Selasa, 1 November 2016

Sesi Bercerita dan Beraktiviti : Sombong Membawa Rugi


Gambar : Koleksi peribadi

Semasa pesta buku antarabangsa di Serdang Mei lalu, kami sekeluarga berkesempatan pergi pada hari pertama acara membuka tirai. Walaupun banyak kali sesat, alhamdulillah tercapai hajat membawa Khaulah ke sana membeli buku.

Sebenarnya pernah tulis mengenai buku ini di sini namun anak terjumpa semula buku ini baru-baru ini dan asyik menghadap cerita ini setiap masa. Jadi, saya fikir untuk tuliskan sekali lagi aktiviti yang boleh dibuat dengan cerita Sombong Membawa Rugi ini.

Reruai ITBM (Institut Terjemahan dan Buku Malaysia) membuat tawaran buku yang tidak kurang hebatnya. Ada buku yang dijual berharga RM5, ada diskaun 40% dan ada peraduan yang lumayan hadiahnya.

Salah satu buku berharga RM5 yang dijual ialah dari Siri Haiwan Teladan. Ikutkan hati mahu ambil beberapa tajuk tapi si anak hanya pilih 2 - 3 tajuk. Haih.. sabar sahajalah kan. Disebabkan beri kebebasan kepada dia memilih, maka kami bayarkan yang itu sahaja ^_^;




Ilustrasi buku Sombong Membawa Rugi sangat cantik dan menarik bagi kami. Apabila membacakan buku kepada anak, kita boleh lakukan beberapa cara :

1. Picture walk (bercerita dari gambar ke gambar)
2. Bercerita guna bahasa sendiri mengikut tahap anak
3. Mengaitkan dengan kehebatan dan kekuasaan Allah.
Misalnya, 

+ masya Allah, cantiknya rama-rama ini! Siapa ciptakan rama-rama? 
- Allah. 
+ Subhanallah, pandai anak ummi. Betul, Allah Maha Hebat yang mencipta rama-rama.




4. Memperkenalkan anak dengan kitar hidup rama-rama.


Sumber : klik sini

5. Membuat aktiviti kraf origami rama-rama.


Sumber : Paper Origami Blog

6. Membuat aktiviti pratulis - mewarna rama-rama dengan finger paint
Sumber : Pinterest (klik)


Selamat membaca 😉

Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015