Isnin, 7 November 2016

4 aktiviti mudah bersama anak ketika ibu berpantang ;)


Aktiviti ini lebih kepada teka-teki. Biasanya 5 minit sehari sekali. Saya buat beberapa bentuk :

# Lukis gambar tak lengkap dan minta dia teka. Pastikan gambar adalah benda biasa dilihat olehnya. Misalnya kereta tanpa roda, rumah yang dilukis sebahagian sahaja dan lain-lain.

# Aktiviti "tracing". Anak membelakangkan kita. Lukis huruf atau bentuk pada belakang badannya dan dia teka. Seronok! Ada anak yang tak tahan geli, ketawa tak henti-henti mereka menahannya 😆

# Bermain ala-ala "Simon Says..." dalam bilik. Contohnya, siapa nampak baju warna hijau? 🙋

# Guna kotak misteri. Masukkan beberapa benda. Minta anak seluk ke dalam kotak untuk merasa benda lalu meneka jawapan. Aktiviti ini saya lakukan ketika bayi tidur dan di luar bilik. Bimbang bayi terjaga dan menangis 😊

Sekurang-kurangnya anak-anak saya tidak bosan dan saya meraikan perasaan mereka yang baru dapat adik baru 😎

Selamat mencuba.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015