Khamis, 13 September 2018

Quran Al-Hafiz


Sekarang kami menggunakan Quran Al-Hafiz untuk menyambung hafazan surah-surah panjang. Anak-anak sudah melepasi hafazan juzuk amma tetapi hafazan lama tetap perlu diulang supaya dapat kekalkan ingatan itu.



Dalam Quran Al-Hafiz ini, satu muka surat dibahagikan kepada 3 blok warna. 1 blok mungkin mengandungi 5-8 ayat bergantung kepada surah.

Bagi anak-anak, mereka menggunakan Buku Panduan Hafazan Tahfiz Junior terbitan Karangkraf. Ia lebih berwarna-warni dan 1 muka surat dibahagikan kepada 5 blok warna.

Cara bacaan ialah membaca dengan melihat mushaf selama 40 minit dan mengulang bacaan selama 20 minit tanpa melihat mushaf.

Anak-anak ini biasanya mempunyai daya tumpuan yang pendek. Maka ibu ayah perlu kreatif dan meraikan kemampuan anak. Boleh "support" anak dengan permainan, kuiz, memperdengarkan audio dari qari yang digemari dan memberi ruang rehat kepada anak-anak apabila mereka memerlukan.

Namun, motivasi mereka meningkat apabila melihat kita juga berusaha menghafaz ayat-ayat suci ini. 

Ya Allah, ikhlaskan hati kami dan istiqamahkanlah kami memelihara ayat-ayat-Mu. Kami mohon keampunanmu. Amin..amin..amin..

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015