagai kenangan. Hasil kerja kita tampal di dinding ya.  



Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015