Selasa, 5 Mac 2019

Aktiviti 1 : Kisah Nabi Ibrahim Mencari Tuhan



Hari ini buka buku 70+ Aktiviti Cinta Al-Quran untuk cari idea. Akhirnya anak pilih Aktiviti 1 iaitu kisah Nabi Ibrahim a.s mencari Tuhan. Apabila saya baca terjemahan ayat Surah Al-An'aam ayat 74 - 79, saya sampaikan dalam bahasa yang mudah kepada anak-anak ini. Yalah baru 4 tahun dan 2 tahun, buat gaya yang mereka faham.

“74. dan (ingatlah) di waktu Ibrahim berkata kepada bapaknya, Aazar, ‘Pantaskah kamu menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihat kamu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata.’ 

75. dan Demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (kami yang terdapat) di langit dan bumi dan (kami memperlihatkannya) agar Dia Termasuk orang yang yakin. 

76. ketika malam telah gelap, Dia melihat sebuah bintang (lalu) Dia berkata: ‘Inilah Tuhanku,’ tetapi tatkala bintang itu tenggelam Dia berkata: ‘Saya tidak suka kepada yang tenggelam.’ 

77. kemudian tatkala Dia melihat bulan terbit Dia berkata: ‘Inilah Tuhanku.’ tetapi setelah bulan itu terbenam, Dia berkata: ‘Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaKu, pastilah aku Termasuk orang yang sesat.’ 

78. kemudian tatkala ia melihat matahari terbit, Dia berkata: ‘Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar.’ Maka tatkala matahari itu terbenam, Dia berkata: ‘Hai kaumku, Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan. 

79. Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Rabb yang menciptakan langit dan bumi, dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah Termasuk orang-orang yang mempersekutukan tuhan.’” (al-An’aam: 74-79)

Saya tidaklah pergi secara details tafsiran ayat ini. Namun ada sambungannya untuk aktiviti bersama anak. Ada 2 buah buku berkaitan yang dibacakan kepada anak iaitu buku :

1) Look At Me!



Tulisan ummi Shahbatun Abu Bakar. Buku ini merupakan siri 1F dari The Signs Of Allah's Might. Dalam buku ini menceritakan kejadian Allah yang menakjubkan seperti matahari, bukan, bintang, komet dan sebagainya.

2) 5 Minutes Bedtime Reminders.



Saya ambil topik kelima iaitu Love Allah. Mengambil isi penting kenapa kita perlu sayang dan taat kepada Allah.


Untuk aktiviti, Asma' minta untuk melukis. Jadi saya jadikan beberapa keping kertas untuk dia lukis ciptaan Allah. Lukisan ini nanti dimasukkan ke dalam beg misteri untuk aktiviti akan datang. Insya Allah.

Itu sahaja untuk hari ini :-)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook & Instagram : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015