Sabtu, 2 Disember 2017

#cutisekolah Aktiviti 4 : Shuriken


Sejak pulang dari rumah sepupu di Sentul dahulu, anak asyik mahukan Shuriken. Sepupu mereka pandai buat origami ini. Rajin dia buatkan untuk semua sepupu yang datang. Malangnya anak saya tak sempat belajar dari dia.

Kenalah ummi ni meng'Google'. Saya merujuk kepada YouTube ini :




Masya Allah, anak dengan gembiranya buat ikut langkah demi langkah. Saya pula? Ulang berpuluh kali untuk lihat langkah memasukkan kertas ke dalam lipatan yang membentuk bintang Shuriken. 10 kali cubaan, 2 kali sahaja berjaya buat. Haha..




Nampak gaya kena tunggu anak buah   balik kampung. Baru boleh berguru depan-depan. Kikiki..Yang sebenarnya, Mak Long ni stressss. 



Tapi worth trying. Anak-anak sangat suka dan dapat kemahiran baru.

Selamat bercuti!


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015