Ahad, 14 Januari 2018

Rumusan Minggu Kedua



Alhamdulillah sudah habis minggu kedua, kan? Masya Allah. Terasa masa berlalu pantas. Moga kita dapat menggunakan masa sebaiknya. Sebab di akhirat nanti, masa yang kita gunakan ini akan ditanya kembali 😩




Awal minggu bermula agak perlahan. Mood 'lemau' sahaja pada hari Isnin lalu. Anak-anak pun sangat santai. Menjelang petang baru semangat sedikit. 

Kami meneroka beberapa perkara minggu ini :

🌼 Mental Arithmetic dan Matematik asas

Latih tubi untuk kakak dan abang. Manakala si kak cik memilih untuk menulis nombor.

🌼 Bahasa Arab

Belajar empat kalimah baru iaitu قميص, حذاء, غـُرفـَة dan خبز.

Kami tak dapat buat origami kerana anak-anak lebih teruja dengan doll house. Baru 30% siap. Hihi. Untuk latihan, anak-anak masih menggunakan lapbook minggu lepas.

🌼 Sains

Minggu ini saya mulakan dengan imbas kembali pelajaran lalu. Alhamdulillah mereka masih ingat dan masing-masing cekap memberi jawapan.

Kali ini anak-anak buat pemerhatian ringkas - belajar pengukuran. Mereka diperkenalkan dengan alat pengukuran dan cara mengukur.

Beberapa benda diberi untuk diukur. Seronok masing-masing 'menggayakan' tali ukur dan pembaris.

Mereka mengukur panjang pensel, buku, tapak kaki, ketinggian, daun dan sikat.

Maklumat dicatat pada kertas / buku masing-masing.

🌼 Membaca

Slot ini santai sahaja. Kakak dengan bacaan bahasa Inggeris (untuk latih sebutan yang betul dan menambah perbendaharaan kata), abang ngah dengan permainan bahasa (melatih membaca lebih mahir) dan kak cik dengan aktiviti mengenal bunyi fonik 'a'. Kali ini dia perlu menggunting dan menampal jigsaw puzzle huruf a.

Saya gunakan buku aktiviti Fonetik Ekspres 1. Ia sebuah buku latihan tambahan bagi set Bacalah Anakku. Bukunya bersaiz A4.

Harga kombo buku Fonetik Ekspres 1 dan 2 ialah RM11.00

Contoh di dalam buku Fonetik Ekspres 1
🌼 Tadabbur al-Quran


Masih berpandukan buku 70+ Aktiviti Cinta Al-Quran, kami membina menara cerita dari kisah Luqman dalam Surah Luqman ayat 12 - 19.

Saya potong kad kepada kepingan kecil, lukiskan nasihat berkaitan dan anak-anak warnakan.

Merujuk al-Quran terjemahan, kami membaca ayat dan saya ceritakan maknanya.

Sambil bercerita, sambil tangan membina menara cerita. Kad tadi digunting sedikit supaya kad-kad lain boleh didirikan seperti dalam gambar.


Sehingga ke hari ini pun kami akan mengulang-ulang nasihagt Luqman yang berkaitan dengan anak-anak.

Ia merupakan sebuah nasihat yang sangat baik sehingga Allah rakamkan di dalam al-Quran. Subhanallah.

+++++++++

Jika berminat untuk dapatkan buku-buku di atas boleh hubungi saya :


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayama Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015