Jumaat, 19 Oktober 2018

Buku 7 : Katik


#10HariKembaraBukuBergambar




Hari ini kami pilih buku cerita Katik. Ini ialah buku pinjaman dari Perpustakaan Negeri Melaka. Ummi memang suka buku cerita lama macam ini. Penulis dahulu lebih seronok cerita mereka dan sebenarnya ummi yang feeling nostalgia lebih. Haha.

Cerita Katik ini merujuk kepada seekor ayam katik yang dibela oleh Tok Aki. Atim, cucu Tok Aki sangat sayangkan Katik. Lalu Atimlah yang memberi makan, bermain dan menjaga Katik.



Lihat gambar ini, anak-anak ketawa melihat Atim yang bermain dengan si Katik.



Suatu hari Katik hilang dan tidak dapat dikesan. Atim berasa sangat sedih. Setelah berbulan kejadian itu berlaku, suatu hari Atim terserempak dengan Katik di sebuah sungai. Rupa-rupanya Katik telah membina sebuah keluarga ;) Lalu Atim bawa Katik dan keluarganya pulang ke reban Tok Aki.

Anak-anak ini tiada pengalaman melihat orang membela ayam. Reban pun tak pernah tengok. Huhu. Dahulu kami ada membela beberapa ekor ayam. Tetapi sejak tanah dikambus dan jiran-jiran membuat rumah baru, kawasan reban kami pun sudah tiada.

Nanti jika ada peluang nak tunjuklah secara langsung :) Kalau tidak, anak hanya kenal ayam yang dipotong di pasar itu sahaja. Mujur jugalah kami hidup di kampung, masih ada jiran-jiran yang membela ayam :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015