Rabu, 29 November 2017

#cutisekolah Aktiviti 2 : Bandar Kotak


Bandar Kotak

Mengambil idea dari program Mama Q Ahad lepas. Dalam program Mama Q, buat pakaian dari surat khabar lama. Di rumah, ada banyak bekas botol susu kurma yang mak ayah saya simpankan untuk kami beraktiviti. Daripada bersusun sampai berhabuk, baiklah saya buat sesuatu.

Inilah Bandar Kotak versi kami :)

Bahan :

* Botol susu terpakai
* Kertas A4 putih
* Selotep / gam
* Crayon

Cara :

- Balut botol dengan kertas putih. 
- Tampal dengan selotep / gam.
- Hias kotak.

Proses yang nampak mudah tapiii sebenarnya sangat mengambil masa dan renyah. (",) Masing-masing excited nampak gunting. Aduhai..

Sabar mewarna 

Dan projek ini bukan siap dalam 1 hari.. esok dan esoknya lagi, mereka masih mahu buat Bandar Kotak ini. Layan sahajalah.

Makin bertambah "besar" pula bandar mereka ni.

Ada 1 kedai bakeri, 1 kedai bergerak - kata kakak. Tapi "benda" warna merah buat apa pula di situ? (>.<)



Ummi susun begini. Anak kata salahlah ummi, macam ni (gambar bawah)

Ha, macam nilah ummi.


Selamat beraktiviti.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015