Sabtu, 25 November 2017

#cutisekolah Aktiviti 1 : Kraf Butang


Kraf butang

Alhamdulillah terjumpa satu beg plastik butang. Lama saya mencari. Itulah, sorok lagi dari anak-anak. Setahun baru jumpa semula! Ish..ish..

Sebelum anak-anak tantrum, marilah ajak mereka membuat sesuatu dengan butang ini. Sempat terfikir untuk buat ini sahaja. Alhamdulillah.

Bahan :

* Kertas 
* Pensel warna / krayon
* Gam
* Butang

Cara-cara :

Tunjuk ajar cara melukis. Beri idea. 
Tetapkan tema atau bebas. Gamkan.
Anak warnakan latar.
Siap.

Nampak mudah, kan?  
Saya suka memerhatikan tingkah laku mereka semasa membuat aktiviti ini. Nampaknya mereka :

# Bersungguh-sungguh melukis dan mewarna
# Mungkin kerana ada persaingan sihat (ada sepupu balik kampung dan main sekali)
# Bekerjasama. Masing-masing dengan baik hatinya beri idea, lontarkan kritikan membina, tunjuk ajar pada yang tak tahu, bantu asahkan pensel atau padamkan garisan yang tak kena.

Allahu.. dalam hati saya berkata, tulusnya dunia kanak-kanak. Kita yang dewasa ini banyak sangat PHD T____T

Fateh, anak buah umur 4 tahun

Ini ummi buat. Nak bagi idea pada anak-anak

Fateh - ikan dalam laut




Hasil akhir tak sempat ambil sebab seorang bawa balik Mersing, lagi seorang buat lama sangat, ummi tak dapat tunggu. hee.. lagi 2 orang dah pergi buat benda lain >_<

Selamat bercuti.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015