Ahad, 28 Januari 2018

Tablet dan e-book

Petang semalam, suami hulurkan sebuah tablet. Saya yang sedang buat kerja terpinga-pinga.

Oh, ini rupanya tablet yang diberi oleh PM. Saya angguk sahaja 

Malam tadi cuba buka dan belek isinya. Tiba-tiba teringat sesuatu. "Boleh tak nak baca e-book dari sini?" Suami angguk.

Horeyy 😇 Telefon baru, maka simpanan data juga masih baru. Saya pun muat turun aplikasi PNM e reader dari Playstore, buka pautan laman sesawang Perpustakaan Negara Malaysia dan mula meminjam e-book. 

Walaupun orang kata bosan sebab tak banyak buku menarik, tetapi bagi saya ia sangat menarik. Saya dapat pinjam buku yang tidak dapat saya beli 😂

Saya mencari Biografi Adibah Amin namun 'not available' masa ini. Sebelum ini sudah baca separuh (sangat terkesan dengan bakat beliau). Insya Allah akan pinjam lagi nanti.

Hari ini 5 buah e-book ada dalam status pinjaman. 2 sudah selesai baca. Akan reviu kemudian.

Saya sangat suka buku cerita kanak-kanak itu. Masya Allah! Bahasa mudah, ilustrasi cantik, mesej juga baik. Jika berpeluang, mahu dapatkan versi fizikal dari Dewan Bahasa dan Pustaka 😊

Selamat membaca.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

2 ulasan:

  1. Salam. Ini kali pertama saya mendengar boleh meminjam eBook dan juga kali pertama saya dengar ttg PNM. Boleh saya tahu cara hendak meminjam ebook PNM?

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam cik :) Terima kasih berkunjung ke sini. Boleh rujuk entri Pn Aishah : http://cinta-rasul.blogspot.my/2017/08/cara-pinjam-e-book-percuma-di-web.html Semoga membantu

    BalasPadam

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015