Isnin, 10 April 2017

Saya dan Lego


Sumber gambar : di sini

LEGO adalah satu jenama yang sangat popular. Sehinggakan apa sahaja permainan berbentuk blok ini akan dipanggil LEGO meskipun bukan jenamanya 😃 Siapa seperti saya? Kita geng.

Teringat dahulu semasa di Tingkatan 3, teacher pernah tanya apakah jenama popular yang kita sebut untuk semua produk berkenaan walaupun itu bukan jenamanya. Ha, fikir-fikir...😉

Waktu itu saya jawab Milo. Semua serbuk coklat tidak kira Ovaltine, Vico dan seumpamanya pasti kami panggil Milo juga 😉 Betul tak?

Baik, saya dan Lego telah lama ceritanya. Seingat saya, saya masih di tahap 1 ketika mak ayah membawa pulang bakul Lego berwarna merah. Sangat teruja dengan permainan ini sehingga kami leka bermain dengannya. Siap buat projek mega dengan adik-adik. Hampir sahaja jadi bahan pameran di sekolah tapi ayah tak bagi. Bimbang hilang 😆 (Psst.. ayah dahulu guru Kemahiran Hidup di sekolah saya).

Dan apa yang saya tidak tahu ialah harga Lego sangat mahal (sekarang pun) jika hendak bandingkan dengan gaji mak ayah ketika itu. Allahu. Moga Allah ganjari kebaikan sebaiknya untuk mak ayah saya.

Sekarang ada pelbagai jenama, bentuk dan saiz. Cantik dan banyak pilihan. Malahan ada yang dijual dengan harga mampu milik.

Misalnya Lego seperti ini. Ada 175 buah blok. Didatangkan dalam kotak. Mudah disimpan. Puas anak-anak bermain, kan?



Nanti kita sembang lanjut pasal Lego ini ya 😊 Banyak manfaat Lego ini untuk perkembangan anak-anak. Insya Allah, nanti akan dikongsikan beberapa idea pembelajaran untuk anak-anak menggunakan Lego. Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015