Rabu, 24 Januari 2018

Rumusan Minggu Ketiga



Baru mula pelajaran tajwid dengan anak-anak minggu lalu. Impaknya, anak lebih minat mengaji al-Quran dan semakin cuba membaca dengan baik. Masya Allah.

 Dua hukum tajwid yang dipelajari - mad asli dan wajibul ghunnah menjadikan anak-anak membaca lebih peka apabila terjumpa kalimah tersebut. Alhamdulillah.

Bahasa Arab - kami menggunakan buku Lughatul Jannah buku 2 dan buku teks bahasa Arab Tahun 2. Selang-seli. Anak-anak sudah mula minta belajar bahasa Arab setiap hari. Masya Allah. Allah juga yang mencampakkan minat belajar itu pada anak-anak. Lalu saya teringat Pn Lu'lu Mahfuzah, Pn Nisa' Jauri dan Ustazah Ilyana Ikhsan yang sangat rajin berkongsi perihal Bahasa Arab.

Ada tiga aktiviti kami lakukan semasa belajar bahasa Arab minggu lalu :

1) Buku mini daripada brown paper bag
2) Permainan Domino
3) Tarsia Puzzle

Untuk sesi tadabbur, kami memilih Surah An-Nahl ayat 66. Mengenai haiwan ternakan dan susunya.

Hafazan kakak masih Surah Al-Qalam. Mudah-mudahan kami dapat sama-sama hafaz dengan lancar dan baik surah ini. Sedikit lagi untuk lengkapkan hafazan surah ini. Doakan ya!

Asma' juga cepat perkembangan bacaan Iqra' At-Taisir. Bila mood nya baik, bacaannya juga sangat bagus 👍 Sama seperti Abdullah Naufal. Mood perlu dijaga. Silap sikit memang 'ke laut'lah semuanya 😏

Ok, minggu seterusnya yang penuh cabaran! 

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015