Khamis, 1 September 2016

"1 hari 1 kalimah" Board


Suatu petang, anak yang ketiga menyelongkar bahan kraf yang disimpan dalam almari. Mulanya mahu menegur tingkah lakunya namun saya bantu dia keluarkan plastik tersebut dan beri dia main sepuasnya. Kemudian, ajak dia simpan bersama-sama semula.

Tidak lama selepas itu, semasa dia bermain dengan kakak dan abang, saya mula terfikir untuk membuat sesuatu dengan bahan-bahan ini. Bagi saya ia terlalu banyak. Bilalah saya mahu habis guna. Bahan-bahan ini saya beli hampir lima tahun lepas. Waktu itu masih rajin membuat busy bag Khaulah.

Fikir punya fikir dan draf punya draf, bercadang untuk buat satu board ajar perkataan bahasa Arab kepada anak-anak.

Teka apa dibuatnya?
Mencabut magnet pada ladybird. *Sigh*

Bahan yang saya gunakan :

Kertas lukisan
Kain felt
Gam
Butang (saiz kecil. Beli di Kaison 50 biji RM3.50)
Tali ikat parcel
Sepit baju kayu (juga beli di Kaison)
Kad manila
Gunting
Ladybird (beli di Kaison. Maaf, lupa kuantiti dan harganya)

Kain felt warna hijau saya jadikan sebagai rumput. Butang disusun menjadi bunga dan tali parcel sebagai tangkai bunga. Manakala seekor burung dan beberapa biji ladybird dijadikan hiasan pada rumput. Matahari juga menggunakan kain felt dan saya sengaja menggam tiga batang penyepit kayu sebagai tanda :

1. Kalimah bahasa Arab
2. Makna dalam bahasa Melayu
3. Lukisan gambar



Siap untuk digunakan! :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015