Sabtu, 4 Ogos 2018

Pengalaman naik Grab


Ada suatu hari, terasa bagai mahu keluar ke perpustakaan walaupun bukan hari cuti. Pagi itu, rutin kami bermula lebih awal, urus diri, makan pagi, mengaji dan aktiviti anak-anak semua dibuat awal sedikit dan pantas.

Anak-anak kehairanan. Sibuk bertanya kenapa ummi suruh buat cepat-cepat ni? Ummi pendam dulu. Kalau beritahu awal, tak jadi kerja nanti. 

Dalam 10.50 pagi, saya bersiap dan anak-anak pun disuruh memakai tudung dan merapikan rambut. Baru saya maklumkan yang ummi mahu ke perpustakaan negeri.

Saya mula buka aplikasi Grab dan mencari. Alhamdulillah ada. Cuma ada sedikit kekangan apabila lokasi yang diberi kepada pemandu grab itu hanya setakat di kawasan Telok Mas. Mujurlah beliau ada pengalaman masuk ke kampung saya ini.

Seronoklah anak-anak merasai pengalaman baru menaiki "public transport". Pemandu seorang lelaki dan ramah. Beliau menghadiahkan anak-anak brownies buatan isterinya. Isterinya mahir membuat bakeri dan banyak menerima tempahan setiap hari.

Alhamdulillah, saya segera teringat hadis nabi tentang sedekah yang baru dibaca :

 “Jika berasal dari golongan yang gemar bersedekah, maka akan dipanggil dari pintu sedekah.” (HR Bukhari).

Barakallahufik.

Caj perjalanan dari rumah saya ke perpustakaan negeri ialah RM9.

Anak-anak juga bersungguh membaca dan bermain di sana. Sehingga jam 3.30 petang baru berjaya memujuk mereka pulang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015