Sabtu, 22 September 2018

Sesi Bercerita : Apa Yang Bergerak?


Hari Jumaat malam biasanya khas untuk fardu ain bagi anak-anak 9 tahun ke atas dan playgroup bagi anak-anak usia 8 tahun ke bawah.

Disebabkan ramai yang masih tidak dapat membawa buku tulis, cikgu perlu pelbagaikan aktiviti.

Minggu lalu, mengambil pendekatan bercerita menggunakan buku besar bertajuk "Apa Yang Bergerak." Buku ini ditulis oleh Alia Nina dan ilustrasi oleh Emila Yusof.

Saya memang sukakan karya kedua orang penulis ini. Watak kartunnya comel dan ceritanya mudah sesuai, sekali dengan tahap sasaran.

1) Perkenalkan buku cerita, tajuk dan mengajak anak menceritakan kulit hadapan buku.

2) Pilih seorang sukarelawan untuk membacakan cerita.

3) Aktiviti berdasarkan cerita.

Bahagian paling menarik ialah aktiviti berdasarkan cerita.

Sambil bercerita, sambil mengaitkannya dengan kekuasaan Allah.
.
"Apa yang bergerak?" (Sambil tunjuk gambar).
"Layang-layang!"
"Betul. Siapa yang gerakkan layang-layang?"
"Angin.."
"Pandai anak-anak ni (Y) Betul, siapa cipta angin?"
"Allah!," Semangat mereka menjawab.
Ya, tepat sekali! Hanya Allah yang berkuasa menciptakan angin yang meniup layang-layang ini."
.
Begitulah sedikit sebanyak dialog bersama mereka.
.
Aktiviti kedua, kami main teka lakonan. Seorang lakonkan dan kawan-kawan lain teka. Sempatlah meneka dalam 6 soalan.
.
Ada 1 soalan yang anak-anak ini tidak boleh buat. Semua gagal melakonkan watak "tebang pokok". Rata-rata melakonkan aksi pokok terbang 😄
.
Haih.. nanti cikgu kena tunjuk cara ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015