Ahad, 9 Ogos 2015

Mendidik Anak


Dalam usaha mendidik anak, saya fikir boleh dibahagikan kepada 4 fasa iaitu :

1. Sebelum berkahwin

Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda :

"Perempuan biasanya dinikahi kerana empat perkara : kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana rupa parasnya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih agamanya (keislamannya), sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan rugi.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)


Allah juga berfirman di dalam al-Quran :

"Perempuan yang keji untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk perempuan yang keji pula. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik pula.” (Surah An-Nur: 26)

Ini bermakna, pemilihan pasangan sangat penting. Pilihlah yang beragama kerana itulah ibu yang akan melahirkan anak-anakmu dan itulah bapa yang akan sama-sama mendidik anak-anakmu.

Ada banyak lagi perbahasan tentang ini dan anda boleh merujuk kepada sumber-sumber yang sahih. 

Antara buku yang bagus dan pernah kami baca ialah Pendidikan Awal Anak-anak Menurut Islam karya Abdullah Nasih Ulwan, Di Jalan Dakwah Aku Menikah, Menjadi Suami Penuh Cinta dan Menjadi Isteri Penuh Pesona.

Jangan lupa niat ikhlas kerana Allah.

Sumber : sini
Buku ini ada 3 jilid terbitan JAKIM. Harga sebuah buku ialah antara RM14 - RM18. Saya beli di Pesta Buku Antarabangsa KL

Sumber : sini
Buku ini saya pinjam dari seorang rakan 

Sumber : sini
Saya beli buku Menjadi Suami Penuh Cinta (RM15.50) dan Menjadi Istri Penuh Pesona (RM27.50) di Fajar Ilmu Baru, Wisma Yakin KL beberapa tahun lepas

2. Selepas berkahwin

Meningkatkan ibadah dan ilmu berkaitan rumah tangga dan mengamalkan sunnah Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam. Elok sekiranya mendisiplinkan diri dengan mutabaah amal harian. Dalam bahasa yang mudah, mutabaah amal ini ialah checklist ibadah harian kita. Boleh merangkumi apa jua perkara yang ingin kita buat secara konsisten (baca : istiqamah) setiap hari. Misalnya solat fardu awal waktu, solat sunat rawatib, zikir selepas solat,membaca al-Quran, solat sunat witir, membaca buku ilmiah, bersedekah dan lain-lain.

Boleh sahaja Google mutabaah amal dan banyak carian akan terpapar :) Antara buku yang dicadangkan ialah Add Pahala Delete Dosa oleh Razali Kamaruddin terbitan Galeri Ilmu.

Sumber : Galeri Ilmu

3. Semasa hamil

  •          Ikhlaskan niat kerana Allah
  •          Doa mendapat anak yang soleh solehah. Amalkan doa yang terdapat di dalam Al-Quran dan hadis
  •           Banyakkan mengaji al-Quran (ayah juga penting banyakkan mengaji)
  •           Tingkatkan ibadah
  • Menjaga pemakanan - madu, kurma, badam, susu, buah-buahan, habbatus sauda dan lain-lain
  •           Membuat persediaan ilmu seperti pengalaman bersalin, penyusuan ibu bapa, tip mengendalikan bayi dan seumpamanya
  •          Membuat persiapan bayi seawal mungkin bagi mengelakkan keluar rumah bagi membeli keperluan bayi semasa di dalam pantang
  •           Tenangkan emosi
  •           Banyak bahan bacaan yang boleh dibaca seperti Ibu Dibelai Anak Dibuai oleh Dr Ariza (Ameen Books), Anakku Hebat Anakku Soleh oleh Dr Zahazan Mohamed (Telaga Biru), Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu oleh (PTS), Tarbiah Anak-anak Dengan Zikir & Doa oleh Dr Zahazan Mohamed dan Rohidzir Rais (Telaga Biru), dan lain-lain sekadar menyebut beberapa buah buku.
Sumber : Laman ameenbooks

Sumber : Laman Stormreaders

Sumber : Laman PTS





4. Selepas kelahiran

- Ketahui sunnah selepas kelahiran seperti menamakan bayi, mengkhatankan bayi, akikah, doa perlindungan untuk anak dan seumpamanya.
- Pendidikan anak bermula secara berterusan. Kesinambungan daripada didikan yang kita beri sejak dari dalam kandungan.
- Buku yang dicadangkan :



Sumber : sini



Semoga bermanfaat.
Wallahualam.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015