Rabu, 8 Ogos 2018

Hello Kitty, si kek ungu


Beberapa hari lepas anakanda menyambut hari lahir ke-4. Ikutkan hati tiada persiapan dibuat. Tidak mahu mengajar sesuatu yang berlebihan buat si anak.

Namun memikirkan untuk meraikan perasaan si kecil ini, saya beralah. Tetapi banyaklah pesanan dan nasihat yang diberi kepadanya. Bla..bla.. ummi ini membebel.

Muslimah Bakery di Pertam, Melaka menjadi tempat kegemaran kami mencari kek dan roti. Alhamdulillah, rezeki Allah beri, ada Hello Kitty kegemaran si anak berada dalam kedai.


Asma', semoga menjadi anak yang solehah dan menjadi hamba Allah yang bertakwa. Doakan ummi dan abi ya.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 7 Ogos 2018

Pertandingan Mencanting Batik anjuran Kidcited



"Wah, ada pertandinganlah!"
Waktu itu saya terlihat iklan di Status WhatsApp. Lalu, minta izin dengan suami untuk daftarkan anak-anak. Alhamdulillah.

Sumber gambar : Kidcited Learning Centre

Maka Sabtu lepas (4 Ogos 2018), anak-anak dibawa menyertai pertandingan mencanting batik anjuran Kicited Learning Centre yang terletak di Cheng, Melaka.

Kali ini ketiga-tiga anak dapat join kerana salah satu syarat penyertaan ialah anak berumur 3 - 12 tahun. Dapatlah anak yang berusia 4 tahun dan 6 tahun merasai suasana pertandingan. Yalah, sebelum ini selalu "mengungkit" asyik kakak sahaja dapat hadiah. Haha.

Sumber gambar : Kidcited Learning Centre

Tekun

Pengalaman pertama Asma' menyertai pertandingan

Penyampaian sijil penyertaan dan hadiah saguhati


Hasil para peserta

Terima kasih kepada pihak Kidcited kerana menganjurkan pertandingan ini. Lebih menarik, kesemua peserta menerima hadiah saguhati dan sijil penyertaan. Hasil kerja pun dapat dibawa pulang.

Ia memberi perspektif baru dan meningkatkan keyakinan diri anak-anak.

#Sumber gambar : dari Kidcited Learning Centre dan koleksi peribadi

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 6 Ogos 2018

Temubual Facebook Live bersama Majalah PaMa



Sebenarnya telah berlaku pada 31 Julai 2018 yang lepas. Baru hari ini menulis di sini. Buat kenangan.

Sebenarnya ada ramai lagi orang yang lebih hebat. Kami bukan yang terbaik tetapi Allah pilih untuk berkongsi dengan khalayak peminat Majalah PaMa. Subhanallah.


Bagi anda yang ingin menonton boleh saksikan di Fanpage Majalah PaMa

Pembetulan : Khaulah belum lagi hafizah 30 juzuk, sedang menghafaz lagi.

Satu perjalanan yang panjang. Pengalaman buat Khaulah juga kerana dapat menaiki bas dan komuter semasa dalam perjalanan. Letih memang letih. Tetapi semuanya diharungi dengan senyum di wajah.


Sedikit perkongsian dari FB live tersebut :

Pendidikan anak-anak bermula sejak sebelum anak itu dilahirkan. Banyakkan membaca al-Quran dan melazimi majlis ilmu. Mudah-mudahan keberkatan itu sampai kepada anak yang dikandung.

Ibu ayah sebagai trend-setter. Maknanya menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Sebab anak ini adalah peniru yang hebat.

Selepas anak dilahirkan, amalkan sunnah-sunnah kelahiran (tak sempat saya sebutkan dalam video) :

- Memberi nama yang baik
- Diakikahkan pada hari ketujuh kelahiran
- Bertahnik
- Mengajar anak mengenal Allah terlebih dahulu (akidah)

Tip ajar anak membaca / mengaji :

1. Penuhi keperluan fizikal anak. Jika lapar, beri makan dahulu. Jika bosan, beri dia peluang bermain.

2. Pilih lokasi bersesuaian dan selesa. Jauh dari gangguan seperti alat permainan yang disukai, gajet, televisyen atau bunyi bising.

3. Beri penghargaan seperti pujian, kata-kata galakan, high five, tepuk tangan dan lain-lain. Ganjaran tidak semestinya dalam bentuk material.

4. Sesi bacaan 5-10 minit untuk 1 sesi atau tetapkan rutin dalam sehari.

Bagaimana memperkenalkan anak dengan al-Quran?

Pengalaman kami :

- Banyakkan mengaji di hadapan anak
- Memasang audio Quran. Bacaan qari kanak-kanak pun boleh (ada yang lebih gemar dengan suara anak-anak kerana anak lebih cepat terpengaruh) seperti Muhammad Thaha
- Memberi rangsangan visual seperti kad imbas, poster atau tulisan tangan ibu ayah pada papan tulis atau kertas.
- Bermain sambil belajar (tidak sempat saya sentuh) ~ membina sendiri permainan bertema hijaiyah.
- Menggunakan buku hanya apabila anak bersedia belajar dengan buku. Selain itu, ibu ayah perlu kreatif mempelbagaikan teknik pengajaran.

Paling penting, harus diingatkan bahawa bukan kita yang menjadikan anak ini pandai, lancar membaca dan menghafaz. Sebaliknya hanya ALLAH yang memberi izin semuanya berlaku.

Allah tidak memandang hasil kita tetapi Allah memandang usaha kita. Wallahualam.

Barakallahufik buat Pn Intan dan tim Majalah PaMa. Terima kasih banyak atas cenderahati yang diberi.


Begitu juga buat suami dan mak ayah saya yang menyokong kuat selama ini. Turut serta keluarga mertua dan semua adik-beradik. Semoga Allah membalas kebaikan semua dengan sebaik-baik ganjaran. Barakallahufikum.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 5 Ogos 2018

Ulasan buku anak : Words


Buku ini saya temui di barisan rak buku bahasa Inggeris di Perpustakaan Kanak-kanak. Dahulu, saya selalu tinjau rak itu kerana banyak menempatkan koleksi khas perpustakaan. Biasanya buku cerita lama zaman saya kanak-kanak dahulu ada. Tapi kini sukar mencari koleksi sebegitu kerana telah diganti dengan big book dan buku Enid Blyton edisi terkini.

Saya pinjam buku Word ini kerana unik. 1 gambar, 1 perkataan. Kadang-kadang 1 perkataan ada banyak makna. Kita boleh tahu melalui lukisan pada muka surat tersebut.








Kami sangat "enjoy" baca buku ini. Tapi, tak lama lagi perlu pulangkan. Sedih. Ada rezeki boleh cari dan beli buku ini.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Library is a treasure 3


Semalam duduk mengira buku yang dipinjam 17 Julai lalu. Cukup atau tidak? Maklumlah buku melebihi 20 buah. Memang saya cukup jaga. Bimbang terhilang buku perpustakaan.


Sebabnya, semasa kecil kami adik-beradik cuai betul. Kasihan ayah selalu mengganti buku perpustakaan yang kami pinjam. Itulah, letak merata-rata agaknya!

Bila dah jadi emak, memang peka betul bab ini. Hihi.

Tarikh pulang pada 7 Ogos ini. Yeay! Ummi pun rasa nak cepat-cepat pergi hantar. Nak tukar buku baru. Inilah untungnya meminjam dengan perpustakaan.

Ini buku-buku yang kami pinjam :

Buku pinjaman Khaulah

Buku pinjaman Abdullah

Buku pinjaman Asma'

Buku pinjaman ummi

Pandangan penuh.
Secara jujurnya, kali ini saya hanya mampu habiskan 3 buah buku sahaja. Ada 3 buah lagi sedang dibaca. Entah dapat habiskan atau tidak.

Anak-anak memang dah habis baca semua buku mereka 😅

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 4 Ogos 2018

Bacaan Julai


Bulan lalu saya banyak menghabiskan masa dengan telefon 😥 Jadi jumlah bacaan turut menurun. Hanya 11 buah sahaja dapat dibaca :

1. Cerita Korea Kami
2. Suami Hensem, Isteri Ohsem
3. Ini Sekolah Kita
4. Alahai Cikgu
5. Pesan Hamka Kepada Pendidik
6. Ibu Madrasah Pertamaku
7. Kumpulan Cerpen : Bila Ayah Berkaca Mata Hitam
8. Nik Nur Madihah Permata Generasi Rabbani
9. Daun Paku Ungu
10. Yang Singgah dan Pergi
11. Projek Diet Ain Maisarah

Ada yang sempat diulas, lebih banyak yang tidak dibuat resensi. Semangat untuk mengulas semakin hilang. Hihi.

Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Pengalaman naik Grab


Ada suatu hari, terasa bagai mahu keluar ke perpustakaan walaupun bukan hari cuti. Pagi itu, rutin kami bermula lebih awal, urus diri, makan pagi, mengaji dan aktiviti anak-anak semua dibuat awal sedikit dan pantas.

Anak-anak kehairanan. Sibuk bertanya kenapa ummi suruh buat cepat-cepat ni? Ummi pendam dulu. Kalau beritahu awal, tak jadi kerja nanti. 

Dalam 10.50 pagi, saya bersiap dan anak-anak pun disuruh memakai tudung dan merapikan rambut. Baru saya maklumkan yang ummi mahu ke perpustakaan negeri.

Saya mula buka aplikasi Grab dan mencari. Alhamdulillah ada. Cuma ada sedikit kekangan apabila lokasi yang diberi kepada pemandu grab itu hanya setakat di kawasan Telok Mas. Mujurlah beliau ada pengalaman masuk ke kampung saya ini.

Seronoklah anak-anak merasai pengalaman baru menaiki "public transport". Pemandu seorang lelaki dan ramah. Beliau menghadiahkan anak-anak brownies buatan isterinya. Isterinya mahir membuat bakeri dan banyak menerima tempahan setiap hari.

Alhamdulillah, saya segera teringat hadis nabi tentang sedekah yang baru dibaca :

 “Jika berasal dari golongan yang gemar bersedekah, maka akan dipanggil dari pintu sedekah.” (HR Bukhari).

Barakallahufik.

Caj perjalanan dari rumah saya ke perpustakaan negeri ialah RM9.

Anak-anak juga bersungguh membaca dan bermain di sana. Sehingga jam 3.30 petang baru berjaya memujuk mereka pulang.
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015