Rabu, 10 Januari 2018

Mengaji di tempat baharu



Masuk minggu kedua kelas Mengaji bertukar ke tempat baru (Darul Sunnah). Setakat ini alhamdulillah semuanya lancar.

Pendaftaran masih dibuka. Kelas Mengaji al-Quran ini terbuka untuk anak-anak di sekitar kawasan ini. Bilangan yang mendaftar pun masih belum tetap. Terkini bilangan sudah melebihi 40 orang. Tenaga pengajar pula terdiri dari 5 orang guru.

Bermula jam 6 petang sudah ada guru menanti. Anak-anak akan mengaji seorang demi seorang sehingga jam 6.45 petang. Mereka akan menyusun atur sejadah lalu duduk membaca zikir petang (kami menggunakan Zikir Pagi Petang yang disusun oleh Dr Abu Anas Madani terbitan Telaga Biru Sdn Bhd).

Azan maghrib dikumandangkan oleh anak-anak lelaki secara bergilir setiap hari. Diikuti bacaan hadis dan 'meneras' (istilah kami untuk mengaji juz 30). Biasanya akan selesai baca pada pukul 8.15malam.



Bagi anak-anak yang sudah mengaji sudah boleh pulang ke rumah manakala yang tidak sempat mengaji sebelum maghrib akan duduk menunggu giliran.

Suka memerhati gelagat anak-anak ini. Muka bersih sahaja. Mudah-mudahan 'roh' Al-Quran meresap ke dalam jiwa. Amin.

Anak-anak saya juga semakin maklum akan jadual kami setiap hari perlu ke Darul Sunnah (nama pusat pengajian ini). Jadi sebelum Asar, mereka mandi dan urus diri, solat di masjid dan bermain seketika sebelum turun ke Darul Sunnah.

Rutin baharu ini masih dalam fasa adjustment. Oh ya, anak-anak saya perlu bawa bekal makanan kerana lapar :) Maklumlah, Darul Sunnah baru siap fasa satu.

Moga Allah mudahkan.

Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015