Isnin, 6 Ogos 2018

Temubual Facebook Live bersama Majalah PaMa



Sebenarnya telah berlaku pada 31 Julai 2018 yang lepas. Baru hari ini menulis di sini. Buat kenangan.

Sebenarnya ada ramai lagi orang yang lebih hebat. Kami bukan yang terbaik tetapi Allah pilih untuk berkongsi dengan khalayak peminat Majalah PaMa. Subhanallah.


Bagi anda yang ingin menonton boleh saksikan di Fanpage Majalah PaMa

Pembetulan : Khaulah belum lagi hafizah 30 juzuk, sedang menghafaz lagi.

Satu perjalanan yang panjang. Pengalaman buat Khaulah juga kerana dapat menaiki bas dan komuter semasa dalam perjalanan. Letih memang letih. Tetapi semuanya diharungi dengan senyum di wajah.


Sedikit perkongsian dari FB live tersebut :

Pendidikan anak-anak bermula sejak sebelum anak itu dilahirkan. Banyakkan membaca al-Quran dan melazimi majlis ilmu. Mudah-mudahan keberkatan itu sampai kepada anak yang dikandung.

Ibu ayah sebagai trend-setter. Maknanya menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Sebab anak ini adalah peniru yang hebat.

Selepas anak dilahirkan, amalkan sunnah-sunnah kelahiran (tak sempat saya sebutkan dalam video) :

- Memberi nama yang baik
- Diakikahkan pada hari ketujuh kelahiran
- Bertahnik
- Mengajar anak mengenal Allah terlebih dahulu (akidah)

Tip ajar anak membaca / mengaji :

1. Penuhi keperluan fizikal anak. Jika lapar, beri makan dahulu. Jika bosan, beri dia peluang bermain.

2. Pilih lokasi bersesuaian dan selesa. Jauh dari gangguan seperti alat permainan yang disukai, gajet, televisyen atau bunyi bising.

3. Beri penghargaan seperti pujian, kata-kata galakan, high five, tepuk tangan dan lain-lain. Ganjaran tidak semestinya dalam bentuk material.

4. Sesi bacaan 5-10 minit untuk 1 sesi atau tetapkan rutin dalam sehari.

Bagaimana memperkenalkan anak dengan al-Quran?

Pengalaman kami :

- Banyakkan mengaji di hadapan anak
- Memasang audio Quran. Bacaan qari kanak-kanak pun boleh (ada yang lebih gemar dengan suara anak-anak kerana anak lebih cepat terpengaruh) seperti Muhammad Thaha
- Memberi rangsangan visual seperti kad imbas, poster atau tulisan tangan ibu ayah pada papan tulis atau kertas.
- Bermain sambil belajar (tidak sempat saya sentuh) ~ membina sendiri permainan bertema hijaiyah.
- Menggunakan buku hanya apabila anak bersedia belajar dengan buku. Selain itu, ibu ayah perlu kreatif mempelbagaikan teknik pengajaran.

Paling penting, harus diingatkan bahawa bukan kita yang menjadikan anak ini pandai, lancar membaca dan menghafaz. Sebaliknya hanya ALLAH yang memberi izin semuanya berlaku.

Allah tidak memandang hasil kita tetapi Allah memandang usaha kita. Wallahualam.

Barakallahufik buat Pn Intan dan tim Majalah PaMa. Terima kasih banyak atas cenderahati yang diberi.


Begitu juga buat suami dan mak ayah saya yang menyokong kuat selama ini. Turut serta keluarga mertua dan semua adik-beradik. Semoga Allah membalas kebaikan semua dengan sebaik-baik ganjaran. Barakallahufikum.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015