Jumaat, 17 November 2017

Lego mini - hobi baru

Tak pernah dapat cenderahati lego mini dari sesiapa sebelum ini. Rezeki anak-anak dapat hadiah dari Pakcik Hassan dua minggu lalu. 

Balik rumah, mereka buat dengan semangat. Masya Allah. Dahulu pernah beli tapi tak bertahan lama. Mungkin semangat tengok banyaknya lego mini di rumah Pakcik Hassan membuatkan mereka menghargai lego mini ini.

Cantik pula bila sudah siap. Padanlah ada orang minat sangat dengan lego kecil ini. Satu kepuasan apabila dapat pasang semua compartments!

Cubaan kakak buat sendiri tanpa bantuan ummi dan abi. Tahniah kakak!


Dan ini hasil apabila dikumpul dengan adik-adiknya.


Suatu hari, singgah ke Mr DIY. Mereka bising-bising mahu cari Lego. Saya diamkan sahaja sebab memang niat awalnya mahu window shopping sahaja 😛

Rupanya mereka mencari lego mini dan jumpa pula section tersebut. Aih..mana mereka tahu ada jual lego mini di sini?

Selepas beberapa pertimbangan, kami pun setujulah untuk beli dengan bersyarat [Iaitu lepas main terus susun di tempat tinggi. Bimbang baby termakan]. Harga mini lego yang kami beli di antara RM1 hingga RM5.


Alhamdulillah, lego ini juga sudah selamat dipasang. 

Jenuh ummi nak pasangkan robot Abang Ngah. Kakak tolong pasangkan Kak Cik punya.

Seronok mereka susun di 'belebas' kayu pada dinding bilik. Rumah kami separuh papan jadi masih ada 'belebas' ini.


Zoom in Kakak punya

Bertahanlah beberapa hari main "pretend play". Ummi pun tumpang sekaki.


Menarik juga main lego mini ni. Nantilah nak tinjau-tinjau dulu koleksi lego mini di pasaran.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015