Isnin, 12 September 2016

Aura positif dari kawan yang positif


Sabtu lepas (10 September) berpeluang bertemu seorang rakan maya / rakan agen di Melaka. Kecil rasa dunia ini. Beliau pulang ke kampung nenek di Taman Rempah dan kami bercadang berjumpa sementelah lagi beliau membeli beberapa buah buku.

Pn Farahliza, founder of Kiddiefuntime telah lama saya kenali secara maya iaitu sejak 2012 kerana berada di bawah satu bumbung agen Pn Siti Sarah Mohd Fauzi (founder of KedaiBerjaya.com). Pernah beberapa kali juga bermuamalat dengannya ketika dia masih tinggal di Perlis. 



Kemudian, berjumpa pertama kali dalam program "Ibu Seronok Ajar Anak Mengaji" di Tadika ABS Sg Buloh pada Mei 2015. Mata terus menangkap anak sulungnya, Ahmad yang kelihatan diam dan fokus bermain. Kagum dengan cara beliau mendidik anak. Ahmad sebaya anak kedua saya. Ahmad sudah fasih Iqra' At-Taisir ketika kami berjumpa waktu itu (dalam lingkungan 3 tahun). Anak saya masih dalam fasa mengenal huruf kasrah masa itu :)

Pn Farah mengambil peluang bertanya beberapa soalan yang saya kira beliau lebih advance dari saya. Heee... semoga ada manfaat yang dapat kami berdua kongsi. Terima kasih kerana sudi dapatkan Siri X-plorasi terbitan Telaga Biru dan Kit Aktiviti Malaysiaku ;)

Siri X-plorasi



Teringat bertemu Pn Nadiah Ahmad atau dikenali sebagai Cik Nad di Facebooknya. Beliau seorang ibu yang sangat ceria dan telah menerbitkan sebuah Jurnal Si Cilik untuk kegunaan ibu bapa. Jurnal ini seperti diari atau buku catatan perkembangan anak-anak yang boleh diguna oleh ibu bapa sebagai rekod perkembangan anak-anak. Boleh klik di sini untuk reviu Jurnal Si Cilik.

Sekarang beliau sedang mengadakan peraduan Jurnal Si Cilik bermula 5 September sehingga 14 September 2016. Sesiapa yang sudah membeli buku ini bolehlah join peraduannya. Hadiah pun sangat menarik!




Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015