Ahad, 24 Mac 2019

Sesi bercerita : My Trip To The Dentist



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 


Sumber : pixabay.com
Pengalaman bertemu doktor gigi sudah jadi satu igauan ngeri buat saya. Seingat saya ayah pernah bawa saya ke klinik pergigian kerajaan di Merlimau ketika saya di sekolah rendah. Rasanya gigi berlubang dan perlu ditampal. Disebabkan itu pengalaman pertama dan ayah pun tak ada sediakan "social story" untuk saya, saya pun senang hati baring di kerusi.

Sekali, hah! Sakit dan ngilunyaaaa gigi saya. Sudahlah saya rasakan agak kasar cara doktor / pembantu perubatan? (Entahlah tak ingat pula). Ditekan-tekannya gigi (baca : tampal). Sebenarnya ok sahaja doktor gigi itu cuma sayalah yang terkejut. Huhu.

Sejak itu saya sudah jadi takut untuk buat pemeriksaan gigi.

Jadi, saya tak mahu anak-anak mengalami perasaan trauma yang sama. Sejak awal mereka tumbuh gigi, saya berusaha membersihkan gigi mereka dengan tuala semasa bayi dan memperkenalkan berus gigi apabila besar sedikit. Malah, saya bawa mereka menjalani pemeriksaan gigi dari awal.

Sumber : pixabay.com

Tapi anak nombor dua saya, agak teruk giginya. Mungkin kerana minum susu botol dan saya kurang cakna ketika itu. Kasihan abang ngah.

Apabila ternampak Nadiah muat naik gambar buku ini di Channel Telegram BBW Pahang, saya terus pilih buku ini. Sementelah ada dua anak kecil di rumah yang sedang seronok gosok gigi. Hehe.


Apa yang menarik dalam buku ini?

Anak-anak peka dengan wajah yang senyum. Bagaimana rupa kamu senyum? Bagaimana rupa kawan-kawan kamu senyum? Lukiskan. Wah, menarik!

Kemudian anak "dibawa" mengenali jenis dan bilangan gigi. Apa fungsi gigi kacip, taring, geraham dan selainnya. "Oooo..." panjang anak-anak saya.  Nampak mereka semakin menghargai gigi dan kepentingan memberus gigi.

Ada aktiviti "sticker", melukis, mewarna, padankan dan lain-lain.




Memang seronok buku ini. Ada banyak aktiviti yang mengisi masa lapang mereka dalam sehari. Sudah pasti mak ayah perlu pandu supaya anak-anak dapat pengetahuan yang betul berbanding menbiarkan mereka "explore" sendiri buku ini.

Teringat sebuah buku dalam bahasa Melayu dalam tema yang sama. Buku kanak-kanak terbitan PTS ini istimewa kerana ada 3 bahasa di dalamnya. Anak-anak dapat baca dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Sayangnya cetakannya tiada lagi dan di pihak penerbit sudah tiada stoknya. Namun, bagi yang berminat ia ada di Big Bad Wolf Sale di Johor minggu ini. Bolehlah hubungi Pn Nadiah ya.



Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

1 ulasan:

  1. Bagusnya buku ni. Mudah nak bagi anak faham pasal kesihatan gigi. Sayang buku ni dah tak diulang cetak. Huhu

    BalasPadam

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015