Sabtu, 15 April 2017

Ulasan buku The Best Student Of The Day


 Ini ialah buku hasil tulisan Dr Nik Salida Suhaila dan Tn Baharuddin Bekri. Imbas kembali, pertama kali saya bertemu dengan Dr semasa di kampus dahulu. Pihak HELWI kampus kami menjemput beliau memberi ceramah motivasi buat mahasiswi. Tutur katanya tersusun dan berisi ilmu dan hikmah. Bapa mertuanya juga adalah Pengarah di kampus kami ketika itu. Memang sebuah keluarga yang mementingkan ilmu dan agama.

Sekilas membaca tajuknya, saya fikirkan ianya buku untuk para pelajar. Namun sangkaan itu meleset apabila saya meneliti kulit buku. Oh, rupanya buku Motivasi Keibubapaan.

Dr berkongsi pengalaman anaknya bersekolah seawal usia 4 tahun di luar negara semasa beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Saya terkesan dengan bab Magic Word.





Apa yang saya dapati :

💟 Timbulkan keseronokan kepada anak untuk belajar.

💟 Beri peluang anak teroka pengalaman baru.
💟 Jangan tekan anak untuk belajar semasa kecil (sebelum dia bersedia).
💟 Puji benda positif dengan cepat. Jangan tunggu lama baru nak puji. 
💟 Terapkan adab dari kecil sebelum ajar membaca dan sebagainya. 

- Di sekolah, anaknya diajar 2 perkara setahun. Apakah 2 perkara itu? Sangat menarik untuk diketahui 😅
- Pertama, belajar mengucapkan terima kasih.
- Kedua, belajar bagaimana untuk menghormati orang.

Masya Allah. Ini adab Islam.

Alangkah seronoknya sekiranya kita dapat aplikasikan teknik yang digunapakai oleh guru tersebut di sini.

Di sini kita lihat anak-anak pasti menangis semasa hari pertama persekolahan. Ada yang memaut erat tangan ibu ayah supaya jangan pulang, ada yang berguling-guling di atas lantai dan 1001 kisah lagi pengalaman di hari pertama persekolahan.

Saya teringat seorang guru cemerlang prasekolah lama dahulu, beliau mengeluarkan duit poket sendiri menyediakan goodie bag bagi mengalu-alukan kedatangan murid-murid pada hari pertama. Beliau yang sememangnya berjiwa ibu, bertindak mendamaikan anak-anak yang masih ketakutan datang ke sekolah. 

Alhamdulillah, sememangnya beliau tidak menghadapi banyak masalah ketika hari pertama persekolahan. Masya Allah.

Berbalik kepada buku ini, The Best Student of the Day sebenarnya merujuk kepada stiker yang diberi kepada murid yang berkelakuan baik sebagai ganjaran. Ada buku khas disediakan. Bangga anak-anak jika dapat, bukan? Kita sebagai ibu bapa juga pasti berharap agar anak menjadi Pelajar Terbaik.

Semoga dipermudahkan oleh-Nya. Amin... 😊


================


Buku ini berharga RM13.00.
Kos pos laju Semenanjung ialah RM8.00
Kos pos laju ke Sabah RM16.50 
dan kos pos laju ke Sarawak RM12.60

Jika berminat boleh hubungi saya di IG atau FB atau WhatsApp 013-361 3516. 

Jom baca buku! 

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015