Isnin, 3 September 2018

Bacaan Ogos


Sepanjang Ogos ada 16 buah buku yang dapat saya baca. Jika buku bersifat bacaan ringan dan nipis, boleh sahaja saya baca cepat.

Namun saya kira, dengan perniagaan kecil secara maya ini banyak mencuri perhatian saya dengan gajet.

Buku ke-68 hingga 83 yang dapat dibaca :

1) Lemoi Praaq


Praaq dalam bahasa orang asli ialah perang. Lemoi pula ialah nama tempat cikgu ini mengajar.

Anekdot-anekdot yang ditampilkan dapat menggambarkan hampir keseluruhan budaya, tempat dan makanan masyarakat setempat. Tahniah cikgu!

Sungguh saya kagum dengan semangat cikgu untuk mendidik dan bertahan berbakti di sana. Barakallahufik.

2) Cerita Dari Hati

Sekali imbas, buku berkulit kuning ini agak hambar bagi saya. Mujurlah saya jenis tergerak membaca nama penulis dan sinopsis cerita. Hanya seorang saya kenali iaitu Tn Nazali Noor. 2 karya awal beliau yang saya baca ialah Ulu Yam di Liverpool 1 & 2.

So far so good. Pelbagai penulis berkongsi cerita di sini. Gaya penulisan juga berbeza-beza. Ada yang berjaya mengetuk pintu hati dengan kata yang berbekas. Terutama ingatan buat mak ayah dan suami.

3) Rimba Jiwa oleh Sri Rahayu


Semasa mulakan pembacaan, saya seperti pernah baca tetapi tidak habis. Rupanya baru teringat. Dahulu pernah baca semasa bawa anak-anak membaca di perpustakaan komuniti Aeon Bandaraya Melaka.

Kisah mengenai ibu dan anak yang berhijrah sementara ke dalam hutan simpan Belum demi minat si ibu sebagai penyelidik. Banyak cabaran dan bahaya yang ditempuh namun semua risiko itu cuba diharungi dengan sabar.

Kagum dengan semangat cintakan alam sekitar yang ditunjukkan.

4) Kembara Di Kota Istanbul


Ini ialah novel kanak-kanak keluaran Ummi Publications. Saya suka dengan saiz buku ini (8" x 8"). Pembaca dibawa melihat keindahan bumi Turki serta sejarahnya melalui Aman sekeluarga.

Pernah Aman hilang, terpisah dari keluarga! Namun, bertemu dengan penduduk Turki yang baik dan semua ini memberi pengalaman kepada Aman.



Saya pernah muat naik gambar buku ini di Facebook saya. Ramai memberi maklum balas tentang buku yang saya baca ini. Oh, penulis agak dikenali rupanya. Saya yang tidak tahu 😃

Melalui pembacaan ini juga baru saya maklum bahawa Pn Anfal ialah anak kepada Yb Saari Sungib.

Kisah kehidupannya digarap dengan gaya bahasa yang positif meskipun ada juga naik turun dalam kehidupannya.

Bukan mudah menjadi ibu ayah yang 'cool' disamping menggalas pelbagai jawatan yang diamanahkan. Lagi-lagi jika bekerja sendiri, tetap ada tekanan tersendiri.

6) Projek Cup Cake Ain Maisarah


Anak saya pun perasan yang saya gemar membaca siri Projek dari Ain Maisarah. Tapi dia belum ada minat untuk membaca buku-buku Ain Maisarah 😉

Saya suka dengan info yang diberi oleh beliau. Praktikal. Saya suka mencadangkan buku yang baik untuk anak-anak di kelas mengaji. Dan ini salah satu daripadanya.

Dalam buku ini, watak utama berusaha mempelajari cara memhuat cupcake dengan betul, menghias dan siapa sangka akhirnya menjana pendapatan sampingan dengannya.

Tetapi ibunya sangat garang. Ada jugalah cabaran yang terpaksa beliau hadapi. Pernah juga difitnah oleh sepupu sendiri di sekolah, namun beliau dapat menyelesaikan semuanya dengan baik. Gigih betul dia berusaha.



Sila klik ⬆ untuk baca reviu.

8) Siput Yang Mengubah Sejarah

Saya tidak kenal dengan penulis. Cuma pernah ternampak namanya sebelum ini. Maka saya cuba untuk membaca karya ini.

Nyata, seorang yang minat sejarah dan bijak dalam penulisan membawa beliau menghasilkan karya ini. Masih lagi menuntut di UIA semasa buku ini diterbitkan. Syabas!



10) Stres oleh Pak Utih

Buku Men Are From Mars versi bahasa Melayu. Isinya tidaklah sama kerana Pak Utih menulis dari sudut pandang seorang suami dan muslim.







14) Hadiah Kucing Untuk Asma


15) Mimpi Bintangku

Komik terbitan Buku Puris. Punyalah susah buat pilihan semasa nak beli buku ini. Sebabnya ada sebuah lagi komik menarik berkisar pahlawan.

Lepas ini boleh beli komik lagi satu :) Anak pun berebut mahu baca komik ini sedangkan bagi saya kurang sesuai dengan umur mereka (8 tahun dan 6 tahun).

Mesej yang dibawa ialah tentang seorang anak yang sangat meminati lukisan komik sehingga tercetus idea membuat lukisan dakwah. 

Mendapat tentangan hebat dari mak ayahnya di awal pembabitan beliau menyebabkannya merahsiakan aktiviti melukisnya.

16) 99 Stress Free Mummy

Memang stress free sungguh. Haha. Saya percaya setiap ibu pasti banyak kenangan mencuit hati tentang anak masing-masing.

Tulislah supaya ianya tidak hilang bersama masa yang jauh kita tinggalkan ;)

Welcome September. Another new journey on reading.

Selamat membaca.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015